ABSTRAK: âLepaâ dan âSambulayangâ merupakan dua ikon yang tidak dapat dipisahkan dengan suku kaum Bajau di Semporna, Sabah, Malaysia. Pada bulan April setiap tahun, para penduduk â termasuk pelancong dari dalam dan luar negara â berpeluang untuk menyaksikan sendiri keunikan kebudayaan suku kaum Bajau tersebut yang diterjemahkan melalui âRegatta Lepaâ yang juga dikenali sebagai âPesta Sambulayangâ dan disinonimkan dengan kebudayaan kaum Bajau Laut. Walau bagaimanapun, tanggapan dan tafsiran tersebut nampaknya kurang disenangi oleh sesetengah suku kaum Bajau lain (Bajau Darat) yang mendakwa bahawa budaya âLepaâ dan âSambulayangâ sebenarnya bukannya warisan Bajau Laut tetapi milik kaum Bajau Darat (Bajau Kubang). Oleh itu, makalah ini bertujuan untuk menilai sejauhmana benarnya budaya âLepaâ dan âSambulayangâ adalah warisan kaum Bajau Laut atau sebaliknya, iaitu suku kaum Bajau lain di Semporna seperti Bajau Kubang, Bajau Ubian, Bajau Sengkuang, Bajau Sampulna, dan Bajau Simunul. Persoalan kedua ialah apakah budaya âSambulayangâ adalah warisan Kesultanan Sulu; dan persoalan ketiga ialah mengapakah berlakunya kesilapan oleh para pengkaji dan masyarakat umum dalam membuat tafsiran terhadap âLepaâ seperti yang diungkapkan dalam peribahasa Melayu yang berbunyi âsapi punya susu, lembu dapat namaâ. Kajian ini penting untuk menjawab persoalan di atas dan sekaligus memperbetulkan semula pemahaman dan tanggapan masyarakat terhadap âLepaâ dan âSambulayangâ di Sabah. Kata-kata kunci: Proses pembudayaan, Lepa dan Sambulayang, suku kaum Bajau, kesilapan para pengkaji, dan penelitian semula.About the Author: Prof. Madya Dr. Ismail Ali ialah Pensyarah Kanan dan Ketua Program Sejarah, Sekolah Sains Sosial UMS (Universiti Malaysia Sabah), Jalan Beg Berkunci No.2071, 88999 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Alamat emel beliau adalah: ismailrc@ums.edu.myHow to cite this article? Ali, Ismail. (2010). âPembudayaan Lepa dan Sambulayang dalam Kalangan Suku Kaum Bajau di Semporna, Sabah, Malaysia: Satu Penelitian Semulaâ in SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Vol.3, No.2 [November], pp.193-208. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press, UNIPA Surabaya, and UMS Kota Kinabalu, Malaysia, ISSN 1979-0112. Chronicle of article: Accepted (September 3, 2010); Revised (October 7, 2010); and Published (November 20, 2010). Â Â
Copyrights © 2010