Proceedings of The ICECRS
Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni

PEMBINAAN DAN PENILAIAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) BERASASKAN LAPAN PRINSIP PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBL) BAGI MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU: KAJIAN DI MALAYSIA

Zaharah Che Isa (Universiti Utara Malaysia)
Nurulwahida Hj Azid Aziz (Universiti Utara Malaysia)



Article Info

Publish Date
30 Oct 2016

Abstract

Kajian ini bertujuan menghasilkan rancangan pengajaran harian (RPH) bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu tingkatan dua bagi topik reka bentuk projek yang mengandungi prinsip pembelajaran berasaskan projek berdasarkan penilaian pakar. Isi kandungan dan aktiviti pembelajaran RPH yang diubahsuai berdasarkan tiga sumber iaitu huraian sukatan pelajaran KHB tingkatan dua (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002), rubrik pembinaan RPH yang diadaptasi daripada Stevens dan Levi (2013) dan lapan prinsip pembelajaran berasaskan projek (PBL) yang diasaskan oleh pengkaji Larmer dan Mergendoller (2010). Sebanyak lima sesi rancangan pengajaran harian telah dibina dengan menerapkan lapan prinsip PBL. Proses penilaian pakar oleh pensyarah dari bidang teknik dan vokasional dan kurikulum pendidikan dari tiga universiti berbeza telah dilaksanakan. Penilaian pakar adalah berdasarkan kepada rubrik pembinaan RPH yang mengandungi tujuh konstruk untuk dinilai berdasarkan empat tahap (1=lemah, 2=perlu penambahbaikan, 3=memuaskan dan 4=cemerlang). Analisis skor dari empat pakar penilai isi menghasilkan nilai keesahan 3.21 (RPH 1), 3.25 (RPH 2), 3.29 (RPH 3), 3.29 (RPH 4), dan 3.54 (RPH 5). Pengubahsuaian dan pemurniaan RPH telah dilakukan berdasarkan komen dan cadangan dari pakar penilai bagi menghasilkan RPH terbaik dan sesuai untuk digunakan oleh guru-guru Kemahiran Hidup Bersepadu bagi topik reka bentuk projek.

Copyrights © 2016






Journal Info

Abbrev

icecrs

Publisher

Subject

Education Languange, Linguistic, Communication & Media Mathematics

Description

ICECRS (International Consortium of Education and Culture Research Studies) is a peer-reviewed international journal. This statement clarifies ethical behaviour of all parties involved in the act of publishing an article in this journal, including the author, the chief editor, the Editorial Board, ...