This Author published in this journals
All Journal SUSURGALUR
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 4 Documents
Search

Kebijaksanaan Kesultanan Sulu dalam Mengurustadbir Sumber Ekonomi di Pantai Timur Borneo Utara, 1704 – 1878 Ali, Ismail
SUSURGALUR Vol 2, No 2 (2014)
Publisher : SUSURGALUR

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (229.123 KB)

Abstract

IKHTISAR: Sejarah pemerintahan Kesultanan Sulu di Kalimantan Utara (Borneo Utara) bermula apabila Sultan Brunei menyerahkan sebahagian daripada jajahannya, dari Kimanis hingga selatan Sungai Sibucu, kepada Sultan Sulu pada tahun 1704. Sememangnya, pada abad ke-17 lagi telah memperlihatkan kemunculan Sulu yang berpusat di Jolo, sebagai sebuah kerajaan maritim yang cukup berpengaruh dalam menguasai hal-ehwal kelautan, terutamanya di Laut Sulu dan juga di Laut Sulawesi dan Laut Cina Selatan. Kesultanan Sulu melalui para pembesarnya telah berusaha meluaskan pengaruh “ketuanan” Sulu di Kepulauan Melayu, terutamanya di pantai timur Borneo Utara yang bukannya semata-mata untuk meluaskan pengaruh politiknya, tetapi yang lebih penting lagi mendapatkan sebanyak mungkin sumber-sumber hutan dan maritim, termasuk hamba yang boleh diperdagangkan kepada para pedagang tempatan dan antarabangsa di pelabuhan Jolo. Makalah ini mengkaji kebijaksanaan, sistem, dan struktur pentadbiran Kesultanan Sulu dalam membangunkan ekonomi di pantai timur Borneo Utara, sebelum ianya diruntuhkan oleh BNBCC (British North Borneo Chartered Company) pada tahun 1878.  KATA KUNCI: Kesultanan Sulu, Borneo Utara, ekonomi dan wilayah, kerajaan maritim, dan pengaruh ketuanan Melayu.ABSTRACT: “The Policy of the Sulu Sultanate in Managing the Economic Resources in the East Coast of North Borneo, 1704 – 1878”. The history of administration of Sulu Sultanate in North Borneo has begun when the Sultan of Brunei transfered one of her teritories to Sultan of Sulu from Kiamis to southern Sungai Sibucu in 1704. Actually, the Sulu Sultanate, with its base in Jolo, had emerged as an influential and powerful maritime government ruling over the Sulu seas as well as Sulawesi and South China seas during the 17th century. The Sulu Sultanate through its officials tried to expand the sovereignty in the Malay Archipelago, especially on the east coast of North Borneo not just for political dominance, but more importantly for natural and marine resources as well as slaves to trade with local merchants and foreign traders in the Jolo harbour. This article studies the policy, system, and governance structure of the Sulu Sultanate and its effectiveness towards developing the economies in the east coast of North Borneo, before its downfall brought forth by the BNBCC (British North Borneo Chartered Company) in 1878. KEY WORD: Sulu Sultanate, North Borneo, ecomony and region, maritime government, and Malay ruler impact.About the Author: Prof. Madya Dr. Ismail Ali ialah Pensyarah Kanan di Program Sejarah UMS (Universiti Malaysia Sabah); dan Pengarah UMS-KAL (Universiti Malaysia Sabah – Kampus Antarabangsa Labuan), Jalan Sungai Pagar, 87000 Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah, Malaysia. Mobile: +60198994371. Emel: ismailrc@ums.edu.myHow to cite this article? Ali, Ismail. (2014). “Kebijaksanaan Kesultanan Sulu dalam Mengurustadbir Sumber Ekonomi di Pantai Timur Borneo Utara, 1704 – 1878” in SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, Vol.2(2), September, pp.189-206. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press and UBD Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam, ISSN 2302-5808.    Chronicle of the article: Accepted (February 28, 2014); Revised (May 10, 2014); and Published (September 24, 2014).
Menghidupkan Semula Semangat Nusantara Melalui Pengajian Sejarah Maritim di Alam Melayu Ali, Ismail
SUSURGALUR Vol 1, No 2 (2013)
Publisher : SUSURGALUR

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (170.746 KB)

Abstract

IKHTISAR: Sejarah telah membuktikan bahawa laut di kepulauan Asia Tenggara telah memainkan peranan yang cukup penting dalam pembinaan peradaban di Alam Melayu ini, seperti yang pernah dibuktikan oleh kerajaan Srivijaya dan Majapahit di Indonesia; Kesultanan Melayu Melaka di Malaysia; Kesultanan Brunei di Negara Brunei Darussalam; dan Kesultanan Sulu di Filipina. Untuk merealisasikan misi dan visi penyatuan nasion di rantau Asia Tenggara atau Alam Melayu ini, maka satu anjakan paradigma dalam polisi pemerintah dan minda rakyat perlu dilakukan terlebih dahulu, melalui proses penyelidikan dan pendidikan, yakni melihat laut sebagai penyatu bukan pemisah. Dalam kerangka yang lebih besar pula, semua nasion di rantau ini perlu memupuk satu semangat dan kesedaran  bahawa  sejarah dan budaya maritim di kepulauan Alam Melayu adalah milik dan warisan bersama. Ini bertujuan untuk menghidupkan semula perkongsian warisan sejarah, kebudayaan, dan kesenian maritim; menyedarkan rakyat di rantau ini bahawa laut pada hakikatnya mampu mempersatukan nasion; dan memperlihatkan kepada dunia akan intim dan kuatnya hubungan baik antara negara-bangsa di rantau Asia Tenggara atau Alam Melayu ini.KATA KUNCI: Semangat Nusantara, sejarah maritim, integrasi negara-bangsa, alam Melayu, dan kebudayaan warisan bersama.ABSTRACT: This paper entitled “Reviving the Spirit of Archipelago Through the Maritime Historical Studies in the Malay World”. History has shown that ocean in Southeast Asia islands has played a pretty important role in the development of civilization in the Malay world, as has been proved by the Srivijaya and Majapahit kingdoms in Indonesia; the Sultanate of Malacca in Malaysia; Sultanate of Brunei in Brunei Darussalam; and the Sultanate of Sulu in the Philippines. To realize the vision and mission of national integration in Southeast Asia, or the Malay World, then, a paradigm shift in government policy and the mindset of the people needs to be done in advance, through research and education, by looking the sea as a unifying, not as dividing matter. In a larger framework, all of nation-states in the region and to foster a spirit as well as awareness that the history and culture of maritime in Malay archipelago are owned and collective heritages. This partnership aims to revive the historical heritage, culture, arts, and maritime; awareness of the people in this region that the sea in fact capable of national unite; and showing to the world about the intimate and strong relationship between the nation-states in Southeast Asia or the Malay world .KEY WORD: The spirit of the archipelago, maritime history, the nation-state integration, the Malay, and cultural heritage owned together.About the Author: Prof. Madya Dr. Ismail Ali ialah Pensyarah Kanan di Program Sejarah, Sekolah Sains Sosial UMS (Universiti Malaysia Sabah) di Kota Kinabalu; dan sekarang menjawat selaku Pengarah UMS-KAL (Universiti Malaysia Sabah – Kampus Antarabangsa Labuan) di Malaysia. Bagi urusan sebarang akademik, alamat emel penulis adalah: ismailrc@ums.edu.myHow to cite this article? Ali, Ismail. (2013). “Menghidupkan Semula Semangat Nusantara Melalui Pengajian Sejarah Maritim di Alam Melayu” in SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, Vol.1(2), September, pp.193-212. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press and UBD Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam, ISSN 2302-5808. Chronicle of the article: Accepted (July 30, 2013); Revised (August 31, 2013); and Published (September 30, 2013).
Perburuan Hamba, Perlanunan, dan Kempen Penghapusan Lanun di Sarawak: Perspektif Sejarah Maritim Ali, Ismail
SUSURGALUR Vol 1, No 1 (2013):
Publisher : SUSURGALUR

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (470.906 KB)

Abstract

Ikhtisar: Abad ke-18 dan ke-19 telah menyaksikan kemunculan orang-orang Dayak Laut di Sarawak – bersama-sama dengan orang-orang Iranun dan Balangingi yang berasal dari kepulauan Filipina – sebagai “hero” Brunei kerana pernah menjadikan bangsa Eropah sebagai tawanan dan hamba mereka. Penguasaan orang-orang Iranun, Balagingi, dan Dayak Laut yang juga dikenali sebagai ”Raja di Laut” dan “Vikings of the Eastern Seas” di perairan kepulaun Borneo dan Asia Tenggara ini telah menggerunkan dan sekaligus menjadi mimpi ngeri kepada para pelayar dan pedagang Barat yang berlayar ke kawasan perairan kepulauan Borneo dan Asia Tenggara pada waktu itu. Makalah ini bertujuan untuk mengkaji penglibatan dan peranan para pembesar Brunei dan Melayu di Sarawak dalam aktiviti pemburuan hamba dan perlanunan serta membantu rejim Brooke dalam kempen penghapusan lanun (mantan pembesar Brunei, pembesar Melayu Sarawak, dan Dayak Laut) di sekitar perairan Sarawak dan Brunei pada era pemerintahan Sultan Omar Ali Saifuddin II (1828-1852) dari perspektif ekonomi dan budaya maritim Brunei.Kata kunci: Lanun, orang Dayak Laut, dan penglibatan pembesar Brunei dan Melayu di Serawak dalam dunia perlanunan.Abstract: The eighteenth and nineteenth centuries witnessed the emergence of the Sea Dayaks in Sarawak – alongside the Iranuns and the Balangingis whose homeland was the Philippine islands – as the heroes of Brunei due to the fact that the Europeans were once captured by the Sea Dayaks and were made as the latter’s slaves. The control that the Iranuns, the Balangingis, and the Sea Dayaks who were also known as the “King of the Seas” and the “Vikings of the Eastern Seas” had over the Borneo island and Southeast Asia was rather intimidating, in fact a nightmare, for travelers and Western traders who sailed to or through the region. This article aims to investigate the involvement of, and the role played by, Brunei’s governing elite and the Malays in Sarawak in slave hunting and piratical activities and the assistance they offered to Brooke regime in piracy eradication campaign (former Brunei’s governors, Malay Sarawak governors, and the Sea Dayaks) at the coastal areas of Sarawak and Brunei during the reign of Sultan Omar Saifuddin II (1828-1852) from the perspectives of maritime economy and culture of Brunei.Key word: Piracy, Sea Dayaks, involvement of Brunei’s governing elite and the Malays in Sarawak in the world of piracy. ===About the Author: Prof. Madya Dr. Ismail Ali ialah Pensyarah Kanan di Program Sejarah, Sekolah Sains Sosial UMS (Universiti Malaysia Sabah), Jalan Beg Berkunci, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Alamat e-mail: ismailrc@ums.edu.my  How to cite this article? Ali, Ismail. (2013). “Perburuan Hamba, Perlanunan, dan Kempen Penghapusan Lanun di Sarawak: Perspektif Sejarah Maritim” in SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, Vol.1(1), Maret, pp.27-40. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press, ISSN 2302-5808. Chronicle of the article: Accepted (January 12, 2013); Revised (February 22, 2013); and Published (March 24, 2013).
Meriam Sultan Setebuk: Simbol Keagungan Sejarah Maritim Orang Iranun di Tempasuk, Sabah Ali, Ismail; Moksan, Jamaludin
SUSURGALUR Vol 4, No 1 (2016)
Publisher : SUSURGALUR

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

IKHTISAR: Setakat ini kajian dan penulisan berhubung aspek sosial, ekonomi, sosio-budaya, seni bina, dan warisan komuniti Iranun masih lagi terbatas dan hanya dilakukan oleh beberapa orang sarjana sahaja. Hal ini secara langsung telah menyebabkan banyak peninggalan sejarah orang Iranun masih lagi belum diselongkar dan ditonjolkan kepada umum. Makalah ini ditulis dengan tujuan untuk mendokumentasikan semula kewujudan sebuah meriam besi di tanah perkuburan Kota Peladuk (Matampai) Kota Belud, Sabah, Malaysia, yang dikenali sebagai “meriam Sultan Setebuk”. Berdasarkan kepada sejarah peradaban maritim di Sabah, ianya menunjukan bahawa meriam ini pernah menjadi simbol keagungan dan ketuanan orang Iranun di dunia Melayu, sehingga pernah mendapat jolokan sebagai “Lord of the Eastern Sea” oleh orang-orang Barat. Namun demikian, pada hari ini meriam berkenaan hanya tinggal sebagai sebuah besi berkarat dan terbiar begitu sahaja. Dalam erti kata lain, ketiadaan kajian yang komprehensif terhadapnya telah menyebabkan sejarah kewujudan orang-orang Iranun di Tempasuk masih lagi kabur. Berdasarkan kepada artifak meriam ini pula telah banyak membantu menyelongkar sejarah asal-usul dan peradaban maritim orang-orang Iranun di Sabah, Malaysia.KATA KUNCI: Bangsa Iranun; Meriam; Sultan Setebuk; Tempasuk; Sejarah Maritim. ABSTRACT: “Cannon of Sultan Setebuk: A Symbol of Greatness in the Maritime History of the Iranuns in Tempasuk, Sabah”. Recently, the research and writing on the social, economic, socio-cultural, architectural, and heritage of Iranun community are still limited and only done by a few scholars. This directly led to many historical relics of Iranun people have not yet been exposed and highlighted to the public. This paper is written to re-document the existence of a metal cannon in the burial ground of Kota Paladuk (Matampai) Kota Belud, Sabah, Malaysia, which is known as the “cannon of Sultan Setebuk”. Based on the maritime history of Sabah, the cannon of Sultan Setebuk had once been a symbol of greatness and supremacy of the Iranun people in the Malay archipelagos and they were described as the “Lord of the Eastern Sea” by the Westeners. However, today, the cannon has been left as an eroding metal piece. In another word, there has been no comprehensive historical research about the cannon, which is also closely connected to the arrival of the Iranuns in the area of Tempasuk. Therefore, there is an urgent need to study this cannon as an artefact in order to understand the origin of the maritime history of the Iranuns in Sabah, Malaysia.    KEY WORD: Iranun People; Cannon; Sultan Setebuk; Tempasuk; Maritime History.  About the Authors: Prof. Madya Dr. Ismail Ali ialah Pensyarah Kanan di Program Sejarah, Fakulti Kemanusiaan, Seni, dan Warisan UMS (Universiti Malaysia Sabah); dan pada masa kini beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni UMS Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Jamaludin Moksan ialah Pelajar Ijazah Kedoktoran (Ph.D.), dibawah seliaan Prof. Madya Dr. Ismail Ali, dalam Program Sejarah di Fakulti Kemanusiaan, Seni, dan Warisan UMS Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Alamat emel penulis: ismailrc@ums.edu.my dan jamal0751173@gmail.comHow to cite this article? Ali, Ismail & Jamaludin Moksan. (2016). “Meriam Sultan Setebuk: Simbol Keagungan Sejarah Maritim Orang Iranun di Tempasuk, Sabah” in SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, Vol.4(1), March, pp.13-30. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press and UBD Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam, ISSN 2302-5808.Chronicle of the article: Accepted (January 11, 2016); Revised (February 12, 2016); and Published (March 30, 2016).