IKHTISAR: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan faktor gaya kepimpinan jurulatih terhadap kepuasan atlet sekolah sukan. Seramai 206 orang atlet dari dua buah sekolah sukan di Malaysia telah dipilih dengan menggunakan pensampelan rawak mudah dilibatkan dalam kajian ini. Kajian ini adalah satu kajian kuantitatif bukan eksperimen dengan menggunakan kaedah tinjauan untuk menjawab objektif kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan gender yang signifikan (t = -.747, df = 204, p > 0.05) gaya kepimpinan jurulatih dalam kalangan atlet berdasarkan jantina. Walau bagaimanapun, dapatan kajian secara keseluruhan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan (t = 2.379, df = 197.943, p < 0.05) gaya kepimpinan jurulatih dalam kalangan atlet berdasarkan kategori sukan. Selain daripada itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang positif dan signifikan (r = .586, p < .05) antara gaya kepimpinan jurulatih dari semua dimensi dengan kepuasan atlet. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa dimensi latihan dan arahan merupakan pengaruh dominan yang signifikan (β = .68, t (206) = 13.497, p < .05) bagi gaya kepimpinan jurulatih terhadap kepuasan atlet. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan dan pengaruh gaya kepimpinan jurulatih terhadap kepuasan atlet.KATA KUNCI: Gaya kepimpinan, jurulatih, kepuasan atlet, sekolah sukan, prestasi atlet, faktor intrinsik dan ekstrinsik, serta latihan dan arahan. ABSTRACT: This paper entitled âThe Influence of Coaches Leadership Style towards the Athletesâ Satisfaction at Malaysian Sports Schoolsâ. The purpose of this study was to identify the effects of coachesâ leadership style on athletesâ satisfaction. Participants consist of athletes (n = 206) were randomly selected from the two Malaysian Sports Schools. The study adopted a survey-based non experimental quantitative research design. The result showed that there was no significant gender differences (t = -.747, df = 204, p > 0.05) on coachesâ leadership style among the athletes. However, there was significant difference (t = 2.379, df = 197.943, p < 0.05) on coachesâ leadership styles among athletes based on the category of sports. Furthermore, results also showed that the relationship between coachesâ leadership style (all dimensions) and athletesâ satisfaction was positive and significant (r = .586, p < .05). Results also showed that training and instruction dimension was the primary predictor (β = .68, t (206) = 13.497, p < .05) for coachesâ leadership style. The result of the analysis indicated that the coachesâ leadership style is directly correlated to athletesâ satisfaction, and could be a predictor of athletesâ satisfaction.KEY WORD: Leadership style, coaches, athlete satisfaction, sports school, athletesâ achievement, internal and external factors, and training and instruction.  About the Authors: Anuar Din, Ph.D. ialah Pensyarah Kanan di Sekolah Pendidikan dan Pembagunan Sosial UMS (Universiti Malaysia Sabah), Jalan Beg Berkunci, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia; dan Dolorine Miting, M.ed (PJK) ialah Guru di Jabatan Pelajaran Sabah, Malaysia. Untuk berurusan sebarang akademik, sila hubungi penulis melalui emel: nurmuhdad@gmail.com dan olen_bb@hotmail.comHow to cite this article? Din, Anuar & Dolorine Miting. (2013). âPengaruh Gaya Kepimpinan Jurulatih terhadap Kepuasan Atlet di Sekolah Sukan Malaysiaâ in ATIKAN: Jurnal Kajian Pendidikan, Vol.3(2) December, pp.195-210. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press owned by ASPENSI in Bandung and FKIP UNSUR in Cianjur, West Java, ISSN 2088-1290. Chronicle of the article: Accepted (October 22, 2013); Revised (November 22, 2013); and Published (December 15, 2013).
Copyrights © 2013