SOSIOHUMANIKA
Vol 5, No 2 (2012)

Peranan Tamadun Islam di Institut Pendidikan Guru dalam Pembangunan Modal Insan

Kassim, Mustapha Kamal Ahmad (Unknown)
Harith, Zahiah Haris @ (Unknown)



Article Info

Publish Date
06 Apr 2016

Abstract

IKHTISAR: Dalam kurikulum pendidikan guru, tamadun Islam diajar kepada guru pelatih dengan mendedahkan beberapa tajuk penting seperti konsep, ciri, dasar, prinsip, matlamat, sumber, dan keistimewaan tamadun Islam. Ini bertujuan untuk mengembangkan ilmu ketamadunan demi memajukan ilmu pengetahuan seluruhnya dengan menggabungkan penggunaan teknologi maklumat dan kemahiran berfikir. Begitu juga untuk membekalkan bakal pendidik dengan ilmu pengetahuan dan ketahanan diri yang membolehkan mereka memahami serta menghadapi pergolakan dunia dan cabaran sesama. Seterusnya untuk melahirkan bangsa yang bertamadun tinggi dan sanggup memperjuangkan nilai-nilai ketamadunan yang luhur dan murni. Justeru itu, pembangunan modal insan, melalui tamadun Islam dalam pendidikan guru, dapat merealisasikan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dalam konteks pembangunan modal insan nasional dan sejagat. Unsur kerohanian merupakan asas pembangunan modal insan yang wajar diberi keutamaan dalam kehidupan manusia. Pembangunan modal insan juga berteraskan nilai akhlak yang mana seorang manusia mesti memiliki hubungan yang baik dengan Pencipta-Nya, sesama manusia, dan alam sekitar yang merupakan matlamat dalam tamadun Islam. KATA KUNCI : Tamadun Islam, Institut Pendidikan Guru Malaysia, pembangunan modal insan, dan negara-bangsa Malaysia. ABSTRACT: In the teacher education curriculum, Islamic civilization subject is taught to trainee teachers by exposing a number of  important topics about Islamic civilization pertaining to its  concept, feature, policy, principle, objective, resource, and specialty. This aims to expand the knowledge of civilization in developing knowledge entirely by combining the use of information technology and application of thinking skills. Likewise, it intends to supply trainee teachers with knowledge and personal resilience that enable them to understand and face world instability and current challenges. It also hopes to produce highly civilized nation who is willing to espouse the good values of civilization. Hence, the development of human capital, through Islamic civilization subject in the teacher education, can realize the aspiration of the Ministry of Education Malaysia  in national and global context. Spiritual elements as the foundational base of human capital development ought to be prioritized in life. Development of human capital is also based on moral value which outlines that one must possess good relationship with his/her Creator, among people, and with environment which also the objective of Islamic civilization.KEY WORD: Islamic civilization, Institute of Teacher Education Malaysia, development of human capital, and nation-state of Malaysia.  About the Authors: Mustapha Kamal Ahmad Kassim dan Zahiah Haris @ Harith ialah Pelajar di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam UM (Universiti Malaya), 50603 Kuala Lumpur, Malaysia. Bagi urusan sebarang akademik, penulis boleh dihubungi dengan alamat emel: musza1968@yahoo.com.my dan zahiah1970@yahoo.com.myHow to cite this article? Kassim, Mustapha Kamal Ahmad & Zahiah Haris @ Harith. (2012). “Peranan Tamadun Islam di Institut Pendidikan Guru dalam Pembangunan Modal Insan” in SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Vol.5, No.2 [November], pp.165-174. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press owned by ASPENSI, ISSN 1979-0112.Chronicle of article: Accepted (September 15, 2012); Revised (October 17, 2012); and Published (November 20, 2012).    

Copyrights © 2012






Journal Info

Abbrev

sosiohumanika

Publisher

Subject

Arts Humanities Education Languange, Linguistic, Communication & Media Social Sciences

Description

This journal, with ISSN 1979-0112, was firstly published on May 20, 2008, in the context to commemorate the National Awakening Day in Indonesia. The SOSIOHUMANIKA journal has been organized and published by Minda Masagi Press, a publishing house owned by ASPENSI (the Association of Indonesian ...