This Author published in this journals
All Journal ATIKAN
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 3 Documents
Search

Awang Batil dan Pura Taman: Suatu Perbandingan Tradisi Penglipur Lara Melayu dan Orang Asli Abdul Rahman, Mohamad Luthfi
ATIKAN Vol 5, No 1 (2015)
Publisher : ASPENSI

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (295.009 KB)

Abstract

RINGKASAN: Kajian tentang pencerita lisan/penglipur lara Melayu di Nusantara sering diperkatakan dan dihujahkan oleh pelbagai pihak, sama ada sarjana tempatan mahupun Barat, khususnya dalam bidang kesusasteraan tradisional. Makalah ini bakal membicarakan tentang dua orang tokoh pencerita lisan, atau lebih dikenali sebagai penglipur lara. Penglipur lara yang pertama memakai gelaran “Awang Batil”, yang mendiami di Kampung Pokok Sena, Chuping, Perlis, Malaysia. Pencerita kedua bernama “Pura Taman”. Pencerita kedua ini pula agak unik kerana beliau adalah Orang Asli dari suku kaum Jakun di Kampung Sungai Mok, Kuala Rompin, Pahang, Malaysia. Penulisan ini ditampilkan secara perbandingan untuk melihat bentuk persamaan dan juga kelainan yang ditonjolkan oleh dua orang pencerita berkenaan. Objektif penulisan ini ialah untuk mendokumentasikan proses kemunculan seseorang pencerita dan juga menganalisis secara mendalam peranan yang dimainkan oleh mereka dalam konteks persekitaran yang didiami. Sebagai sandaran perbincangan, pandangan daripada G.L. Koster (1997) tentang “peranan penceritaan” digunakan untuk melihat fungsi pencerita atau penglipur lara yang dimaksudkan itu. Berasaskan objektif ini dapat diketahui nanti, sama ada dua penglipur lara itu melalui proses kemunculan serta berkongsi peranan yang sama ataupun masing-masing menampilkan kelainan yang tersendiri. Kajian sebegini sangat signifikan dalam era kontemporari, memandangkan budaya penglipur lara semakin dilupakan oleh generasi kini di Malaysia.KATA KUNCI: Penglipur lara, Awang Batil, Pura Taman, perbandingan, mendokumentasikan, serta proses kemunculan dan peranan pencerita.ABSTRACT: “Awang Batil and Pura Taman: A Comparative Study of Malay and Orang Asli Storytellers Tradition”. The study of oral storytellers of Malays in Malay Archipelago is often spoken and argued by various parties whether local and Western scholars, especially in the field of traditional literature.This paper will discuss about the two figures oral storytellers, or better known as “penglipur lara” in Malay language. The first storyteller has used the title of “Awang Batil”, who inhabited in Kampung Pokok Sena, Chuping, Perlis, Malaysia. The second narrator named “Pura Taman”. The second narrator is quite unique, because he is aboriginal tribes of Jakun in the Kampung Sungai Mok, Kuala Rompin, Pahang, Malaysia. Writing is shown in comparison to the similarities and also differentiations highlighted by these two storytellers. The objective of this paper is to document the process of the emergence of a storyteller and also analyzes in depth the role played by them in the context of its milieu. As a backup of discussion, the views of G.L. Koster (1997) on “The Role of Storytelling” are used to view the narrator or storyteller who relates it. Based on these objectives, it can be seen whether these two storytellers through the process of emergence and sharing the same role or each featuring a distinctive difference. Such research is particularly significant in view of the contemporary era, due to the culture of storytellers increasingly forgotten by the currently generation in Malaysia.KEY WORD: Storytellers, Awang Batil, Pura Taman, comparison, to make documentation, and emergence and role of the narrators.About the Author: Dr. Mohamad Luthfi Abdul Rahman ialah Pensyarah Kanan di Bahagian Kesusasteraan, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM (Universiti Sains Malaysia), Minden 11800, Pulau Pinang, Malaysia. Bagi urusan sebarang akademik, penulis boleh dihubungi secara terus di nombor talifon: +604-6536044 atau di alamat emel: luthfi@usm.myHow to cite this article? Abdul Rahman, Mohamad Luthfi. (2015). “Awang Batil dan Pura Taman: Suatu Perbandingan Tradisi Penglipur Lara Melayu dan Orang Asli” in ATIKAN: Jurnal Kajian Pendidikan, Vol.5(1) June, pp.49-64. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press and FPOK UPI Bandung, ISSN 2088-1290. Chronicle of the article: Accepted (May 3, 2015); Revised (May 30, 2015); and Published (June 30, 2015).
Pengajian Kesusasteraan Melayu Tradisional ke Arah Latihan Industri: Suatu Penerokaan di Universiti Sains Malaysia Abdul Rahman, Mohamad Luthfi; Harun, Jelani
ATIKAN Vol 1, No 2 (2011)
Publisher : ASPENSI

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (171.175 KB)

Abstract

ABSTRAK: Semua bidang pengajian di IPT (Institusi Pengajian Tinggi) di Malaysia, termasuk bidang kesusasteraan tradisional, sebenarnya tidak jauh terpisah daripada industri. Makalah ini membincangkan tentang bidang pengajian kesusasteraan Melayu tradisional yang boleh dijuruskan kepada latihan industri di masa hadapan. Umum sering menganggap bahawa pengajian kesusasteraan hanyalah suatu bidang pengajian yang tertumpu kepada pembacaan teks atau karya semata-mata. Hakikatnya, bidang pengajian kesusasteraan tradisional berkaitan rapat dengan berbagai-bagai unsur asas yang sangat diperlukan oleh industri kreatif di negara ini, terutamanya dalam hal-hal yang berhubungan dengan sejarah sosio-budaya bangsa. Pernyataan ini menyarankan bahawa bidang pengajian kesusasteraan tradisional turut menawarkan berbagai-bagai kebolehan dan kepakaran khusus yang boleh dimanfaatkan dalam kemajuan industri kreatif negara pada masa kini. Oleh itu, makalah ini bermatlamat untuk membincangkan kebolehan dan kepakaran yang ada pada pelajar-pelajar bidang pengajian kesusasteraan Melayu tradisional yang sesuai untuk diterapkan dalam latihan industri kreatif yang sedia ada. Secara tidak langsung, matlamat ini akan turut mengenengahkan bentuk-bentuk industri kreatif sesuai yang boleh memanfaatkan kebolehan pelajar berkenaan. Titik pertemuan antara bidang pengajian kesusasteraan Melayu tradisional dengan latihan industri kreatif akan menjadikan bidang pengajian ini lebih bernilai komersil dan juga mampu dilestarikan sepanjang zaman, biarpun dihimpit oleh pelbagai kemajuan teknologi semasa. KATA KUNCI: Kesusasteraan Melayu tradisional, latihan industri, industri kreatif, kebolehan dan kepakaran, serta teknologi semasa.   Dr. Mohamad Luthfi Abdul Rahman dan Dr. Jelani Harun ialah Pensyarah Kesusasteraan di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM (Universiti Sains Malaysia), 11800 Minden, Pulau Pinang, Malaysia. Bagi urusan sebarang akademik, penulis boleh dihubungi dengan alamat emel: luthfi@usm.myHow to cite this article? Abdul Rahman, Mohamad Luthfi & Jelani Harun. (2011). “Pengajian Kesusasteraan Melayu Tradisional ke Arah Latihan Industri: Suatu Penerokaan di Universiti Sains Malaysia” in ATIKAN: Jurnal Kajian Pendidikan, Vol.1(2) Desember, pp.263-278. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press owned by ASPENSI in Bandung, ISSN 2088-1290.Chronicle of the article: Accepted (October 8, 2011); Revised (November 16, 2011); and Published (December 15, 2011).
Libat Sama Universiti dan Komuniti: Manfaat Kesusasteraan Lisan di Malaysia Abdul Rahman, Mohamad Luthfi
ATIKAN Vol 3, No 2 (2013)
Publisher : ASPENSI

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (212.239 KB)

Abstract

IKHTISAR: Makalah ini bakal membincangkan tentang kepentingan libat sama atau jaringan antara universiti dan komuniti dalam konteks pendidikan tinggi di Malaysia. Objektif makalah ini adalah untuk melihat sejauh mana libat sama ini mampu memberikan impak positif dalam bidang tradisi lisan di Malaysia. Bagi tujuan ini, libat sama yang dimaksudkan bukanlah sekadar program-program kemasyarakatan yang konvensional, seperti gotong-royong, membantu mengecat dewan, motivasi kepada anak-anak desa, dan sebagainya, tetapi ia lebih menjurus kepada perkembangan warisan dan kebudayaan sesuatu komuniti yang dikunjungi. Berasaskan pendapat daripada Alan Dundes (1965) yang menekankan pentingnya sastera lisan dikaji dalam konteks budaya masyarakat itu sendiri; dan juga pandangan sarjana sastera lisan tempatan, iaitu Mohd Taib Osman (1982), yang memaparkan keakraban bidang sastera lisan dengan kaedah kajian di lapangan, menjadikan usaha libat sama ini sangat relevan untuk dilaksanakan. Pelajar yang terlibat dalam program sebegini akan berpeluang mendekati para penggiat kesusasteraan lisan, seperti penglipur lara, pakar-pakar pantun, penyair, ahli gurindam dan seloka, dan sebagainya. Pada masa yang sama, warisan tersebut juga akan terus hidup sekiranya program libat sama universiti dan komuniti itu diadakan secara berkala dan berterusan. Signifikannya, pendekatan sebegini sesuai dengan latar bidang ilmu kemanusiaan dan kesusasteraan yang sentiasa membicarakan persoalan kesenian, pemuliharaan, proses kreatif seseorang insan seni, dan sebagainya. KATA KUNCI: Libat sama, kesusasteraan lisan, konvensional, pelajar, penggiat seni, pendedahan, perkembangan, objektif, program, dan peruntukkan.ABSTRACT: This paper entitled “Equal Engagement of the University and Community: The Benefits of Oral Literature in Malaysia”. It will discuss the importance of equal engagement or network between university and community in the context of higher education in Malaysia. The objective of this paper is to see how far this equal engagement is able to give the positive impact in the field of oral tradition in Malaysia. For this purpose, equal engagement is not meant just social programs that are conventional, such as mutual assistance, help to paint the hall, to motivate the village children, and so on, but it is more focused on development and cultural heritage of a community that be visited. Based on the opinion of Alan Dundes (1965) emphasized the importance of oral literature is reviewed in the context of the culture itself; and also the views of local oral literature scholar, Mohd Taib Osman (1982), who explains the closeness of oral literature in the field of research methodology, make the equal engagement is very relevant to be done. Students involved in this program will have the opportunity to reach out to the oral literature’s players, such as storytellers, experts of poem and poets, “gurindam” (rhapsodical type of free verse) couplets, and so on. At the same time, the legacy will continue to live together if the programs of equal engagement between university and community are held regularly and continuously. Significantly, this approach fits with the background of humanities and literature fields that are always talking about the question of the arts, conservation, creative process of an artist, and so on.KEY WORD: Equal engagement, oral literature, conventional, students, art activists, exposure, development, objectives, programs, and allocation. About the Author: Mohamad Luthfi Abdul Rahman ialah Pensyarah Kanan pada Bahagian Kesusasteraan, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM (Universiti Sains Malaysia), Kampus Induk USM, Minden, Pulau Pinang, Malaysia. Bagi urusan sebarang akademik, penulis boleh dihubungi dengan alamat emel: luthfi@usm.myHow to cite this article? Abdul Rahman, Mohamad Luthfi. (2013). “Libat Sama Universiti dan Komuniti: Manfaat Kesusasteraan Lisan di Malaysia” in ATIKAN: Jurnal Kajian Pendidikan, Vol.3(2) December, pp.161-168. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press owned by ASPENSI in Bandung and FKIP UNSUR in Cianjur, West Java, ISSN 2088-1290. Chronicle of the article: Accepted (October 19, 2013); Revised (November 20, 2013); and Published (December 15, 2013).