Norhasni Zainal Abiddin, Norhasni Zainal
Unknown Affiliation

Published : 11 Documents Claim Missing Document
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 4 Documents
Search
Journal : Mimbar Pendidikan: Jurnal Indonesia untuk Kajian Pendidikan

Peranan Fasilitator dalam Perbincangan Kumpulan Kelas: Ke Arah Pembangunan Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Abiddin, Norhasni Zainal; Ismail, Azahari
MIMBAR PENDIDIKAN Vol 1, No 1 (2016): Volume 1, Number 1, March 2016
Publisher : Universitas Pendidikan Indonesia

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | DOI: 10.17509/mimbardik.v1i1.1754

Abstract

ABSTRAKSI: Perbincangan adalah pertukaran pendapat ataupun idea. Kaedah perbincangan kumpulan membolehkan pelajar berfikir secara konstruktif serta berkomunikasi dengan ahli kumpulan yang lain. Perbincangan menggalakkan pelajar untuk berinteraksi antara satu sama lain. Perbincangan menitikberatkan percakapan, pemerhatian, dan proses pendengaran. Perbincangan juga merupakan kaedah dimana pelajar dan fasilitator bertukar-tukar idea supaya mendapat pemahaman yang lebih mendalam mengenai sesuatu topik. Apabila kaedah perbincangan ini digunakan secara betul, ia merupakan cara yang baik untuk merangsang pemikiran pelajar. Terdapat pelbagai teknik perbincangan yang boleh digunakan (perbincangan panel, simposium, kajian kes, dan sebagainya). Setiap satunya mempunyai ciri-ciri yang unik. Perbincangan kumpulan boleh dijadikan salah satu teknik pengajaran didalam kelas bagi meningkatkan keyakinan pelajar dan juga pembangunan pelajar. Kecemerlangan pelajar tidak hanya tertumpu kepada pembangunan akademik sahaja, tetapi perlu dilihat dari segi sahsiah (kualiti diri dan kepimpinan). Pembangunan sahsiah amat penting dalam melahirkan pelajar yang berdisiplin, berfikir kreatif dan kritis, berkemahiran dalam berkomunikasi, serta berkemahiran dalam merancang dan membuat keputusan. Artikel ini mengupas peranan perbincangan kumpulan dalam pembangunan pelajar di institusi pengajian tinggi.KATA KUNCI: Fasilitator, perbincangan kumpulan, pelajar, pembangunan akademik, dan sahsiah diri. ABSTRACT: “The Role of Facilitator in Class Group Discussion: Towards Student Development in Higher Education Institution”. Discussion is an exchange of opinions or ideas. Group discussion methods are effective in getting the students to think constructively while interacting with the rest of the group. A true class discussion requires a student-to-student interchange of ideas. Discussion emphasizes on speaking, observing, listening process. The discussion method is one in which the trainees and the facilitator exchange their ideas in order to get a better understanding of a topic. The discussion method, when used properly, is a good way to stimulate thinking on the part of the student. There are varieties of discussion techniques that can be profitably used in conducting a training program (panel discussion, symposium, case study, etc). Each has unique characteristics and potential. Group discussion can be used as one of teaching techniques in classroom to enhance students’ confidence level and personality development. Student development must be seen not only in terms of their academic performance, but also personality (self-quality and leadership). Personality development is important to create students with high discipline level, who are able to think creatively as well as think critically, excellent in communication, and competent in planning and decision making. This article elaborates group discussion in enhancing student development in higher education institutions.KEY WORD: Facilitator, group discussion, student, academic performance, and personality development.  About the Authors: Assoc. Prof. Dato’ Dr. Norhasni Zainal Abiddin dan Assoc. Prof. Dr. Azahari Ismail ialah Pensyarah di Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan, Fakulti Pengajian Pendidikan UPM (Universiti Putra Malaysia), Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Alamat emel: nonieza99@gmail.comHow to cite this article? Abiddin, Norhasni Zainal Azahari Ismail. (2016). “Peranan Fasilitator dalam Perbincangan Kumpulan Kelas: Ke Arah Pembangunan Pelajar di Institusi Pengajian Tinggi” in MIMBAR PENDIDIKAN: Jurnal Indonesia untuk Kajian Pendidikan, Vol.1(1) Maret, pp.69-76. Bandung, Indonesia: UPI Press. Chronicle of the article: Accepted (February 2, 2016); Revised (February 20, 2016); and Published (March 11, 2016).
Tinjauan Permasalahan Akhlak Belia di Institusi Pengajian Tinggi Tan, Rohana; Abiddin, Norhasni Zainal
MIMBAR PENDIDIKAN Vol 1, No 2 (2016): Volume 1 Number 2, September 2016
Publisher : Universitas Pendidikan Indonesia

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | DOI: 10.17509/mimbardik.v1i2.3939

Abstract

ABSTRAKSI: Belia adalah aset bernilai kepada negara dan menjadi harapan nusa bangsa untuk merealisasikan hasrat menjadi negara maju. Namun, dengan arus globalisasi yang melanda dunia, apa yang berlaku pada hari ini ialah penglibatan belia, termasuklah belia di institusi pengajian tinggi, dalam permasalahan akhlak yang menyimpang daripada nilai-nilai ke-Timur-an dan prinsip Islam, walaupun hakikatnya mereka telah melalui proses pendidikan agama secara formal di sekolah. Ini menimbulkan persoalan: Apakah permasalahan akhlak belia di institusi pengajian tinggi? Penglibatan mereka dalam tingkah-laku yang berisiko seolah-olah memberi petunjuk bahawa pendidikan di sekolah sahaja belum mencukupi untuk membentuk akhlak belia, dan menjadikan Islam sebagai satu cara hidup dalam kehidupan mereka pada hari ini. Justeru itu, artikel ini mengupas tentang konsep belia dan akhlak Islam, permasalahan akhlak belia di institusi pengajian tinggi, dan cara mengatasinya. Dalam konteks negara Malaysia, pembentukan akhlak belia untuk menjadi insan kamil yang cemerlang dan seimbang dari segi intelek dan spiritual adalah proses pendidikan sepanjang hayat dan perlu diberi penekanan selaras dengan pembangunan dan kemajuan negara-bangsa.KATA KUNCI: Belia; Akhlak; Institusi Pengajian Tinggi; Globalisasi; Pendidikan Tidak Formal.ABSTRACT: “Exploring the Issues of Morality among Youths in Higher Education Institution”. Youth is a valuable asset to the nation to realize the objective of becoming a developed nation. However, what is happening in the globalization era nowadays is the involvement of youths, including those in higher educations, in the behaviors that deviate from Eastern values and principles of Islam, despite the fact that they have been through the process of formal religious education in schools. This begs the question: What are the moral problems of youths in institutions of higher education? Their risky behaviors seem to indicate that school education alone is not sufficient to to form good morals in youths, and Islam can alternatively be made a way of life. Therefore, this article explores the concept of youths and Islamic morality, moral problems of youths in institutions of higher education, and how to overcome them. In the context of Malaysia as a nation-state, the development of youths’ moral to be a perfect human and who can maintain a balanced in the intellectual and spiritual aspects is a lifelong process in education and should be addressed in line with the development and progress of the nation-state. KEY WORD: Youths; Morality; Higher Education Institution; Globalization; Informal Education.  About the Authors: Rohana Tan ialah Pelajar Master Sains Pendidikan Pengembangan di Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan, Fakulti Pengajian Pendidikan UPM (Universiti Putra Malaysia). Prof. Madya Dato’ Dr. Norhasni Zainal Abiddin ialah Pensyarah di Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan, Fakulti Pengajian Pendidikan UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Alamat emel: nonie@upm.edu.my dan nonieza99@gmail.comHow to cite this article? Tan, Rohana Norhasni Zainal Abiddin. (2016). “Tinjauan Permasalahan Akhlak Belia di Institusi Pengajian Tinggi” in MIMBAR PENDIDIKAN: Jurnal Indonesia untuk Kajian Pendidikan, Vol.1(2) September, pp.161-178. Bandung, Indonesia: UPI [Indonesia University of Education] Press, ISSN 2527-3868 (print) and 2503-457X (online). Chronicle of the article: Accepted (February 19, 2016); Revised (May 20, 2016); and Published (September 30, 2016).
Theory of Planned Behaviour and Readiness for Changes: Implication for Organisations Ogbodoakum, Nnamdi; Abiddin, Norhasni Zainal
MIMBAR PENDIDIKAN Vol 2, No 1 (2017)
Publisher : Universitas Pendidikan Indonesia

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | DOI: 10.17509/mimbardik.v2i1.6019

Abstract

ABSTRACT: An organisation’s long term survival in today’s challenging environment will depend on constant adaptation to changes in the environment. The majority of behavioural theories acknowledged individual as the central focus. Certain environmental or situational factors and applicable change-related processes have been recognised and studied as having significant influence in determining individual, group, and organisational behaviours. In the context of readiness for change, the theory of planned behaviour would be suitable in assessing the change supporting attributes of employees in achieving a strong readiness for change status. The connection between the theory of planned behaviour and individual readiness for change is that if a person has positive evaluation of change effort (attitude), supported by his close peers (subjective norm), and is confident that such change efforts will be undertaken successfully (perceived behavioural control), there will be improved motivation (intention) to actually engage in the change effort (readiness for change). This paper will discuss the Theory of Planned Behaviour and the readiness for change in organizations.KEY WORD: Readiness for Change; Attitude; Intention; Organisation; Human Resource Development. ABSTRAKSI: “Teori Tingkah-Laku Terancang dan Kesediaan untuk Berubah: Implikasi pada Organisasi”. Jangka hayat sesebuah organisasi dalam persekitaran yang mencabar hari ini bergantung kepada penyesuaian yang berterusan terhadap perubahan persekitaran. Kebanyakan teori tingkah-laku mengakui bahawa individu merupakan tumpuan utama dalam perubahan. Faktor persekitaran atau situasi tertentu dan proses yang berkaitan dengan perubahan juga telah diiktiraf dan dikaji sebagai mempunyai pengaruh yang besar dalam menentukan tingkah-laku individu, kumpulan, dan organisasi. Dalam konteks kesediaan untuk berubah, teori tingkah-laku terancang adalah sesuai dalam menilai perubahan sifat-sifat pekerja dalam menentukan kesediaan mereka yang kukuh untuk berubah. Hubungan antara teori tingkah-laku terancang dan kesediaan untuk berubah adalah berkaitan dengan: seseorang mempunyai penilaian positif terhadap usaha untuk berubah (sikap), disokong pula oleh rakan-rakannya yang rapat (norma subjektif), dan yakin bahawa usaha perubahan tersebut dilaksanakan dengan jayanya (kawalan tingkah-laku) dan motivasi yang ditambah baik (niat) akan benar-benar terlibat dalam usaha perubahan (kesediaan untuk berubah). Artikel ini menerangkan tentang Teori Tingkah-Laku Terancang dan kesediaan organisasi untuk berubah.KATA KUNCI: Kesediaan untuk Berubah; Sikap; Niat; Organisasi; Pembangunan Modal Insan.  About the Authors: Nnamdi Ogbodoakum is a Ph.D. Student at the Department of Professional Development and Continuing Education, Faculty of Educational Studies UPM (Putra University of Malaysia) in Serdang, Selangor, Malaysia. Assoc. Prof. Dato Dr. Norhasni Zainal Abiddin is a Senior Lecturer at the Department of Professional Development and Continuing Education, Faculty of Educational Studies UPM, 43400 UPM Serdang, Selangor, Malaysia. E-mail: nonie@upm.edu.myHow to cite this article? Ogbodoakum, Nnamdi Norhasni Zainal Abiddin. (2017). “Theory of Planned Behaviour and Readiness for Changes: Implication for Organisations” in MIMBAR PENDIDIKAN: Jurnal Indonesia untuk Kajian Pendidikan, Vol.2(1) March, pp.1-18. Bandung, Indonesia: UPI [Indonesia University of Education] Press, ISSN 2527-3868 (print) and 2503-457X (online).Chronicle of the article: Accepted (November 29, 2016); Revised (January 25, 2017); and Published (March 30, 2017).
Makna Kepakaran dalam Profesion Doktor Perubatan di Malaysia Tukiman, Nur Fariza; Abiddin, Norhasni Zainal
MIMBAR PENDIDIKAN Vol 3, No 2 (2018): September
Publisher : Universitas Pendidikan Indonesia

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | DOI: 10.17509/mimbardik.v3i2.13950

Abstract

ABSTRAKSI: Kajian ini bertujuan untuk memahami definisi kepakaran dan hubung-kaitnya dengan sesuatu profesion dalam konteks bidang perubatan. Sebelum definisi kepakaran diperoleh, pemahaman yang jelas harus didapati mengenai definisi profesion; dan kajian ini akan meneliti beberapa kajian utama yang telah dilakukan untuk mengkaji persoalan berkenaan. Terdapat tiga pendekatan utama yang selalu diperkatakan untuk memahami maksud profesion, iaitu: pendekatan statik, pendekatan proses, dan pendekatan sosio-ekonomi. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, yang mana sekumpulan 12 orang informan di temubual pada sekitar Ogos 2016; dan menggunakan penyelidik sebagai instrumen kajian, pelbagai aspek diteliti untuk mendapatkan pemahaman yang mendalam bersabit definisi kepakaran daripada informan, yang mana informan itu sendiri merupakan pakar dalam bidang perubatan. Kajian mendapati terdapat beberapa perkara yang membawa maksud kepakaran dalam bidang perubatan, iaitu: pengiktirafan rasmi; pengkhususan; menamatkan keperluan dipantau oleh seorang doktor pakar; tahap kompetensi yang tinggi; mempunyai kemahiran di luar bidang perubatan, seperti kemahiran bersosial dan berkomunikasi; serta menerima pengiktirafan daripada badan pemantau.KATA KUNCI: Kepakaran; Pembelajaran; Pendidikan Profesional Lanjutan; Profesion. ABSTRACT: “The Definition of Expertise in a Profession of Medical Doctors in Malaysia”. The research strives to understand the definition of expertise and its relation with a professional field in the context of the medical profession. Before expertise can be defined and properly understood, the research goes through a literature review of the definition and criteria of a profession. There are three main approaches that can be used to view a profession, which are the static approach, the process approach, and the socio-economic approach. This research adopts a qualitative approach, in which a sample of 12 informans is interviewed in August 2016; and using the researcher as an instrumentl, various aspects is being enquired to obtain a thorough understanding of the meaning of expertise to the informans, who are themselves specialist medical professionals and are considered “expert” in the medical field. The outcome summarizes that official certification; specialization on a specific field; completion of a serious of expertise checklist, including a being under the supervision of a mentor; a high level of competency; possessing soft skills and capabilities outside of the medical profesion; and receiving official recognition from a monitoring body are key criterias that defines expertise in the medical profession. KEY WORD: Expertise; Learning; Continuing Professional Education; Profession.  About the Authors: Nur Fariza Tukiman ialah Pelajar di Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan, Fakulti Pengajian Pendidikan UPM (Universiti Putra Malaysia), Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Assoc. Prof. Dato Dr. Norhasni Zainal Abiddin ialah Pensyarah di Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan, Fakulti Pengajian Pendidikan UPM, Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Alamat emel penulis: nur.fariza82@student.upm.edu.my dan nonie@upm.edu.my Suggested Citation: Tukiman, Nur Fariza Norhasni Zainal Abiddin. (2018). “Makna Kepakaran dalam Profesion Doktor Perubatan di Malaysia” in MIMBAR PENDIDIKAN: Jurnal Indonesia untuk Kajian Pendidikan, Volume 3(2), September, pp.137-148. Bandung, Indonesia: UPI [Indonesia University of Education] Press, ISSN 2527-3868 (print) and 2503-457X (online). Article Timeline: Accepted (March 2, 2018); Revised (June 22, 2018); and Published (September 30, 2018).