RINGKASAN: Kajian tentang pencerita lisan/penglipur lara Melayu di Nusantara sering diperkatakan dan dihujahkan oleh pelbagai pihak, sama ada sarjana tempatan mahupun Barat, khususnya dalam bidang kesusasteraan tradisional. Makalah ini bakal membicarakan tentang dua orang tokoh pencerita lisan, atau lebih dikenali sebagai penglipur lara. Penglipur lara yang pertama memakai gelaran âAwang Batilâ, yang mendiami di Kampung Pokok Sena, Chuping, Perlis, Malaysia. Pencerita kedua bernama âPura Tamanâ. Pencerita kedua ini pula agak unik kerana beliau adalah Orang Asli dari suku kaum Jakun di Kampung Sungai Mok, Kuala Rompin, Pahang, Malaysia. Penulisan ini ditampilkan secara perbandingan untuk melihat bentuk persamaan dan juga kelainan yang ditonjolkan oleh dua orang pencerita berkenaan. Objektif penulisan ini ialah untuk mendokumentasikan proses kemunculan seseorang pencerita dan juga menganalisis secara mendalam peranan yang dimainkan oleh mereka dalam konteks persekitaran yang didiami. Sebagai sandaran perbincangan, pandangan daripada G.L. Koster (1997) tentang âperanan penceritaanâ digunakan untuk melihat fungsi pencerita atau penglipur lara yang dimaksudkan itu. Berasaskan objektif ini dapat diketahui nanti, sama ada dua penglipur lara itu melalui proses kemunculan serta berkongsi peranan yang sama ataupun masing-masing menampilkan kelainan yang tersendiri. Kajian sebegini sangat signifikan dalam era kontemporari, memandangkan budaya penglipur lara semakin dilupakan oleh generasi kini di Malaysia.KATA KUNCI: Penglipur lara, Awang Batil, Pura Taman, perbandingan, mendokumentasikan, serta proses kemunculan dan peranan pencerita.ABSTRACT: âAwang Batil and Pura Taman: A Comparative Study of Malay and Orang Asli Storytellers Traditionâ. The study of oral storytellers of Malays in Malay Archipelago is often spoken and argued by various parties whether local and Western scholars, especially in the field of traditional literature.This paper will discuss about the two figures oral storytellers, or better known as âpenglipur laraâ in Malay language. The first storyteller has used the title of âAwang Batilâ, who inhabited in Kampung Pokok Sena, Chuping, Perlis, Malaysia. The second narrator named âPura Tamanâ. The second narrator is quite unique, because he is aboriginal tribes of Jakun in the Kampung Sungai Mok, Kuala Rompin, Pahang, Malaysia. Writing is shown in comparison to the similarities and also differentiations highlighted by these two storytellers. The objective of this paper is to document the process of the emergence of a storyteller and also analyzes in depth the role played by them in the context of its milieu. As a backup of discussion, the views of G.L. Koster (1997) on âThe Role of Storytellingâ are used to view the narrator or storyteller who relates it. Based on these objectives, it can be seen whether these two storytellers through the process of emergence and sharing the same role or each featuring a distinctive difference. Such research is particularly significant in view of the contemporary era, due to the culture of storytellers increasingly forgotten by the currently generation in Malaysia.KEY WORD: Storytellers, Awang Batil, Pura Taman, comparison, to make documentation, and emergence and role of the narrators.About the Author: Dr. Mohamad Luthfi Abdul Rahman ialah Pensyarah Kanan di Bahagian Kesusasteraan, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM (Universiti Sains Malaysia), Minden 11800, Pulau Pinang, Malaysia. Bagi urusan sebarang akademik, penulis boleh dihubungi secara terus di nombor talifon: +604-6536044 atau di alamat emel: luthfi@usm.myHow to cite this article? Abdul Rahman, Mohamad Luthfi. (2015). âAwang Batil dan Pura Taman: Suatu Perbandingan Tradisi Penglipur Lara Melayu dan Orang Asliâ in ATIKAN: Jurnal Kajian Pendidikan, Vol.5(1) June, pp.49-64. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press and FPOK UPI Bandung, ISSN 2088-1290. Chronicle of the article: Accepted (May 3, 2015); Revised (May 30, 2015); and Published (June 30, 2015).
Copyrights © 2015