AbstrakDalam membina hubungan Malaysia-Indonesia mestilah dimulakan dengan pendekatan Budaya dan seterusnya dilanjutkan dengan hubungan politik dan ekonomi. Sinerji kedua-dua negara boleh ditubuhkan menjadi negara yang bertamadun dan disegani di peringkat antarabangsa serta menjadi contoh di kawasan Asia Tenggara.Hubungan budaya yang dimaksud bukanlah setakat pengiriman misi kebudayaan antara kedua negara, sebab lebih dan kurang kedua negara mempunyai budaya kesenian yang relatif sama. Oleh itu perlu secara intensif adanya pertemuan ataupun persidangan diantara tokoh-tokoh masyarakat (non goverment) kedua-dua negara berbincang mencari persamaan-persamaan persepsi dan melakukan sosialisasi dikalangannya bagi mengubah persepsi yang mungkin selama ini salah. Kata Kunci: Membina, pendektan, perbedaan, budaya
Copyrights © 2009