IKHTISAR: Kertas ini bertujuan untuk mengkaji perbezaan amalan kecemerlangan sekolah dalam kalangan dua jenis sekolah berprestasi tinggi di Malaysia, iaitu SBP (Sekolah Berasrama Penuh) dan SMKA (Sekolah Menengah Kebangsaan Agama). Kerangka teori kajian daripada Muhammad Faizal A. Ghani (2008) telah digunakan dalam kajian ini. Kerangka kajian tersebut memiliki 7 dimensi sebagai faktor penyumbang kepada keberkesanan sekolah, iaitu: kepimpinan sekolah yang profesional, persekitaran sekolah yang kondusif, menumpukan pengajaran dan pembelajaran, harapan yang tinggi, penilaian berterusan, permuafakatan antara sekolah dan rumah, serta sekolah sebagai organisasi pembelajaran. Data dikumpulkan menggunakan soal selidik yang diedarkan kepada 180 guru SBP dan 180 guru SMKA. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif seperti peratusan, dan statistik inferensi iaitu ujian Mann-Whitney U. Kajian ini mendapati perbezaan yang ketara wujud antara SBP dengan SMKA dalam mengamalkan amalan kecemerlangan sekolah. KATA KUNCI: Amalan kecermelangan, sekolah berprestasi, sekolah berasrama penuh, dan sekolah menengah kebangsaan agama di Malaysia.ABSTRACT: This article analyzes differences in the operation of school excellence practices in two types of the high achievement schools in Malaysia i.e. boarding schools and religious schools. Theoretical framework of Muhammad Faizal A. Ghani (2008) was used in this study. The framework addresses the following 7 dimensions as contributing factors to the effectiveness of the schools, i.e. professional leadership, conducive school environment, concentrate of teaching and learning, high expectations, continuous assessment, collaboration and cooperation between school and home, and the school as a learning organization. The data was collected through questionnaires distributed to 180 boarding school teachers and 180 religious school teachers. The data were analyzed using descriptive statistics such as percentage, and inferential statistics i.e. Mann-Whitney U test. This study found that a significant difference exists between the boarding schools and the religious schools in practicing the following excellence school practices.KEY WORD: Excellence practices, achievement school, boarding schools, and religious schools in Malaysia.About the Author: Muhammad Faizal A. Ghani ialah Pensyarah di Fakulti Pendidikan UM (Universiti Malaya), Kuala Lumpur, Malaysia. Bagi urusan sebarang akademik dan penyelidikan, penulis dapat dihubungi dengan alamat emel: mdfaizal@um.edu.myHow to cite this article? Ghani, Muhammad Faizal A. (2012). âAmalan Kecemerlangan Sekolah dalam Kalangan Dua Jenis Sekolah Berprestasi Tinggi di Malaysiaâ in ATIKAN: Jurnal Kajian Pendidikan, Vol.2(2) Desember, pp.207-234. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press owned by ASPENSI in Bandung and FKIP UNSUR in Cianjur, West Java, ISSN 2088-1290. Chronicle of the article: Accepted (October 9, 2012); Revised (November 19, 2012); and Published (December 15, 2012).