JURNAL PENDIDIKAN NUSANTARA INDONESIA
Vol 1, No 1 (2015): Jurnal Pendidikan Nusantara Indonesia

Perkembangan dan Reformasi Sistem Pendidikan di Malaysia

Hassan, Zainudin bin ( Universiti Teknologi Malaysia)
Som, Mohd Zaki bin Mohamed ( Universiti Teknologi Malaysia)
Abd Aziz, Nur Azza binti ( Universiti Teknologi Malaysia)



Article Info

Publish Date
25 Dec 2015

Abstract

Setiap negara pasti memiliki sistem atau dasar pendidikan yang tersendiri. Boleh dikatakan hampir semua sistem pendidikan mengalami perubahan dan reformasi untuk terus relevan di masa-masa akan datang. Di Malaysia, sistem pendidikan negara telah mengalami beberapa peringkat perubahan yang boleh dibahagikan kepada tiga peringkat utama. Kesemua peringkat mengalami fasa-fasa yang penting dalam perkembangan dan reformasi sistem pendidikan di negara ini.  Peringkat pertama ialah sistem pendidikan sebelum kedatangan British ke Tanah Melayu dan sebelum merdeka, peringkat kedua ialah selepas negara mencapai kemerdekaan dan peringkat ketiga ialah peringkat perkembangan  pendidikan semasa dan terkini. Seterusnya Malaysia telah mengalami satu reformasi pendidikan yang baharu bagi menggantikan laporan-laporan pendidikan yang terdahulu. Terdapat beberapa cabaran perkembangan reformasi Sistem Pendidikan di Malaysia. Cabaran 1: Pendidikan Malaysia Bertaraf Dunia, Cabaran 2 : Ke Arah Pembestarian Sekolah Malaysia, Cabaran 3 : Pendidikan Malaysia Ke Arah K-Ekonomi dan Cabaran 4 : Ledakan Globalisasi Menimbulkan Masalah Sosial Pelajar. Reformasi baharu yang di jalankan bertujuan meningkatkan kualiti pendidikan yang sedia ada agar sejajar dengan dengan negara membangun yang lain.Kata Kunci— Sistem pendidikan negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Dasar Pendidikan, sejarah perkembangan pendidikan

Copyrights © 2015