Abstrak Enrolmen murid bukan Cina ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina menimbulkan pelbagai cabaran seperti bahasa pengantar, proses pengajaran dan pembelajaran dalam persekitaran kepelbagaian, perpaduan etnik dan penyesuaian budaya belajar. Artikel ini meneroka budaya belajar etnik Cina di Malaysia dari perskpektif alumni sekolah vernakular Cina dan ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah tersebut berkenaan budaya belajar etnik Cina. Murid pelbagai etnik bukan Cina perlu menyesuaikan diri dengan budaya belajar bagi etnik Cina untuk memastikan proses pembelajaran mereka bermakna dan memastikan kemenjadian mereka sebagai murid. Dapatan daripada analisis temubual di banding dan dibincangkan untuk memerihalkan budaya belajar murid etnik Cina.Asas budaya belajar etnik Cina dikaitkan dengan pegangan iaitu âpractice make perfectâ. Di samping itu kata-kata seperti â biar kita miskin tapi jangan kita biarkan diri kita miskin ilmuâ, âkita hidup untuk belajar ⦠kita belajar, belajar sampai matiâ dan âhormatilah orang tua, seolah-olah kamu menghormati ibu bapa kamuâturut menggambarkan budaya yang mempengaruhi adab belajar murid-murid di SRJKC.Enam ciri budaya belajar etnik Cina yang menonjol adalah menghafal, latih tubi, penyempurnaan tugasan atau kerja rumah,latihan tambahan, pelbagai rujukandan menghadiri tuisyen.Kata Kunci : Sekolah Vernakular, menghafal, latih tubi,kerja rumah ,tuisyen
Copyrights © 2015