This Author published in this journals
All Journal ATIKAN
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 1 Documents
Search

Pengaruh Gaya Kepimpinan Jurulatih terhadap Kepuasan Atlet di Sekolah Sukan Malaysia Din, Anuar; Miting, Dolorine
ATIKAN Vol 3, No 2 (2013)
Publisher : ASPENSI

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (181.817 KB)

Abstract

IKHTISAR: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan faktor gaya kepimpinan jurulatih terhadap kepuasan atlet sekolah sukan. Seramai 206 orang atlet dari dua buah sekolah sukan di Malaysia telah dipilih dengan menggunakan pensampelan rawak mudah dilibatkan dalam kajian ini. Kajian ini adalah satu kajian kuantitatif bukan eksperimen dengan menggunakan kaedah tinjauan untuk menjawab objektif kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan gender yang signifikan (t = -.747, df = 204, p > 0.05) gaya kepimpinan jurulatih dalam kalangan atlet berdasarkan jantina. Walau bagaimanapun, dapatan kajian secara keseluruhan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan (t = 2.379, df = 197.943, p < 0.05) gaya kepimpinan jurulatih dalam kalangan atlet berdasarkan kategori sukan. Selain daripada itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif dan signifikan (r = .586, p < .05) antara gaya kepimpinan jurulatih dari semua dimensi dengan kepuasan atlet. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa dimensi latihan dan arahan merupakan pengaruh dominan yang signifikan (β = .68, t (206) = 13.497, p < .05) bagi gaya kepimpinan jurulatih terhadap kepuasan atlet. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan dan pengaruh gaya kepimpinan jurulatih terhadap kepuasan atlet.KATA KUNCI: Gaya kepimpinan, jurulatih, kepuasan atlet, sekolah sukan, prestasi atlet, faktor intrinsik dan ekstrinsik, serta latihan dan arahan. ABSTRACT: This paper entitled “The Influence of Coaches Leadership Style towards the Athletes’ Satisfaction at Malaysian Sports Schools”. The purpose of this study was to identify the effects of coaches’ leadership style on athletes’ satisfaction. Participants consist of athletes (n = 206) were randomly selected from the two Malaysian Sports Schools. The study adopted a survey-based non experimental quantitative research design. The result showed that there was no significant gender differences (t = -.747, df = 204, p > 0.05) on coaches’ leadership style among the athletes. However, there was significant difference (t = 2.379, df = 197.943, p < 0.05) on coaches’ leadership styles among athletes based on the category of sports. Furthermore, results also showed that the relationship between coaches’ leadership style (all dimensions) and athletes’ satisfaction was positive and significant (r = .586, p < .05). Results also showed that training and instruction dimension was the primary predictor (β = .68, t (206) = 13.497, p < .05) for coaches’ leadership style. The result of the analysis indicated that the coaches’ leadership style is directly correlated to athletes’ satisfaction, and could be a predictor of athletes’ satisfaction.KEY WORD: Leadership style, coaches, athlete satisfaction, sports school, athletes’ achievement, internal and external factors, and training and instruction.  About the Authors: Anuar Din, Ph.D. ialah Pensyarah Kanan di Sekolah Pendidikan dan Pembagunan Sosial UMS (Universiti Malaysia Sabah), Jalan Beg Berkunci, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia; dan Dolorine Miting, M.ed (PJK) ialah Guru di Jabatan Pelajaran Sabah, Malaysia. Untuk berurusan sebarang akademik, sila hubungi penulis melalui emel: nurmuhdad@gmail.com dan olen_bb@hotmail.comHow to cite this article? Din, Anuar & Dolorine Miting. (2013). “Pengaruh Gaya Kepimpinan Jurulatih terhadap Kepuasan Atlet di Sekolah Sukan Malaysia” in ATIKAN: Jurnal Kajian Pendidikan, Vol.3(2) December, pp.195-210. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press owned by ASPENSI in Bandung and FKIP UNSUR in Cianjur, West Java, ISSN 2088-1290. Chronicle of the article: Accepted (October 22, 2013); Revised (November 22, 2013); and Published (December 15, 2013).