IKHTISAR: Setakat ini kajian dan penulisan berhubung aspek sosial, ekonomi, sosio-budaya, seni bina, dan warisan komuniti Iranun masih lagi terbatas dan hanya dilakukan oleh beberapa orang sarjana sahaja. Hal ini secara langsung telah menyebabkan banyak peninggalan sejarah orang Iranun masih lagi belum diselongkar dan ditonjolkan kepada umum. Makalah ini ditulis dengan tujuan untuk mendokumentasikan semula kewujudan sebuah meriam besi di tanah perkuburan Kota Peladuk (Matampai) Kota Belud, Sabah, Malaysia, yang dikenali sebagai âmeriam Sultan Setebukâ. Berdasarkan kepada sejarah peradaban maritim di Sabah, ianya menunjukan bahawa meriam ini pernah menjadi simbol keagungan dan ketuanan orang Iranun di dunia Melayu, sehingga pernah mendapat jolokan sebagai âLord of the Eastern Seaâ oleh orang-orang Barat. Namun demikian, pada hari ini meriam berkenaan hanya tinggal sebagai sebuah besi berkarat dan terbiar begitu sahaja. Dalam erti kata lain, ketiadaan kajian yang komprehensif terhadapnya telah menyebabkan sejarah kewujudan orang-orang Iranun di Tempasuk masih lagi kabur. Berdasarkan kepada artifak meriam ini pula telah banyak membantu menyelongkar sejarah asal-usul dan peradaban maritim orang-orang Iranun di Sabah, Malaysia.KATA KUNCI: Bangsa Iranun; Meriam; Sultan Setebuk; Tempasuk; Sejarah Maritim. ABSTRACT: âCannon of Sultan Setebuk: A Symbol of Greatness in the Maritime History of the Iranuns in Tempasuk, Sabahâ. Recently, the research and writing on the social, economic, socio-cultural, architectural, and heritage of Iranun community are still limited and only done by a few scholars. This directly led to many historical relics of Iranun people have not yet been exposed and highlighted to the public. This paper is written to re-document the existence of a metal cannon in the burial ground of Kota Paladuk (Matampai) Kota Belud, Sabah, Malaysia, which is known as the âcannon of Sultan Setebukâ. Based on the maritime history of Sabah, the cannon of Sultan Setebuk had once been a symbol of greatness and supremacy of the Iranun people in the Malay archipelagos and they were described as the âLord of the Eastern Seaâ by the Westeners. However, today, the cannon has been left as an eroding metal piece. In another word, there has been no comprehensive historical research about the cannon, which is also closely connected to the arrival of the Iranuns in the area of Tempasuk. Therefore, there is an urgent need to study this cannon as an artefact in order to understand the origin of the maritime history of the Iranuns in Sabah, Malaysia.   KEY WORD: Iranun People; Cannon; Sultan Setebuk; Tempasuk; Maritime History.  About the Authors: Prof. Madya Dr. Ismail Ali ialah Pensyarah Kanan di Program Sejarah, Fakulti Kemanusiaan, Seni, dan Warisan UMS (Universiti Malaysia Sabah); dan pada masa kini beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni UMS Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Jamaludin Moksan ialah Pelajar Ijazah Kedoktoran (Ph.D.), dibawah seliaan Prof. Madya Dr. Ismail Ali, dalam Program Sejarah di Fakulti Kemanusiaan, Seni, dan Warisan UMS Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Alamat emel penulis: ismailrc@ums.edu.my dan jamal0751173@gmail.comHow to cite this article? Ali, Ismail & Jamaludin Moksan. (2016). âMeriam Sultan Setebuk: Simbol Keagungan Sejarah Maritim Orang Iranun di Tempasuk, Sabahâ in SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah & Pendidikan Sejarah, Vol.4(1), March, pp.13-30. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press and UBD Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam, ISSN 2302-5808.Chronicle of the article: Accepted (January 11, 2016); Revised (February 12, 2016); and Published (March 30, 2016).
Copyrights © 2016