ABSTRAK: Makalah ini bertujuan untuk membincangkan sejarah perkembangan, kerelevanan dan prospek Ketua Anak Negeri di Sabah. Berdasarkan kepada sejarah, ianya menunjukkan bahawa institusi Ketua Anak Negeri (KAN) merupakan satu jawatan yang diamalkan di negeri Sabah sejak zaman penjajah lagi, iaitu sejak era pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara British atau British North Borneo Chartered Company (BNBCC), pentadbiran Jepun, kolonial British, sehingga pembentukan negara persekutuan Malaysia. Jika kita melihat sejarah tradisi negeri-negeri di Malaysia, jawatan Ketua Anak Negeri sebagai ketua tempatan masyarakat pribumi hanya wujud di negeri Sabah. Ini adalah satu keunikan dan keistimewaan dalam pentadbiran di Malaysia, khususnya dalam pentadbiran tempatan di Sabah. Sejarah perkembangan pentadbiran di negeri Sabah telah dilihat secara langsung sebagai faktor kepada kewujudan jawatan Ketua Anak Negeri. Kelangsungan ini dapat dilihat semasa pentadbiran BNBCC, yang mana perkhidmatan Ketua Anak Negeri telah diberikan kedudukkan khusus dan perhatian istimewa oleh pemerintah. Walau bagaimanapun, Mahkamah Anak Negeri di Sabah perlu mengadakan pengubahsuaian bagi membolehkan ianya diamalkan bersesuaian dengan peredaran zaman. Tujuannya adalah untuk memberi kefahaman yang lebih mendalam mengenai sistem perundangan di Malaysia dan penggunaan enakmen-enakmen Mahkamah Anak Negeri. Sehubungan dengan itu, institusi pentadbiran pribumi perlu diteruskan dan dikekalkan dalam menjaga keharmonian masyarakat pribumi dan menjaga sistem adat istiadat dalam kehidupan seharian. Kata-kata kunci: Ketua Anak Negeri, masyarakat pribumi, negeri Sabah, serta sistem adat istiadat.About the Author: Mosli Tarsat, M.A. ialah Pensyarah pada Program Sejarah di Sekolah Sains Sosial UMS (Universiti Malaysia Sabah). Untuk tujuan akademik, beliau boleh dihubungi dengan alamat e-mail: mos_79@ums.edu.my  How to cite this article? Tarsat, Mosli. (2009). âKerelevanan dan Prospek Jawatan Ketua Anak Negeri di Sabah: Satu Perspektif Sejarahâ in SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Vol.2, No.2 [November], pp.227-252. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press, UNIPA Surabaya, and UMS Kota Kinabalu, Malaysia, ISSN 1979-0112. Chronicle of article: Accepted (September 3, 2009); Revised (October 6, 2009); and Published (November 20, 2009).  Â
Copyrights © 2009