ABSTRAK: Artikel ini bertujuan menganalisis tentang kedudukan Islam pada zaman penguasaan Crown Colony (1841-1941) di Sarawak. Ia juga bermatlamat untuk membincangkan mengenai gerakan Missionari dan kesannya terhadap sistem pendidikan di negeri itu. Hasil penulisan mendapati bahawa sejak perlantikan James Brooke sebagai Gabenor, beliau telah berjaya meluaskan pengaruh politiknya dengan memecahkan kesatuan yang wujud di antara masyarakat Melayu dan penduduk peribumi. Zaman Crown Colony pula turut menyaksikan penularan elemen-elemen Barat yang negatif ke dalam kehidupan muda-mudi Muslim. Justeru itu, akhbar âFajar Sarawakâ dan Persatuan Melayu Sarawak telah berperanan sebagai âpejuangâ untuk mengembalikan mereka kepada syiar Islam yang murni. Dalam masa yang sama, agama Kristian juga semakin berkembang lantaran dorongan dan pembiayaan yang diberikan oleh pihak pemerintah. Keadaan ini telah mendorong tokoh-tokoh ulama tempatan untuk menubuhkan sekolah-sekolah agama yang lebih menitikberatkan pengajian agama Islam bagi menyekat fahaman-fahaman yang bercanggah dengan agama Islam. Di samping itu, mereka turut membina sekolah-sekolah biasa yang menggabungkan ilmu-ilmu sekular kerana keperluan dan tuntutan semasa.Kata-kata kunci: Islam, Missionari, Sarawak, pendidikan, Crown Colony, ulama tempatan, dan sekolah agama Islam.===About the Authors: Prof. Madya Dr. Wan Kamal Mujani adalah Pensyarah di Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia); dan Timbalan Pengarah di Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB) di UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Noranizah Yusuf adalah Pelajar Siswazah di Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam UKM dan Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA) di Fakulti yang sama. Alamat emel mereka adalah: inawan@ukm.myHow to cite this article? Mujani, Wan Kamal & Noranizah Yusuf. (2010). âIslam dan Missionari di Sarawak: Kesan terhadap Pendidikan pada Zaman Crown Colony, 1841-1941â in SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Vol.3, No.2 [November], pp.219-242. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press, UNIPA Surabaya, and UMS Kota Kinabalu, Malaysia, ISSN 1979-0112. Chronicle of article: Accepted (September 7, 2010); Revised (October 9, 2010); and Published (November 20, 2010). Â Â
Copyrights © 2010