Claim Missing Document
Check
Articles

Found 24 Documents
Search

Pergerakan Islam di Malaysia: Konteks dan Faktor Sejarah Nabil Amir, Ahmad
AR ROSYAD: Jurnal Keislaman dan Sosial Humaniora Vol. 2 No. 1 (2023): Desember 2023
Publisher : LPPM IAI Hasanuddin Pare-Kediri

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | DOI: 10.55148/arrosyad.v2i1.770

Abstract

Kajian ini bermaksud menyorot sejarah awal perkembangan gerakan Islam di Malaysia sejak zaman kolonial. Ini dilihat dari dua sudut yang penting dan bertumpang-tindih; gerakan islah yang membawa kesedaran nasional dan aspirasi pembaharuan dan tajdid serta pengaruh gerakan anti-penjajah dan kepeloporan politik Islam di rantau nusantara. Ia menghuraikan kesan dan pengaruh gerakan Islam di Malaysia dalam memangkin pembaharuan dan nahdah dalam konteks sosio budaya dan sosio politiknya yang luas. Peranan dan sumbangan yang dicetuskan oleh para pelopor Islam di Malaysia seperti Syed Syeikh al-Hadi, Dr. Burhanuddin al-Helmi, Ustaz Abu Bakar al-Baqir, Syed Muhammad Naquib al-Attas dan sebagainya telah memberikan pengaruh yang signifikan dalam mengilhamkan kebangkitan dan kesedaran wa’y al-Islam yang mendalam. Gerakan Islam yang diprakarsai oleh tokoh-tokoh penting ini memperlihatkan nilai dan falsafah Islam yang ideal dan membuka ruang ijtihad yang signifikan dan segar. Pengaruh pemikiran yang dilontarkan telah mengilhamkan perubahan yang progresif dalam pembentukan masyarakat madani yang inklusif dan gerakan akliah yang dinamik dan mampan. Kajian ini berbentuk kualitatif dari jenis penelitian kepustakaan dan analisis kandungan. Data dikumpulkan berasaskan metode dokumentasi dengan menerapkan kaedah analisis dengan cara sintesis, interpretatif, deskriptif, historis dan komparatif. Penemuan kajian menunjukkan aspirasi dan perjuangan dakwah yang digerakkan telah mencetuskan perubahan yang signifikan dalam memperkukuh kefahaman tauhid dan menegakkan harakat perjuangan, menggilap ruh dan semangat kebebasan, menggerakkan wacana pembaikan dan islah dan Islamisasi ilmu. Kajian ini telah melakarkan sumbangan dan kefahaman yang tuntas tentang sejarah pergerakan Islam yang memberi implikasi terhadap upaya pembaikannya dalam konteks moden dengan menggarap dasar dan halatuju politik dan sosio-budaya yang bermakna secara eksplisit, dan meyakinkan. Kajian ini adalah yang pertama menerapkan pendekatan kualitatif dan kuantitatif dalam menganalisis sejarah pergerakan Islam di Malaysia dan pengaruh serta menifestasinya dalam konteks politik dan agama. Ia menzahirkan ketinggian pengaruh dan idealisme yang meluas yang dibawa dalam tradisi akliah dan peradaban serta upaya penggemblingan kader di semua peringkat.
PENGARUH SAINS DALAM PERKEMBANGAN MODERN MENURUT MUHAMMAD ABDUH Nabil Amir, Ahmad; Abdul Rahman, Tasnim
MAHABBAH : Jurnal Ilmu Ushuluddin Dan Pemikiran Islam Vol. 1 No. 2 (2025): MAHABBAH : Jurnal Ilmu Ushuluddin Dan Pemikiran Islam
Publisher : MAHABBAH : Jurnal Ilmu Ushuluddin Dan Pemikiran Islam

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

Artikel ini meneliti pemikiran sains Shaykh Muhammad Abduh (1849-1905) dan pengaruhnya di dunia Islam. Perspektif saintifiknya ini dhuraikan secara sistematik dengan menganalisis karya-karyanya yang yang prolifik dan ekstensif tentang sains, seperti Al-Islām wa’lNasrāniyyah Ma‘a al-‘Ilm wa’l-Madaniyyah (Islam dan Kristian dan pendirian keduanya terhadap ilmu dan peradaban), Tafsīr al-Manār, Tafsīr Juz ‘Amma (Komentar atas Juz ‘Amma), Risālat al-Tawhīd (Tretis tentang tawhid) di samping kitab-kitab serta literatur penting yang lain dari Abduh. Tema utama yang dibincangkan menfokuskan pada falsafah sains Abduh, sumbangan Abduh kepada kemodenan, dan pandangan saintifiknya dalam tafsir. Ia turut membincangkan pengaruhnya terhadap masyarakat Mesir moden dan impaknya yang penting dalam pencerahan dan pembaharuan Islam di zaman moden. Metode kajian bersifat kualitatif berasaskan kaedah tinjauan literatur dan biografi. Penelitian ini menyimpulkan penemuan yang signifikan, yang memperlihatkan bahawa sumbangan utama Abduh kepada sains adalah dalam mengislamkan karakter dan landasnya yang dinamik berdasarkan pandangan sarwa Islam yang moden. Ini secara substantif dipaparkan dalam usahanya untuk memperkenalkan tafsiran saintifik terhadap al-Qur’an, yang mengangkat keunggulan akal dan intelek (‘aql), membawakan kefahaman rasionalnya terhadap teks, dan menyumbang kepada kebangkitan pikiran saintifik, kebebasan idea (taharrur), dan pandangan sarwa religius yang dinamik.
Pengaruh Islam dalam Sejarah Dunia: Kajian Kitab Fasl al-Maqal oleh Ibn Rushd Nabil amir, Ahmad; Rahman, Tasnim Abdul
Al-Wajih: The Journal of Islamic Studies Vol. 1 No. 2 (2024): Studi Keislaman
Publisher : Sekolah Tinggi Ilmu Tarbiyah Buntet Pesantren

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | DOI: 10.54213/alwajih.v1i2.602

Abstract

Artikel ini bertujuan mengkaji pengaruh Abu’l-Walid Muhammad ibn Ahmad ibn Rushd (1126-1198) dalam mencetuskan kebangkitan dan pencerahan akliah di Eropah. Pengaruh dari falsafahnya yang ditulis dalam rangka kurun ke-6–12 Hijrah menzahirkan pengaruh dan kesan yang dramatik dalam pembikinan tamadun Eropa di kemuncak peradabannya pada kurun ke 18 M. Kesan sejarah yang fenomenal ini tertegak dan dizahirkan dalam pandangan dan kebudayaan yang berkembang di dunia Barat. Kajian ini dirangka berasaskan pendekatan kualitatif dari jenis tinjauan pustaka dan analisis isi. Data diperoleh dari sumber-sumber primer dan sekunder dan diolah secara deskriptif dan analitis, dengan teknik taakulan yang bersifat tematis, hermeneutis, sintesis, dan historis. Dapatan kajian mendapati bahawa pemikiran dan idealisme yang dicetuskan oleh karya-karya besar Ibn Rushd terutamanya Fasl al-maqal, telah menghasilkan perubahan radikal dalam masyarakat Eropah. Pemikiran yang dirumuskannya telah mengangkat tamadun baru dan menzahirkan kekuatan yang meyakinkan dalam sejarah dan kebudayaan Andalusia. Artikel ini mendiskripsikan pengaruh yang monumental dari tulisannya yang penting ini dalam tradisi sejarah dan keilmuan Islam di Eropa
Artikulasi Hadith al-Bukhari dan Syarahnya oleh Muhammad Asad Nabil Amir, Ahmad
Jurnal At-Tadbir : Media Hukum dan Pendidikan Vol 33 No 1 (2023): Jurnal At-Tadbir: Media Hukum dan Pendidikan Volume 33 Nomor 1 Tahun 2023
Publisher : Institut KH Ahmad Sanusi (INKHAS) Sukabumi

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | DOI: 10.52030/attadbir.v33i1.160

Abstract

Paper ini membahas karya Muhammad Asad (1990-1992) Sahih al-Bukhari The Early Years of Islam yang diterbit pertama kali pada 1935 oleh Arafat Publications, Srinagar, Kashmir dan cetakan kedua pada 1981 oleh Dar Al-Andalus, Gibraltar. Kitab ini merupakan terjemahan dan kritik pada Sahih al-Bukhari yang berisi syarah dan kritik Hadits yang tuntas dan mengesankan terhadap riwayat-riwayat sahih, meninjau latar belakang para perawi, lafaz dan konteks periwayatannya. Kajian ini cuba melihat pengaruhnya dalam pemahaman teks-teks Hadits klasik, serta falsafah dan nilai-nilai rasional dan spiritual yang cuba dikembangkannya dalam konteks sejarah yang moden. Ia mengenengahkan ide dan fikrah yang dirumuskan Asad tentang pemandangan Hadits klasik dan membandingkannya dengan tinjauan ahli Hadits lain saat ini. Desain penelitian adalah bersifat deskriptif, analitis, historis dan komparatif. Berdasarkan kajian bahwa Asad telah memberikan sumbangan yang signifikan pada penelitian hadits dalam merumuskan metode dan pemahaman dasar tentang prinsip dan falsafah hadits yang rasional dan kontekstual. Ia memberikan asas yang kuat dalam pengembangan prinsip dan kerangka syarah yang kritis, yang memuat komentar dan analisis sejarah yang mendalam terhadap Kitab Sahih. Karyanya merumuskan kontradiksi hukum dan istinbath para fuqaha dan muhaddits dalam tradisi syarah serta menanggapi perselisihan dasar yang diajukan terhadap riwayat-riwayat Hadits.