SOSIOHUMANIKA
Vol 6, No 2 (2013)

Memperkasakan Pembangunan Insan Melalui Amalan Infaq

Abdullah, Shuhairimi (Unknown)



Article Info

Publish Date
07 Apr 2016

Abstract

RESUME: Dalam kerangka agama Islam, orientasi material yang bersifat tunggal tidak dianggap sebagai kemuncak kepada kejayaan seseorang individu. Sebaliknya, apa yang menjadi keutamaan tanggungjawab kepada individu Muslim iaitu dapat memberi manfaat atau sumbangan untuk memperkasakan agama dan pembangunan insan amnya. Berasaskan kepada penjelasan tersebut, ia memberi satu gambaran umum kepada setiap individu Muslim yang berfungsi sebagai pemegang amanah supaya memikul tanggungjawab tersebut sebagaimana yang dikehendaki oleh syara’ untuk memperkasakan pembangunan insan melalui budaya infaq yang berorientasikan kepada perkara kebajikan. Penulisan artikel ini bertujuan untuk melihat peranan yang boleh disumbangkan oleh individu Muslim melalui budaya infaq untuk dimanfaatkan, khususnya dalam pembangunan insan. Artikel ini cenderung kepada kajian kepustakaan menurut perspektif Islam dan perbincangan para sarjana berkaitan topik yang dikaji. Secara amnya didapati bahawa elemen infaq seperti yang diutarakan oleh Islam merupakan sebahagian daripada mekanisme terbaik yang boleh menyumbang kepada pembangunan insan yang holistik sifatnya. Amalan infaq yang dihayati tersebut merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial yang perlu ditunaikan oleh setiap individu Muslim berdasarkan kepada kemampuan, kepakaran, dan ketaqwaan yang dimiliki oleh setiap individu Muslim.KATA KUNCI: Islam, pembangunan insan, kerajaan Malaysia, infaq, masyarakat bertamadun, kesejahteraan, individu Muslim, dan tanggungjawab sosial. ABSTRACT: This paper entitled “Empowering Human Development through the Practice of Donation”. Within the context of Islam, material orientation with a sole characteristic is not considered as the peak of an individual’s success. On the contrary, the priority of a Moslem individual’s responsibility is generally his/her ability to contribute and aid towards the empowerment of religion and the development of human. Based upon this explanation, there is a general picture for every Moslem to function as a trustee to bear the responsibility as required by the sharia to empower human development through the culture of donation which is oriented to matters of welfare. This article intends to pursue the attributable roles of a Moslem individual through the culture of donation, especially for the benefit of human development. This article is inclined towards a literature review according to the Islamic perspective and through the discussions of scholars related to the topic being researched. In general, it has been found that the element of donation as addressed in Islam is part of the best mechanism that is capable to contribute to the development of human who is characterize as holistic. The practice of donation that is internalize seems to be part of social responsibility that need to be fulfilled by every Moslem based on his/her ability, expertise, and piety.KEY WORD: Islam, human development, Malaysia government, donation, civilized society, prosperity, Moslem individual, and social responsibility.About the Author: Shuhairimi Abdullah ialah Pensyarah di Pusat Teknologi Komunikasi dan Pembangunan Insan UMP (Universiti Malaysia Perlis), Blok B, Kompleks Pusat Pengajian, Jalan Kangar Arau, 02600, Arau, Perlis, Malaysia. Bagi urusan sebarang akademik, penulis boleh dihubungi dengan alamat e-mail: shuhairimi@unimap.edu.myHow to cite this article? Abdullah, Shuhairimi. (2013). “Memperkasakan Pembangunan Insan Melalui Amalan Infaq” in SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Vol.6, No.2 [November], pp.169-182. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press owned by ASPENSI, ISSN 1979-0112. Chronicle of article: Accepted (September 3, 2013); Revised (October 6, 2013); and Published (November 20, 2013).    

Copyrights © 2013






Journal Info

Abbrev

sosiohumanika

Publisher

Subject

Arts Humanities Education Languange, Linguistic, Communication & Media Social Sciences

Description

This journal, with ISSN 1979-0112, was firstly published on May 20, 2008, in the context to commemorate the National Awakening Day in Indonesia. The SOSIOHUMANIKA journal has been organized and published by Minda Masagi Press, a publishing house owned by ASPENSI (the Association of Indonesian ...