AbstrakPenambahan kosakata dalam bahasa Melayu boleh dihasilkan dengan cara masyarakat sesuatu bahasa itu mencipta kosakatanya sendiri berdasarkan pengetahuan dan kecekapan penutur tentang bahasanya. Penambahan kosakata juga berlaku melalui proses peminjaman. Kosakata yang terdapat dalam bahasa Melayu secara umum terbahagi kepada dua, iaitu (1) kosakata natif/asli dan (2) kosakata pinjaman/asing. Hal ini bermakna bahawa bahasa Melayu diperkayakan oleh kosakata asli dan kosakata pinjaman daripada pelbagai bahasa asing yang mempengaruhi bahasa Melayu. Sedangkan proses peminjaman terjadi apabila berlakunya pertembungan antara satu bahasa dengan satu bahasa yang lain, misalnya antara bahasa Melayu dengan bahasa lain. Kata Kunci: Perbedaan Bunyi, Bahasa Melayu, Fonologi
Copyrights © 2009