Islam menggariskan beberapa aspek penting dalam mendidik anak terutama remaja ke jalan yang diridhai Allah SWT. Pertama, memberi kasih sayang dan keperluan hidup yang mencukupi. Remaja pada peringkat awal memerlukan kasih sayang secukupnya daripada ibu bapa supaya mereka tidak berasa kekosongan dalam jiwa. Tanggungjawab ini harus dilaksanakan ibu bapa sebaik-baiknya. Firman Allah yang bermaksud QS. Ali-Imran: 14. Naluri kasih sayang yang wujud dalam diri manusia ini hendaklah dipupuk sebaik mungkin menurut kehendak syariat Islam. Dalam memberi kasih sayang kepada anak, tidak cukup bagi ibu bapa sekadar menyediakan keperluan kebendaan sedangkan keperluan mental dan emosi mereka tidak dititikberatkan. Ibu bapa seharusnya meluangkan masa bersama anak untuk bermesra dan bergaul dengan mereka. Ibu bapa juga perlu menjadi rakan yang baik kepada anak remaja dengan memberi peluang mencurahkan apa juga masalah dihadapinya. Tumpuan yang tidak berbelah-bagi haruslah diberikan ketika anak remaja mencurahkan sesuatu atau sumber lain untuk mencurahkan masalah yang sedang dihadapinya itu. Hubungan erat amat penting antara ibu bapa dan anak remaja. Cara ini membuatkan mereka tidak takut bertanya atau bercerita jika sesuatu perkara terjadi ke atasnya. Dengan ini hubungan anak dengan ibu bapanya akan bertambah erat di samping mereka akan taat dan mudah menerima nasihat daripada ibu bapa mereka. Anak yang mendapat kasih sayang dan asuhan cukup ibu bapanya tidak akan mengecewakan harapan ibu bapanya. Mereka tidak akan mencari kebahagiaan di luar rumah lagi umpamanya bergaul dengan kawan yang nakal, menghisap dadah, lari dari rumah dan sebagainya lagi kerana kebahagiaan yang dicari sudah didapati di rumah sendiri. Kedua, memberi pendidikan agama. Pendidikan agama adalah suatu kewajiban ibu bapa. Tanpa pendidikan agama secukupnya adalah mustahil dapat melahirkan anak berakhlak dan bertakwa kepada Allah. Pengajaran dan pendidikan semestinya diutamakan adalah yang berkaitan dengan agama karena ia adalah cara paling baik untuk mencegah manusia daripada keburukan dan membawa mereka kepada kemulian
Copyrights © 2020