RESUME: Kertas kerja ini membincangkan secara ringkas takrifan MIB (Melayu Islam Beraja) serta memperlihatkan senerio perkembangan dan cabaran yang dilalui sejak 600 tahun yang lalu. Dalam era globalisasi masa kini, amalan MIB masih terus dipertahankan, terutamanya di kalangan golongan generasi muda masa kini yang perlu mengamal dan mengekalkan warisan tradisi lama ini sebagai satu sumber kesejahteraan dan kemakmuran kehidupan bermasyarakat dan bernegara. Dalam hal itu, Wawasan Negara 2035 telah menggariskan matlamat dan visi yang hendak dicapai oleh negara yang bersandarkan kepada nilai-nilai hidup MIB dengan penekanan kepada pendidikan Agama Islam. Hal ini selaras dengan titah Baginda Sultan bahawa kita perlu mengukuhkan pendidikan agama Islam bagi melahirkan orang Melayu yang mempunyai jatidiri yang tulin, supaya perjalanan yang kita tujui lebih terarah dan selamat. Pembentukan dan pengasuhan golongan muda dengan nilai ke-Brunei-an yang beracuan âcalak ke-Brunei-anâ, khususnya melalui Sistem Pendidikan Negara Abad ke-21, adalah merupakan salah satu cara untuk mengekalkan warisan bangsa Melayu Brunei. Masyarakat Brunei Darussalam yakin bahawa dalam kehidupan dunia masa kini, yang tanpa mempunyai batasan akibat dari ledakan teknologi maklumat, maka kita tidak punya pilihan melainkan bersedia menghadapi semua cabaran, akibat dari penyebaran maklumat yang senantiasa terbuka luas, dengan nilai-nilai MIB.KATA KUNCI: Melayu Islam Beraja, falsafah negara, warisan tradisi, nilai-nilai murni, negara Brunei Darussalam, dan cabaran semasa. ABSTRACT: âMalay Islamic Monarchy: Basic Unity of the Social and State Life in Brunei Darussalamâ. The paper briefly discusses the definition of MIB or âMelayu Islam Berajaâ (Malay Islamic Monarchy) and saw the senerio of developments and challenges faced 600 years ago. In the era of globalization, the practice MIB still defended, especially among the younger generation to adopt and maintain a long tradition of this heritage as a source of peace and prosperity in the social and state life. In that case, the National Vision of 2035 outlines the goals and the vision to be achieved by the country based on the values of MIB with an emphasis on Islamic education. This is in line with the statement of His Majesty Sultan that we need to strengthen the Islamic education to produce Malays who have a real identity, so that the journey that we move more targeted and safe. Educating and training the young people with the Bruneis values based on the âcalak ke-Brunei-anâ (Bruneian smart and noble character), particularly through the National Education System of the 21st Century, is one way to preserve the heritage of the Brunei Malays. People of Brunei Darussalam convinced that in the present life, which there is without limitation as a result of the explosion of information technology, then we have no choice but to be ready to face all challenges, as a result of the dissemination of information that is always wide open, with the values of MIB.KEY WORD: Malay Islamic Monarchy, the national philosophy, traditional heritage, good values, Brunei Darussalam state, and current challenges.About the Author: Dr. Muhammad Hadi bin Md Melayong ialah Penjawat di Jabatan Sekretariat Majlis Tertinggi MIB (Melayu Islam Beraja) di Negara Brunei Darussalam. Bagi urusan sebarang akademik dan penyelidikan, penulis boleh dihubungi secara terus melalui emel di: hadi539@gmail.com dan sekretariat.mtmib@ubd.edu.bnHow to cite this article? Melayong, Muhammad Hadi bin Md. (2014). âMelayu Islam Beraja: Asas Perpaduan Hidup Bermasyarakat dan Bernegara di Brunei Darussalamâ in SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Vol.7, No.1 [Mei], pp.55-64. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press owned by ASPENSI, UNHAS Makassar, and UNIPA Surabaya, ISSN 1979-0112. Chronicle of article: Accepted (March 9, 2014); Revised (April 13, 2014); and Published (May 20, 2014).  Â
Copyrights © 2014