SOSIOHUMANIKA
Vol 2, No 1 (2009)

The Relationship between Ethical Practices of Training Provider and Training Effectiveness

Abdulrahim, Marlisa (Unknown)



Article Info

Publish Date
14 Mar 2016

Abstract

ABSTRAK: Kajian ini bertujuan untuk menentukan status amalan etika oleh penganjur latihan dan hubungannya dengan keberkesanan latihan. Tinjauan deskriptif ini melibatkan 164 orang pegawai Gred 41 yang berkhidmat di Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Responden yang dipilih mempunyai sekurang-kurangnya lebih lima tahun pengalaman bekerja dan mestilah pernah menghadiri latihan sekurang-kurangnya sekali dalam 12 bulan yang lepas (Januari – Disember 2008). Hasil kajian mendapati wujudnya perkaitan di antara amalan etika penganjur latihan dan keberkesanan latihan. Keputusan kajian juga mendapati bahawa kebanyakan amalan etika penganjur latihan adalah sebelum dan semasa latihan. Dapatan penyelidikan ini memperkukuh teori-teori sedia ada bahawa sesebuah organisasi atau pertubuhan akan berjaya mencapai matlamatnya jika ahli-ahli yang terbabit di dalamnya memiliki semangat dan amalan etika. Amalan etika yang betul, sama ada sebelum, semasa dan selepas latihan, memberi kesan kepada “kinerja” (performance) organisasi. Pada masa hadapan dicadangkan untuk mengaji dan menyelidik lebih luas lagi mengenai perkaitan di antara amalan etika penganjur latihan dengan keberkesanan latihan. Perlu juga diambilkira faktor-faktor lainnya yang boleh membawa kepada keberkesanan latihan. Sememangnya antara amalan etika, keberkesanan latihan, dan kejayaan sesebuah organisasi atau pertubuhan memiliki perkaitan yang rapat. Lantaran itu, dalam konteks pembinaan modal insan dan pembangunan yang bersepadu di Malaysia, mempertingkatkan amalan etika dan produktiviti dalam bekerja adalah merupakan satu amalan sosial yang digalakkan kerana manafaatnya yang muktamad.Kata-kata kunci: amalan etika, penganjur latihan, keberkesanan latihan, dan kejayaan sesebuah organisasi.  About the Author: Marlisa Abdulrahim, M.Sc. is a Student of Ph.D. Programme in the Department of Professional Development and Continuing Education, Faculty of Educational Studies UPM (University of Putra Malaysia), 43400 Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. She was born in Malaysia on 11 July 1983. She earned her Diploma degree in Business Study (2001) from UiTM (University of Technology MARA) in Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia; Bachelor degree in Business Administration on Marketing (2004) from UPM; and Master Science degree in Human Resource Development (2009) from UPM. She has actively involved in research, sport and traveling. For academic purposes, she can be contacted at: Blok 32-01-09 Flat Sri Melaka, Km 6 Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur, Malaysia. Her e-mail is marlisa_rahim@yahoo.comHow to cite this article? Abdulrahim, Marlisa. (2009). “The Relationship between Ethical Practices of Training Provider and Training Effectiveness” in SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Vol.2, No.1 [Mei], pp.141-150. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press, UPI Bandung, and UMS Kota Kinabalu, Malaysia, ISSN 1979-0112. Chronicle of article: Accepted (March 22, 2009); Revised (April 27, 2009); and Published (May 20, 2009).

Copyrights © 2009






Journal Info

Abbrev

sosiohumanika

Publisher

Subject

Arts Humanities Education Languange, Linguistic, Communication & Media Social Sciences

Description

This journal, with ISSN 1979-0112, was firstly published on May 20, 2008, in the context to commemorate the National Awakening Day in Indonesia. The SOSIOHUMANIKA journal has been organized and published by Minda Masagi Press, a publishing house owned by ASPENSI (the Association of Indonesian ...