ATIKAN
Vol 4, No 1 (2014)

Senario Pembangunan Modal Insan dalam Pendidikan Tinggi di Malaysia

Abiddin, Norhasni Zainal (Unknown)



Article Info

Publish Date
20 Feb 2016

Abstract

IKHTISAR: Pelaburan dalam pendidikan tinggi dan pembangunan modal insan di Malaysia sangat kritikal dalam menzahirkan masyarakat yang memiliki akal budi luhur, berfikiran terbuka, berpandangan jauh, dan mempunyai daya “pasaran kerja” yang tinggi. Pembangunan modal insan, dengan demikian, merupakan agenda utama negara Malaysia, memandangkan pembangunan sesebuah negara adalah berdasarkan pembangunan manusia itu sendiri. Ianya juga tidak terkecuali dalam aspek pendidikan tinggi, kerana peranan pendidikan tinggi dalam konteks pembinaan manusia melibatkan tiga perkara asas, iaitu: (1) Pengukuhan jatidiri sosial yang melibatkan konteks hubungan dengan Pencipta, manusia lain, dan alam sekeliling; (2) Pengisian ilmu dan falsafah hidup; serta (3) Latihan pengkhususan dan kepakaran. Justeru, artikel ini mengupas tentang kepentingan pendidikan dalam pembangunan negara dan senario pembangunan modal insan di IPT (Institusi Pengajian Tinggi) di Malaysia. Antara lain artikel ini mengupas konsep modal insan, pandangan ahli ekonomi tradisional dan moden terhadap pembangunan modal insan, peranan pentadbiran di IPT, dan peruntukan belanjawan negara terhadap modal insan. Aspek-aspek ini dihuraikan dalam artikel dengan tujuan untuk melihat secara menyeluruh senario pembangunan modal insan dalam pembangunan negara.  KATA KUNCI: Pembangunan modal insan, institusi pengajian tinggi, pembangunan sumber manusia, pendidikan, pengurusan, dan pentadbiran.ABSTRACT: “The Scenario of Human Capital Development in Higher Education in Malaysia”. Investment in higher education and human capital development in Malaysia is very critical in producing the society that has had a noble common sense, open-minded, foresight, and the high "employability". Development of human capital, however, is the national main agenda in Malaysia as a country’s development is based on human development itself. It is no exception for higher education, due to the role of higher education in the context of human development involves three basic elements, namely: (1) Strengthening of social identity that involves the context of a relationship with the Creator, other people, and the environment; (2) Filling the knowledge and philosophy of life; and (3) Specialized training and expertise. Therefore, this article examined the importance of education in national development and human capital development scenario in higher education institutions in Malaysia. This article also highlighted the concept of human capital, the view of traditional and modern economists on human capital development, the administrative role in higher education institutions, and the budget allocation for human capital. These aspects are described in this article in order to look at the overall scenario of the human capital development in the country.KEY WORD: Human capital development, institution of higher education, human resource development, education, management, and administration.About the Author: Prof. Madya Dr. Norhasni Zainal Abiddin ialah Pensyarah di Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan, Fakulti Pengajian Pendidikan UPM (Universiti Putra Malaysia), Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Bagi urusan sebarang akademik dan penyelidikan, penulis dapat dihubungi terus dengan alamat emel: nonie@putra.upm.edu.myHow to cite this article? Zainal Abiddin, Norhasni. (2014). “Senario Pembangunan Modal Insan dalam Pendidikan Tinggi di Malaysia” in ATIKAN: Jurnal Kajian Pendidikan, Vol. 4(1) June, pp.95-104. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press and UNSUR Cianjur, ISSN 2088-1290. Chronicle of the article: Accepted (December 4, 2013); Revised (March 17, 2014); and Published (June 29, 2014).

Copyrights © 2014






Journal Info

Abbrev

atikan

Publisher

Subject

Arts Humanities Education Languange, Linguistic, Communication & Media Social Sciences

Description

This journal, with ISSN 2088-1290, was firstly published on June 1, 2011, in the context to commemorate the Birthday of Pancasila's Name in Indonesia. Since issue of June 2012 to December 2014, the ATIKAN journal was organized by the Lecturers of FKIP UNSUR (Faculty of Education and Teacher ...