Jurnal Dimensi Pendidikan dan Pembelajaran
Vol 10, No 2 (2022): July 2022

Pengaruh Dukungan Guru Terhadap Akhlak Siswa di Kalangan Siswa Sekolah Menengah Islam

Siti Aminah binti Ahmad (Universiti Teknologi Malaysia)
Aminudin Bin Hehsan (Universiti Teknologi Malaysia)



Article Info

Publish Date
30 Jul 2022

Abstract

ABSTRAKIsu-isu akhlak dalam kalangan pelajar di sekolah-sekolah Islam semakin membimbangkan masyarakat masa kini. Walaupun pendidikan Islam di sekolah telah menanamkan pengetahuan tentang akhlak dalam diri pelajar, masih terdapat sebilangan besar pelajar yang tidak mengamalkan akhlak yang baik serta tidak menerapkan prinsip-prinsip yang mulia sesuai dengan tuntutan agama Islam dalam kehidupan mereka. Justeru, kajian ini mengkaji kesan sokongan guru terhadap akhlak pelajar dalam kalangan pelajar sekolah menengah Islam di Johor Bharu. Data kajian ini menggunakan persampelan rawak berstrata di kalangan 256 responden. Analisis kuantitatif telah dijalankan menggunakan SMART PLS versi 3.3. Berdasarkan dapatan kajian menunjukkan bahawa sokongan guru memberi kesan kepada akhlak pelajar. Oleh itu, sokongan guru seperti bimbingan, nasihat, penyeliaan, inspirasi dan pendekatan peribadi kepada pelajar memberi kesan kepada akhlak pelajar dan membantu dalam menentukan pencapaian pelajar. Dengan mengambil kira faktor isu sosial yang mempengaruhi moral pelajar, implikasi daripada hasil kajian ini boleh dijadikan panduan kepada pihak berkepentingan untuk mencari penyelesaian. Maklumat yang berkaitan juga boleh membantu institusi dakwah, sekolah dan guru-guru di Malaysia meneruskan usaha mereka untuk menyelesaikan masalah sosial pelajar dengan lebih berkesan. Selain itu, penyelidikan ini juga membantu pengkaji lain memahami hasil kajian dan terus menjalankan penyelidikan yang mendalam dalam bidang berkaitan. Justeru, dapatan kajian menunjukkan kepentingan sokongan guru dan keperluan kajian masa depan terhadap faktor ibu bapa dan rakan yang mempengaruhi akhlak pelajar.

Copyrights © 2022






Journal Info

Abbrev

dimensi

Publisher

Subject

Education

Description

Jurnal Dimensi Pendidikan dan Pembelajaran is a peer-reviewed, open access journal that provides publication of articles in all areas of educational research. It aims to promote excellence through the dissemination of high-quality research findings and provide a platform for scientists and ...