Islam ketika hadir di mekah dimana peradaban Romawi-Yunani telah maju mampu menciptakan peradaban baru yang unggul dan dipercaya ilmuan barat. Jadi perlu menata kembali sains Islam dan mampu menciptakan kembali peradaban islam yang unggul. Wacana pengislaman sains berdasarkan kompromi/ dialektika aliran Islamization of Knowledge dan Scientification of Islam. Tokoh-tokoh yang dimaksudkan adalah Seyyed Hossein Nasr, seorang ahli falsafah yang berasal dari Iran, diikuti Ismail al-Faruqi, dan tokoh sarjana tempatan terawal di dalam wacana sains Islam iaitu Syed Muhammad Naquib al-Attas. Nasr merupakan tokoh falsafah dan sejarah sains yang amat berpengaruh. Pendekatan yang diambil oleh beliau terhadap sains adalah dari perspektif keagamaan dan tradisional kerana beliau merupakan sarjana yang mencoba mempertahankan sains. al-Faruqi mencoba membina pandangan alam yang menjadi asas dalam ilmu berdasarkan perspektif Islam. Al-Faruqi membincangkan hubungan yang harmoni terhadap sains, teknologi dan agama, sekaligus menyangkal pandangan lain yang melihat hubungan ini menafikan peranan Tuhan, dan beliau juga menekankan bahawa sains memerlukan agama untuk membantu ilmu ini menjadi lengkap. Naquib al-Attas mencoba mengkritisi tentang konsep sekulerisme yang dikembangkan barat terkait konsep perubahan alam fisik yang mutlak sesuai pengkajian aql dan menafikan alam metafizik sebagai dasar penemuan sains modern. Melalui pemikiran ke 3 tokoh pemikir Islam zaman kontemporer diatas, maka bisa dijadikan langkah kerja kongkrit dalam pengembangan sains Islam terutama wilayah epistimologinya. Langkah kongkritnya dengan menyadarkan para pemikir Islam melalui tarbiyatul Islamiyah baik secara formal dan non formal. Peran dari perguruan tinggi Islam menjadi pijakan awal menselaraskan sains Islam ke pada umat Islam. Keyword : Metode Studi Islam, Islamization of knowledge dan scaintifization of Islam.
Copyrights © 2017