Proceedings of The ICECRS
Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni

KEMAHIRAN VISUALISASI DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5 DI SEBUAH SJKT DAERAH KUALA MUDA YAN, KEDAH

Gavita A P Kanapathy (Universiti Utara Malaysia)



Article Info

Publish Date
30 Oct 2016

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneroka kemahiran visualisasi dalam topik pecahan bagi murid tahun 5 di sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) di Daerah Kuala Muda Yan, Kedah. Hasil kajian menunjukkan responden memang mengaplikasikan kemahiran visualisasi semasa menyelesesaikan soalan penyelesaian masalah bagi topik pecahan. Walau bagaimanapun dapatan kajian menunjukkan bahawa berlaku pentafsiran konsep pecahan yang kurang tepat dalam kalangan responden dan juga terdapat kesalahan dalam prosedur kerja mengira ketika menjawab soalan pecahan dalam UTP. Dapatan kajian juga menjelaskan keperluan para pendidik matematik untuk memberikan perhatian kepada kemahiran visualisasi dalam topik pecahan, salah konsep dan kesilapan dalam prosedur penyelesaian soalan berkaitan topik pecahan dalam kalangan murid tahun 5 di dalam bilik darjah matematik.

Copyrights © 2016






Journal Info

Abbrev

icecrs

Publisher

Subject

Education Languange, Linguistic, Communication & Media Mathematics

Description

ICECRS (International Consortium of Education and Culture Research Studies) is a peer-reviewed international journal. This statement clarifies ethical behaviour of all parties involved in the act of publishing an article in this journal, including the author, the chief editor, the Editorial Board, ...