SOSIOHUMANIKA
Vol 3, No 2 (2010)

Pertumbuhan dan Pelestarian Industri Eko-Pelancongan: Kajian Pulau-pulau Peranginan Sekitar Pantai Timur Sabah, Malaysia

Tiung, Lee Kuok (Unknown)
Othman, Siti Suriani (Unknown)



Article Info

Publish Date
17 Mar 2016

Abstract

ABSTRAK: Keindahan flora dan fauna di Sabah telah membantu sektor pelancongan menduduki tangga teratas penyumbang pendapatan utama kepada Negeri di Bawah Bayu ini untuk beberapa tahun berturut-turut. Ini berasaskan premis bahawa industri pelancongan secara tidak langsung memperkayakan kepelbagaian komoditi yang boleh dipasarkan. Kajian ini mencadangkan untuk menilai perkembangan industri eko-pelancongan di sekitar kepulauan berdekatan Semporna sambil cuba mencungkil pengalaman pelancong-pelancong antarabangsa yang berbeza-beza. Umumnya, sumbangan paling besar melalui industri pelancongan di situ yang boleh dilihat adalah pertumbuhan rancak resort-resort yang secara langsung menjadi pemangkin kepada proses pembandaran pekan Semporna, mendorong pertumbuhan resort yang diusahakan penduduk tempatan, peningkatan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan peniaga-peniaga runcit kraftangan di Pulau Mabul, penambahan sumber pendapatan kerajaan negeri dan penduduk, dan perkembangan sistem perhubungan dan jaringan jalan raya. Walau bagaimanapun, persoalan-persoalan kelestarian (sustainbility), kesinambungan (continuity) dan keadaan yang berdekatan (contiguity) menyebabkan kemusnahan jangka panjang yang lebih buruk terhadap struktur dasar laut dan kedinamikan ekosistem di kawasan tersebut. Kata-kata kunci: Eko-pelancongan, kepulauan Semporna, Sabah, sumbangan positif, dan persoalan negatif.  About the Authors: Lee Kuok Tiung ialah Pensyarah Sekolah Sains Sosial UMS (Universiti Malaysia Sabah), Beg Berkunci 2073, 88999 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Emel beliau adalah: lee@ums.edu.my Manakala Siti Suriani Othman ialah Pensyarah Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM (Universiti Sains Islam Malaysia), 71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia. Emel beliau adalah: suria3979@gmail.com How to cite this article? Tiung, Lee Kuok & Siti Suriani Othman. (2010). “Pertumbuhan dan Pelestarian Industri Eko-Pelancongan: Kajian Pulau-pulau Peranginan Sekitar Pantai Timur Sabah, Malaysia” in SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Vol.3, No.2 [November], pp.273-294. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press, UNIPA Surabaya, and UMS Kota Kinabalu, Malaysia, ISSN 1979-0112. Chronicle of article: Accepted (September 2, 2010); Revised (October 4, 2010); and Published (November 20, 2010).    

Copyrights © 2010






Journal Info

Abbrev

sosiohumanika

Publisher

Subject

Arts Humanities Education Languange, Linguistic, Communication & Media Social Sciences

Description

This journal, with ISSN 1979-0112, was firstly published on May 20, 2008, in the context to commemorate the National Awakening Day in Indonesia. The SOSIOHUMANIKA journal has been organized and published by Minda Masagi Press, a publishing house owned by ASPENSI (the Association of Indonesian ...