Nurulwahida Hj Azid Aziz
Universiti Utara Malaysia

Published : 2 Documents Claim Missing Document
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 2 Documents
Search

PENGUKUHAN AQIDAH AHLI SUNNAH WA AL-JAMAAH (ASWJ) DALAM PENDIDIKAN ISLAM KE ARAH MENANGANI GERAKAN SYIAH DI MALAYSIA Mardzelah Makhsin; Nurulwahida Hj Azid Aziz; Mohd Aderi Che Noh; Mohamad Fadhli Ilias
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (714.941 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.499

Abstract

Polemik antara Ahli Sunnah wa al-Jamaah (ASWJ) dengan golongan Syiah menjadi suatu isu kajian ini disebabkan perselisihan faham tentang amalan dalam mazhab boleh menyebabkan persengketaan yang menjadi punca perpecahan yang akan mengheret kepada permusuhan sehingga menimbulkan kucar kacir kepada negara. Justeru pengukuhan mazhab Ahli Sunnah wa al-Jamaah (ASWJ) dalam masyarakat Islam di Malaysia amat penting dalam usaha menangani penyebaran Syiah yang membawa kepada konflik dan persengketaan. Justeru kajian pembentukan Model Penghayatan Pendidikan Islam dan Strategi Pengukuhan Akidah diketengahkan sebagai usaha penyatuan umat Islam menerusi kefahaman dan pegangan kepada murid-murid tentang amalan yang berasaskan kepada mazhab Ahli Sunnah wa al-Jamaah (ASWJ). Kajian ini melibatkan 700 orang responden kajian yang terdiri daripada Pelajar Menegah Atas di tujuh buah negeri iaitu Melaka, Selangor, Negeri Sembilan Wilayah Persekutuan, Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu. Hasil kajian menunjukkan Pendidikan Akidah Dalam Pendidikan di Malaysia perrlu diberi penekanan sejak dari sekolah rendah hingga ke institusi pengajian tinggi kerana golongan ini mudah terpengaruh dengan ajaran sesat. Hasil kajian ini penting dalam memastikan perpaduan umat Islam di Malaysia berasaskan kepada suatu fahaman agar tidak wujud pertikaian yang boleh mendorong kepada permusuhan yang mencetuskan peperangan dalam kalangan umat Islam sendiri seperti yang berlaku di Pakistan dan Iran.
PEMBINAAN DAN PENILAIAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) BERASASKAN LAPAN PRINSIP PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBL) BAGI MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU: KAJIAN DI MALAYSIA Zaharah Che Isa; Nurulwahida Hj Azid Aziz
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (934.479 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.644

Abstract

Kajian ini bertujuan menghasilkan rancangan pengajaran harian (RPH) bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu tingkatan dua bagi topik reka bentuk projek yang mengandungi prinsip pembelajaran berasaskan projek berdasarkan penilaian pakar. Isi kandungan dan aktiviti pembelajaran RPH yang diubahsuai berdasarkan tiga sumber iaitu huraian sukatan pelajaran KHB tingkatan dua (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002), rubrik pembinaan RPH yang diadaptasi daripada Stevens dan Levi (2013) dan lapan prinsip pembelajaran berasaskan projek (PBL) yang diasaskan oleh pengkaji Larmer dan Mergendoller (2010). Sebanyak lima sesi rancangan pengajaran harian telah dibina dengan menerapkan lapan prinsip PBL. Proses penilaian pakar oleh pensyarah dari bidang teknik dan vokasional dan kurikulum pendidikan dari tiga universiti berbeza telah dilaksanakan. Penilaian pakar adalah berdasarkan kepada rubrik pembinaan RPH yang mengandungi tujuh konstruk untuk dinilai berdasarkan empat tahap (1=lemah, 2=perlu penambahbaikan, 3=memuaskan dan 4=cemerlang). Analisis skor dari empat pakar penilai isi menghasilkan nilai keesahan 3.21 (RPH 1), 3.25 (RPH 2), 3.29 (RPH 3), 3.29 (RPH 4), dan 3.54 (RPH 5). Pengubahsuaian dan pemurniaan RPH telah dilakukan berdasarkan komen dan cadangan dari pakar penilai bagi menghasilkan RPH terbaik dan sesuai untuk digunakan oleh guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu bagi topik reka bentuk projek.