SOSIOHUMANIKA
Vol 4, No 1 (2011)

Sistem Pendidikan di Malaysia: Dasar, Cabaran, dan Pelaksanaan ke Arah Perpaduan Nasional

Jamaluddin, Mior Khairul Azrin bin Mior (Unknown)



Article Info

Publish Date
05 Apr 2016

Abstract

ABSTRAK: Sistem pendidikan merupakan asas penting bagi membangunkan masyarakat dan negara ke arah yang lebih baik. Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat majmuk di mana setiap dasar yang dilaksanakan perlu selari dengan keperluan masyarakat. Dasar pendidikan yang dilaksanakan bukan sahaja bertujuan untuk memberi pelajaran di sekolah semata-mata tetapi sebagai alat untuk merealisasikan perpaduan bangsa. Melalui sistem persekolahan, masyarakat dibentuk dengan memberi pelajaran kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama, dan warna kulit. Bagaimanapun, setelah 53 tahun mengecapi kemerdekaan, masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa masih lagi tidak menunjukkan hubungan perpaduan yang kukuh. Sehingga kini, masyarakat Malaysia masih terpisah melalui sistem persekolahan, iaitu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina, dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Oleh itu, pihak kerajaan perlu mengambil perhatian serius dalam memastikan isu-isu pendidikan dikawal dengan sebaiknya supaya hubungan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa sentiasa berada dalam keadaan yang harmoni; atau malah menemui kegagalan sekiranya sistem pendidikan tidak dilaksanakan dengan baik dan telus.Kata-kata kunci: Sistem pendidikan, perpaduan bangsa, masyarakat majmuk, kualiti kehidupan, dan keperluan masyarakat Malaysia.===About the Author: Mior Khairul Azrin bin Mior Jamaluddin ialah Pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan USM (Universiti Sains Malaysia), Pulau Penang, Malaysia. Bagi urusan sebarang akademik, beliau boleh dihubungi dengan alamat emel: mikazreen_dya@yahoo.comHow to cite this article? Jamaluddin, Mior Khairul Azrin bin Mior. (2011). “Sistem Pendidikan di Malaysia: Dasar, Cabaran, dan Pelaksanaan ke Arah Perpaduan Nasional” in SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Vol.4, No.1 [Mei], pp.33-48. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press owned by ASPENSI, ISSN 1979-0112. Chronicle of article: Accepted (March 5, 2011); Revised (April 7, 2011); and Published (May 20, 2011).    

Copyrights © 2011






Journal Info

Abbrev

sosiohumanika

Publisher

Subject

Arts Humanities Education Languange, Linguistic, Communication & Media Social Sciences

Description

This journal, with ISSN 1979-0112, was firstly published on May 20, 2008, in the context to commemorate the National Awakening Day in Indonesia. The SOSIOHUMANIKA journal has been organized and published by Minda Masagi Press, a publishing house owned by ASPENSI (the Association of Indonesian ...