Mohamad Iskandar Shah Sitam1, Mohamad Iskandar
Unknown Affiliation

Published : 1 Documents Claim Missing Document
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 1 Documents
Search

BUDAYA BELAJAR BAGI ETNIK CINA DI MALAYSIA; PERSPEKTIF ALUMNI, IBU BAPA DAN GURU PELATIH Shah Sitam1, Mohamad Iskandar; Ahmad, Abdul Razak; Awang, Mohd Mahzan
Proceeding 7th International Seminar on Regional Education Vol 1 (2015): Educational Community and Cultural Diversit
Publisher : Proceeding 7th International Seminar on Regional Education

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

Abstrak Enrolmen murid bukan Cina ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina menimbulkan pelbagai cabaran seperti bahasa pengantar, proses pengajaran dan pembelajaran dalam persekitaran kepelbagaian, perpaduan etnik dan penyesuaian budaya belajar. Artikel ini meneroka budaya belajar etnik Cina di Malaysia dari perskpektif alumni sekolah vernakular Cina dan ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah tersebut berkenaan budaya belajar etnik Cina. Murid pelbagai etnik bukan Cina perlu menyesuaikan diri dengan budaya belajar bagi etnik Cina untuk memastikan proses pembelajaran mereka bermakna dan memastikan kemenjadian mereka sebagai murid. Dapatan daripada analisis temubual di banding dan dibincangkan untuk memerihalkan budaya belajar murid etnik Cina.Asas budaya belajar etnik Cina dikaitkan dengan pegangan iaitu “practice make perfect”. Di samping itu kata-kata seperti “ biar kita miskin tapi jangan kita biarkan diri kita miskin ilmu”, “kita hidup untuk belajar … kita belajar, belajar sampai mati” dan “hormatilah orang tua, seolah-olah kamu menghormati ibu bapa kamu”turut menggambarkan budaya yang mempengaruhi adab belajar murid-murid di SRJKC.Enam ciri budaya belajar etnik Cina yang menonjol adalah menghafal, latih tubi, penyempurnaan tugasan atau kerja rumah,latihan tambahan, pelbagai rujukandan menghadiri tuisyen.Kata Kunci : Sekolah Vernakular, menghafal, latih tubi,kerja rumah ,tuisyen