ABSTRAK: Artikel ini menerangkan hubungan antara Mesir dan empayer Uthmaniyyah sejak abad ke-15 M sehingga penguasaannya ke atas Mesir pada tahun 922 H / 1517 M. Sebelum itu, perselisihan antara kedua belah pihak tertumpu kepada perebutan wilayah penampan Dhuâl-Qadr, tetapi mereka masih berjaya mengekalkan hubungan baik. Hubungan baik antara kedua belah pihak berubah apabila Sultan Mamluk mengubah polisinya dengan cuba membantu kerajaan Safawiyyah di Parsi. Perubahan ini menjadi penyebab kepada penguasaan Turki Uthmaniyyah ke atas Mesir. Selepas itu, pihak Turki Uthamniayyah menghantar Gabenor mereka ke Mesir dan mengasaskan sistem pentadbiran mereka. Walau bagaimanapun, golongan Mamluk telah diberikan peluang untuk meneruskan perkhidmatan mereka dalam pentadbiran baru ini. Sungguh pun demikian, pihak Turki Uthmaniyyah gagal membawa keamanan berpanjangan ke atas penduduk Mesir. Suasana ini menjadikan harapan penduduk tempatan di Mesir yang sangat mengharapkan keamanan selepas diperintah oleh kesultanan Mamluk sejak sekian lama ternyata tidak kesampaian.Kata-kata kunci: Sultan Mamluk di Mesir, empayer Uthmaniyyah, hubungan dua hala, pentadbiran, dan keamanan.===About the Author: Dr. Kamaruzaman Yusoff ialah Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia), UKM Bangi 43600, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Alamat emel beliau adalah: kamaruz@pkrisc.cc.ukm.myHow to cite this article? Yusoff, Kamaruzaman. (2011). âPemerintahan Khalifah Uthmaniyyah di Mesir pada abad ke-17 M: Satu Analisisâ in SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Vol.4, No.1 [Mei], pp.13-20. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press owned by ASPENSI, ISSN 1979-0112. Chronicle of article: Accepted (March 13, 2011); Revised (April 17, 2011); and Published (May 20, 2011). Â Â
Copyrights © 2011