RESUME: Penulisan ini membincangkan tentang konsep peranan dan pengaruh komitmen pekerja dalam hubungan antara gaya kepimpinan dan keberkesanan organisasi. Komitmen pekerja didapati mampu memberi kesan kepada prestasi dan keberkesanan organisasi, kerana komitmen pekerja turut dikenali sebagai salah satu indikator pengukuran keberkesanan organisasi. Dari sudut pekerja pula, pekerja memerlukan satu mekanisme atau pengaruh rangsangan untuk memberikan komitmen yang baik terhadap organisasi. Dalam konteks ini, peranan pemimpin dalam menggalakkan pengikut untuk memberikan komitmen terhadap organisasi amat penting, kerana pemimpin merupakan tulang belakang yang menggambarkan perjalanan sesebuah organisasi, selain menentukan kejayaan dan kegagalan organisasi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Hasil perbincangan berdasarkan dapatan-dapatan lepas dan disokong dengan penggunaan beberapa teori dalam penulisan ini berjaya menghasilkan sebuah model yang menunjukkan peranan komitmen pekerja dalam hubungan antara gaya kepimpinan dan keberkesanan organisasi. Dalam hubungan ini, komitmen pekerja berjaya dikenali sebagai pembolehubah mediator atau mekanisme yang mampu menjadi perantara bagi dua pembolehubah, iaitu gaya kepimpinan dan keberkesanan organisasi. KATA KUNCI: Komitmen pekerja, prestasi kerja, kejayaan dan kegagalan organisasi, gaya kepimpinan, dan keberkesanan organisasi. ABSTRACT: This writing entitled âExploring the Relationship between Leadership Style and Organizational Effectiveness towards the Role of Employee Commitmentâ. It is discussing on the concept of role and the influence of employeesâ commitment in the relationship between leadership style and organizational effectiveness. Employeesâ commitment is capable in affecting the performance and effectiveness of the organization, since it is also known as one of the indicators in measuring the effectiveness of the organization. The employeesâ part, they require a mechanism or stimulus to give a good commitment to the organization. In this context, the role of a leader in promoting followers to commit the organization is very important, because the leader is the main person of an organization that reflects the journey, besides determining the success and failure of an organization to achieve its set goals. Based on literatures and supported by several theories, this paper is able to produce a model that shows the role of employee commitment in the relationship between leadership style and organizational effectiveness. With this regard, the commitment of successful mediators known as variable or mechanism that is capable to be an interface between the two variables which are the leadership style and organizational effectiveness.KEY WORD: Employee commitment, work achievement, success and failure of an organization, leadership style, and organizational effectiveness.About the Author: Khairunesa binti Isa ialah Pensyarah di Jabatan Pengajian Islam dan Sains Sosial, Fakulti Sains, Teknologi, dan Pembangunan Insan UTHM (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia), 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor, Malaysia. Alamat emel: nesa@uthm.edu.myHow to cite this article? Isa, Khairunesa binti. (2013). âMeneroka Peranan Komitmen Pekerja dalam Hubungan antara Gaya Kepimpinan dan Keberkesanan Organisasiâ in SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Vol.6, No.1 [Mei], pp.57-68. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press owned by ASPENSI, ISSN 1979-0112.Chronicle of article: Accepted (March 27, 2013); Revised (April 30, 2013); and Published (May 20, 2013).    
                        
                        
                        
                        
                            
                                Copyrights © 2013