IKHTISAR: Sejarah telah membuktikan bahawa laut di kepulauan Asia Tenggara telah memainkan peranan yang cukup penting dalam pembinaan peradaban di Alam Melayu ini, seperti yang pernah dibuktikan oleh kerajaan Srivijaya dan Majapahit di Indonesia; Kesultanan Melayu Melaka di Malaysia; Kesultanan Brunei di Negara Brunei Darussalam; dan Kesultanan Sulu di Filipina. Untuk merealisasikan misi dan visi penyatuan nasion di rantau Asia Tenggara atau Alam Melayu ini, maka satu anjakan paradigma dalam polisi pemerintah dan minda rakyat perlu dilakukan terlebih dahulu, melalui proses penyelidikan dan pendidikan, yakni melihat laut sebagai penyatu bukan pemisah. Dalam kerangka yang lebih besar pula, semua nasion di rantau ini perlu memupuk satu semangat dan kesedaran bahawa sejarah dan budaya maritim di kepulauan Alam Melayu adalah milik dan warisan bersama. Ini bertujuan untuk menghidupkan semula perkongsian warisan sejarah, kebudayaan, dan kesenian maritim; menyedarkan rakyat di rantau ini bahawa laut pada hakikatnya mampu mempersatukan nasion; dan memperlihatkan kepada dunia akan intim dan kuatnya hubungan baik antara negara-bangsa di rantau Asia Tenggara atau Alam Melayu ini.KATA KUNCI: Semangat Nusantara, sejarah maritim, integrasi negara-bangsa, alam Melayu, dan kebudayaan warisan bersama.ABSTRACT: This paper entitled âReviving the Spirit of Archipelago Through the Maritime Historical Studies in the Malay Worldâ. History has shown that ocean in Southeast Asia islands has played a pretty important role in the development of civilization in the Malay world, as has been proved by the Srivijaya and Majapahit kingdoms in Indonesia; the Sultanate of Malacca in Malaysia; Sultanate of Brunei in Brunei Darussalam; and the Sultanate of Sulu in the Philippines. To realize the vision and mission of national integration in Southeast Asia, or the Malay World, then, a paradigm shift in government policy and the mindset of the people needs to be done in advance, through research and education, by looking the sea as a unifying, not as dividing matter. In a larger framework, all of nation-states in the region and to foster a spirit as well as awareness that the history and culture of maritime in Malay archipelago are owned and collective heritages. This partnership aims to revive the historical heritage, culture, arts, and maritime; awareness of the people in this region that the sea in fact capable of national unite; and showing to the world about the intimate and strong relationship between the nation-states in Southeast Asia or the Malay world .KEY WORD: The spirit of the archipelago, maritime history, the nation-state integration, the Malay, and cultural heritage owned together.About the Author: Prof. Madya Dr. Ismail Ali ialah Pensyarah Kanan di Program Sejarah, Sekolah Sains Sosial UMS (Universiti Malaysia Sabah) di Kota Kinabalu; dan sekarang menjawat selaku Pengarah UMS-KAL (Universiti Malaysia Sabah â Kampus Antarabangsa Labuan) di Malaysia. Bagi urusan sebarang akademik, alamat emel penulis adalah: ismailrc@ums.edu.myHow to cite this article? Ali, Ismail. (2013). âMenghidupkan Semula Semangat Nusantara Melalui Pengajian Sejarah Maritim di Alam Melayuâ in SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, Vol.1(2), September, pp.193-212. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press and UBD Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam, ISSN 2302-5808. Chronicle of the article: Accepted (July 30, 2013); Revised (August 31, 2013); and Published (September 30, 2013).
Copyrights © 2013