KHIDMAT SOSIAL
Vol 1, No 2 (2020)

Halangan Masyarakat Dalam Sistem Penyampaian Program Pendidikan: Satu Kajian Kes Di Baling, Kedah

Mahathir Yahaya (Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia)
Azlinda Azman (Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia)
Masarah Mohamad Yusof (Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia)
Farhana Kamarul Bahrin (Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia)
Noremy Md Akhir (Faulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia)



Article Info

Publish Date
26 Oct 2020

Abstract

Sistem penyampaian yang berkesan adalah penting bagi menyebarkan sebarang bentuk maklumat berkaitan pendidikan kepada masyarakat. Intipati sebarang program pendidikan tidak dapat disampaikan kepada masyarakat sekiranya terdapat halangan kepada masyarakat untuk mendapatkan maklumat. Rentetan daripada masalah ini, satu penyelidikan kualitatif dijalankan disebuah sekolah di Baling, Kedah bagi mengenal pasti halangan masyarakat dalam mendapatkan maklumat daripada pihak sekolah. Sejumlah 10 orang ibu bapa serta lima wakil pelaksana daripada agensi kerajaan telah terlibat dalam proses temubual secara mendalam. Analisis bertema digunakan bagi menganalisis data yang diperolehi. Hasil kajian mendapati, kos yang tinggi, masa yang terhad, kewangan yang tidak kukuh, sikap negatif terhadap pendidikan serta kekurangan kebolehcapaian adalah antara halangan utama kepada masyarakat Baling mendapatkan maklumat pendidikan yang sewajarnya. Satu cadangan intervansi dengan pendekatan “bawah atas” digunakan bagi melihat kepada masalah ini.Kata kunci: Masyarakat, Sistem penyampaian, Program pendidikan, Bawah-atas.

Copyrights © 2020






Journal Info

Abbrev

khidmatsosial

Publisher

Subject

Humanities Education Environmental Science Social Sciences

Description

Khidmat Sosial: Journal of Social Work and Social Service carries original and full-length articles that reflect the latest research and developments in both theoretical and practical aspects of social work in various countiers in Asian. The journal is published in online versions. The online ...