Jurnal Dinamika Pendidikan dan Pembelajaran
Vol 1, No 1: April 2015

Keberkesanan Pembelajaran Berasaskan Masalah dan Pembelajaran Berasaskan Contoh: Satu Sorotan Literatur Dari Perspektif Teori Beban Kognitif

Noor Hisham Jalani (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia)



Article Info

Publish Date
01 Apr 2015

Abstract

Teori Beban Kognitif mencadangkan agar proses pembelajaran dijalankan dalam keadaan yang setaraf dengan reka bentuk kognitif pelajar. Ini bertujuan, selain prestasi pencapaian, hasil pembelajaran perlu merujuk kepada usaha mental yang telah diperuntukkan dalam menyelesaikan tugasan semasa fasa pembelajaran. Kaedah pembelajaran yang cekap dan berkesan sepatutnya berupaya meningkatkan prestasi pencapaian dengan usaha mental yang rendah berbanding kaedah pembelajaran yang turut memperoleh prestasi pencapaian yang sama tetapi memerlukan usaha mental yang lebih. Aktiviti pembelajaran yang memerlukan kapasiti kognitif yang melebihi hadnya akan menyebabkan pembelajaran terhalang. Oleh itu, strategi pembelajaran yang mengoptimumkan peruntukan sumber kognitif adalah penting untuk menentukan keberkesanan kaedah pembelajaran tersebut. Artikel ini membincangkan keberkesanan dua kaedah pembelajaran, iaitu Pembelajaran Berasaskan Masalah dan Pembelajaran Berasaskan Contoh dari perspektif Teori Beban Kognitif.  

Copyrights © 2015