Artikel ini bertujuan menyorot pemikiran Sayyid Qutb dalam konteks idealisme yang dikembangkannya dalam gerakan Ikhwan al-Muslimin. Fikrahnya mempengaruhi secara meluas jaringan aktivis dan penggerak Ikhwan di setiap peringkat dan menyumbang kepada penggemblengan dan pembentukan saf dan lapisan kader yang kental yang membentuk kekuatan dan tenaga penggeraknya yang penting. Kajian ini dibangunkan berasaskan metode sejarah, yang meliputi empat tahap, yakni heuristik, kritik sumber, interpretasi, dan historiografi. Temuan kajian merumuskan bahawa Sayyid Qutb telah meninggalkan legasi dan pengaruh intelektualnya yang instrumental dalam pergerakan Ikhwan di mana karya-karya dan penulisannya yang produktif telah menyumbang kepada pembentukan idea dan kefahamannya yang menjadi rujukan dan teks wajib dalam gerakan. Ia menjadi sumber inspirasi dalam perjuangan Ikhwan yang dicetuskan dari idealisme dan fikrah yang dilontarkannya tentang aktivisme politik Islam, yang signifikan dan bermakna dalam mencorakkan fikrah revivalis dan kesedaran tentang ideal dan keutamaannya.
Copyrights © 2024