SOSIOHUMANIKA
Vol 5, No 1 (2012)

Sumbangan Pendidikan dalam Memperkasakan Tamadun Bangsa: Perspektif Islam

Ismail, Ahmad Munawar (Unknown)
Noranizah Yusuf, Noranizah Yusuf (Unknown)



Article Info

Publish Date
06 Apr 2016

Abstract

ABSTRAK: Pendidikan berupaya memelihara dan memancarkan nilai-nilai asas sesebuah masyarakat; dan begitu juga sebaliknya, pendidikan boleh menjadi punca kekeliruan dalam sesebuah masyarakat. Pendidikan dapat membantu pertumbuhan sahsiah dan menyemai jati diri seseorang individu. Artikel ini bertujuan membincangkan pendidikan dalam Islam dan peranannya dalam memperkasakan tamadun sesebuah bangsa. Pendidikan Islam mempunyai kekuatannya yang tersendiri kerana dengannya kita berupaya meletakkan asas yang kukuh dalam pembinaan tamadun manusia yang cemerlang dalam aspek duniawi juga ukhrawi. Dalam Al-Qur’an terdapat banyak ayat yang mengutarakan aspek pendidikan dalam pembinaan tamadun manusia, bahkan penurunan Al-Qur’an itu sendiri bermatlamat untuk mendidik manusia. Begitu juga dengan Hadith dan Sunnah Rasulullah, banyak daripada riwayat-riwayat Baginda yang menjurus kepada kepentingan pendidikan dalam memperkasakan tamadun ummah, dan dikuatkan lagi dengan beberapa contoh tindakan yang Baginda laksanakan dalam menggalakkan umat Islam untuk mencintai ilmu pengetahuan. Kata-kata kunci: Pendidikan, Al-Qur’an, Al-Sunnah, contoh pendidikan Islam, dan memperkasa tamadun bangsa.About the Authors: Dr. Ahmad Munawar Ismail ialah Pensyarah di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia), Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia; dan Noranizah Yusuf ialah Pelajar Sarjana di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam UKM. Mereka boleh dihubungi di alamat emel: munawar@ukm.my and alfaizah_87@yahoo.comHow to cite this article? Ismail, Ahmad Munawar & Noranizah Yusuf. (2012). “Sumbangan Pendidikan dalam Memperkasakan Tamadun Bangsa: Perspektif Islam” in SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Vol.5, No.1 [Mei], pp.107-122. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press owned by ASPENSI, ISSN 1979-0112. Chronicle of article: Accepted (March 10, 2012); Revised (April 20, 2012); and Published (May 20, 2012).    

Copyrights © 2012






Journal Info

Abbrev

sosiohumanika

Publisher

Subject

Arts Humanities Education Languange, Linguistic, Communication & Media Social Sciences

Description

This journal, with ISSN 1979-0112, was firstly published on May 20, 2008, in the context to commemorate the National Awakening Day in Indonesia. The SOSIOHUMANIKA journal has been organized and published by Minda Masagi Press, a publishing house owned by ASPENSI (the Association of Indonesian ...