Proceedings Series of Educational Studies
2024: Proceedings of the International Seminar Universitas Negeri Malang Indonesia – Universiti Mala

Pendekatan Pendidikan STEM Alam Sekitar (E→STEM) Dalam Pendidikan Tentang Air Sekolah Rendah Di Malaysia

Khalid, Ika Liana (Unknown)
Syahrir, Mohd Nor (Unknown)
Fadzil, Hidayah Mohd (Unknown)



Article Info

Publish Date
07 Oct 2024

Abstract

Krisis air bersih merupakan isu global yang semakin mendesak, memerlukan pendekatan pendidikan yang berkesan untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman terhadap isu alam sekitar. Pendekatan Pendidikan STEM Alam Sekitar (E→STEM) dengan mengintegrasikan kemahiran STEM seperti penyelesaian masalah, reka bentuk kejuruteraan, kreativiti dan kompetensi digital dengan literasi alam sekitar, boleh dijadikan satu alternatif dalam mendidik masyarakat khususnya kepada generasi muda seperti murid sekolah rendah. Melalui pendekatan ini, murid dilatih untuk memahami isu-isu alam sekitar, terutamanya yang berkaitan dengan air, sambil mengembangkan kemahiran abad ke-21 yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah dunia sebenar. Pendekatan pendidikan E→STEM juga menekankan pentingnya kesedaran terhadap pembangunan mampan dan peranan aktif murid dalam menjaga keseimbangan ekosistem. Pendidikan air di peringkat sekolah rendah memainkan peranan penting dalam memupuk kesedaran awal terhadap tanggungjawab terhadap alam sekitar.

Copyrights © 2024






Journal Info

Abbrev

pses

Publisher

Subject

Education

Description

The proceedings series Proceedings of Educational Study Seriesaims to publish proceedings from conferences on the theories and methods in fields of ...