Mohd Mahzan Awang, Mohd Mahzan
Unknown Affiliation

Published : 10 Documents Claim Missing Document
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 10 Documents
Search

PEMBINAAN DAN PENGESAHAN INSTRUMEN BAGI MENGUKUR AMALAN PATRIOTISME DAN TOLERANSI KAUM BELIA PELBAGAI KAUM Ahmad, Abdul Razaq; Awang, Mohd Mahzan
Proceeding 7th International Seminar on Regional Education Vol 1 (2015): Educational Community and Cultural Diversit
Publisher : Proceeding 7th International Seminar on Regional Education

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

AbstrakKajian ini bertujuan untuk membina dan mengesahkan instrumen bagi mengukur amalan patriotisme dan toleransi kaum dalam kalangan belia di Malaysia. Lima atribut utama dalam Amalan Patriotisme adalah merangkumi aspek (i) Bangga sebagai Rakyat Malaysia; (ii) Setia akan Negara; (iii) Semangat Kekitaan; (iv) Berdisiplin, serta (v) Berusaha dan Produktif. Bagi Toleransi Kaum pula, atribut utama memfokuskan kepada (i) Penerimaan Sosial, (ii) Penghargaan Etnik, (iii) Kompromi, dan (iv) Penyerapan Budaya. Atribut ini merupakan asas utama kepada pembinaan instrumen dalam kajian ini. Pembinaan instrumen ini melibatkan empat tahap. Pertama, rujukan kepelbagaian sumber yang meliputi model, kajian literatur dan soal selidik. Kedua, pengesahan empat orang pakar bagi kesahan muka dan kesahan kandungan, seterusnya diperbaiki berdasarkan cadangan. Ketiga, proses kesahan dan kebolehpercayaan instrumen berdasarkan análisis korelasi ítem dan Alfa Cronbach. Proses ini melibatkan seramai 100 orang responden iaitu Melayu (n=40), Cina (n=30) dan India (n=30) yang dipilih secara rawak di sekitar Lembah Klang, Malaysia. Analisis data menggunakan perisian SPSS versi 20. Hasil kajian menunjukkan kesemua ítem dalam konstruk yang dikaji adalah mempunyai hubungan signikan yang sangat kuat (nilai r melebihi .70). Manakala análisis Alfa Cronbach menunjukkan tahap kebolehperacyaan yang sangat tinggi bagi kesemua ítem iaitu di antara 0.80 hingga 0.95. Kedua-dua análisis ini menunjukkan bahawa keseluruhan ítem bagi setiap konstruk boleh digunakan dalam mengukur tahap amalan patriotisme dan toleransi kaum dalam kalangan belia.Kata Kunci: pembinaan dan pengesahan instrumen, amalan patriotisme, toleransi kaum, belia pelbagai kaum

SOSIO-BUDAYA KOMUNITI SETINGGAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN TINGKAH LAKU PELAJAR IBAN Ahmad, Abdul Razaq; Awang, Mohd Mahzan
Proceeding 7th International Seminar on Regional Education Vol 1 (2015): Educational Community and Cultural Diversit
Publisher : Proceeding 7th International Seminar on Regional Education

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

Abstrak Artikel ini membincangkan isu dan cabaran yang berkaitan dengan sosio-budaya masyarakat Iban di kawasan setinggan dan hubungannya dengan tingkah laku pelajar Iban di sekolah. Pada amnya, masyarakat Iban merupakan masyarakat peribumi yang banyak mendiami kawasan pedalaman Sarawak. Namun, kini masyarakat ini telah banyak yang berhijrah ke kawasan bandar dan tinggal di kawasan setinggan kerana kos sara hidup yang tinggi. Dalam penghijrahan mereka, mereka tidak lupa pada amalan dan budaya yang mereka amalkan sewaktu berada di rumah panjang dahulu. Dengan itu, kewajaran peranan sosio-budaya masyarakat Iban dalam membentuk tingkah laku pelajar menjadi isu yang patut diambil berat. Beberapa sosio-budaya masyarakat Iban yang disalahertikan oleh pelajar dalam pembentukan tingkah laku harus dikenalpasti kerana ini penting dalam cabaran untuk mengubah ‘mind set’ masyarakat Iban kearah tingkah laku yang lebih positif tanpa perlu meninggalkan amalan dan aktiviti sosio-budaya yang sedia ada. Artikel ini menggunakan pendekatan teori sosio-budaya yang dipelopori oleh Vygotsky serta Albert Bandura dimana ia bertujuan untuk melihat peranan sosio-budaya, jenis sosio-budaya serta kesangupan untuk mengubah minda terhadap pembentukan tingkah laku pelajar berdasarkan jantina dan kategori umur. Kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah tinjauan dimana protocol temubual ditranskripkan bagi analisis bertema yang melibatkan pelajar Iban di kawasan pedalaman Sarawak. Dengan itu, diharap setiap isu dan cabaran yang dikemukakan dapat menarik minat pihak berkepentingan untuk membantu memperbaiki segala kekurangan yang ada.Kata Kunci: sosio-budaya, setinggan, masyarakat Iban, tingkah laku, pelajar
KEMAHIRAN KERJA KURSUS PENTAKSIRAN TINGKATAN TIGA SEJARAH DALAM KALANGAN PELAJAR PELBAGAI ETNIK Bt. Ismail, Fathilah Akmal; Awang, Mohd Mahzan
Proceeding 7th International Seminar on Regional Education Vol 1 (2015): Educational Community and Cultural Diversit
Publisher : Proceeding 7th International Seminar on Regional Education

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

Abstrak Kajian ini merupakan satu kajian terhadap proses kemahiran kerja kursus Pentaksiran Tingkatan Tiga Sejarah dalam kalangan pelajar pelbagai etnik. Proses kemahiran dalam menjalankan kerja kursus ini amat penting kerana ianya bertujuan untuk menguji sejauh mana tahap daya intelek pelajar berdasarkan etnik mereka dalam menghasilkan kerja kursus yang berkualiti selaras dengan sistem pemarkahan pentaksiran tingkatan tiga. Walaupun begitu, cabaran dihadapi apabila pelajar yang terdiri daripada pelbagai etnik ini cuba mengaplikasikan konsep pemahaman mereka yang terlalu umum. Justeru, artikel konseptual ini cuba membincangkan konsep pentaksiran dalam konteks pendidikan, pentaksiran dalam sejarah, pentaksiran sejarah di Malaysia dalam skop yang lebih luas dan juga akan menghuraikan konsep pentaksiran tingkatan tiga dalam konteks yang sebenar.Kata Kunci: Pentaksiran, Tingkatan Tiga, Kemahiran,Etnik, Kerja Kursus Sejarah
KEPENTINGAN PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN (PPIK) BAGI GURU BUKAN OPSYEN DALAM MATA PELAJARAN SEJARAH DI SEKOLAH MENENGAH: SATU KAJIAN RETROSPEKTIF DI MALAYSIA Awang, Mohd Mahzan; Ahmad, Abdul Razaq
Proceeding 7th International Seminar on Regional Education Vol 1 (2015): Educational Community and Cultural Diversit
Publisher : Proceeding 7th International Seminar on Regional Education

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

Abstrak Kertas kerja ini membincangkan tentang kepentinganPengetahuan Pedagogi Isi Kandungan (PPIK) bagi guru bukan opsyen dalam mata pelajaran Sejarah di sekolah menengah. Kajian retrospektif ini melibatkan 10 kajian terdahulu dalam Malaysia yang berkait rapat dengan konsep PPIK tersebut. Kajian ini ingin melihat sejauhmana kepentingan PPIK terhadap guru, dan pelajar dalam meningkatkan kualiti seorang pendidik. Hasil analisa terhadap kajian-kajian ini mendapati PPIK merupakan ciri utama yang perlu ada dalam pengajaran dan pembelajaranterutamanya dalam mata pelajaran Sejarah. Dengan adanya kajian ini,kepentingan menerapkan konsep PPIK kepada semua guru Sejarah adalah tinggi apatah lagi terhadap guru bukan opsyen Sejarah.
BUDAYA BELAJAR BAGI ETNIK CINA DI MALAYSIA; PERSPEKTIF ALUMNI, IBU BAPA DAN GURU PELATIH Shah Sitam1, Mohamad Iskandar; Ahmad, Abdul Razak; Awang, Mohd Mahzan
Proceeding 7th International Seminar on Regional Education Vol 1 (2015): Educational Community and Cultural Diversit
Publisher : Proceeding 7th International Seminar on Regional Education

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

Abstrak Enrolmen murid bukan Cina ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina menimbulkan pelbagai cabaran seperti bahasa pengantar, proses pengajaran dan pembelajaran dalam persekitaran kepelbagaian, perpaduan etnik dan penyesuaian budaya belajar. Artikel ini meneroka budaya belajar etnik Cina di Malaysia dari perskpektif alumni sekolah vernakular Cina dan ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah tersebut berkenaan budaya belajar etnik Cina. Murid pelbagai etnik bukan Cina perlu menyesuaikan diri dengan budaya belajar bagi etnik Cina untuk memastikan proses pembelajaran mereka bermakna dan memastikan kemenjadian mereka sebagai murid. Dapatan daripada analisis temubual di banding dan dibincangkan untuk memerihalkan budaya belajar murid etnik Cina.Asas budaya belajar etnik Cina dikaitkan dengan pegangan iaitu “practice make perfect”. Di samping itu kata-kata seperti “ biar kita miskin tapi jangan kita biarkan diri kita miskin ilmu”, “kita hidup untuk belajar … kita belajar, belajar sampai mati” dan “hormatilah orang tua, seolah-olah kamu menghormati ibu bapa kamu”turut menggambarkan budaya yang mempengaruhi adab belajar murid-murid di SRJKC.Enam ciri budaya belajar etnik Cina yang menonjol adalah menghafal, latih tubi, penyempurnaan tugasan atau kerja rumah,latihan tambahan, pelbagai rujukandan menghadiri tuisyen.Kata Kunci : Sekolah Vernakular, menghafal, latih tubi,kerja rumah ,tuisyen
PROGRAM PEMBELAJARAN BERASASKAN TEMPAT KERJA DI KOLEJ KOMUNITI: KONSEP, LATAR BELAKANG, ISU DAN CABARAN Che Ali, Noor Aziawati; Awang, Mohd Mahzan; Ahmad, Abdul Razaq
Proceeding 7th International Seminar on Regional Education Vol 1 (2015): Educational Community and Cultural Diversit
Publisher : Proceeding 7th International Seminar on Regional Education

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

Abstrak Program Berasaskan Kerja (PBK) adalah satu pendekatan pembelajaran yang semakin popular di Malaysia amnya. Perlaksanaan PBK ini telah bermula di kolej komuniti dan kemudiannya di politeknik. PBKmerupakan satu program pembelajaran yang berteraskan situasi kerja sebenar atau hands-on yang melibatkan industri. Seharusnya pihak industri perlu melibatkan diri secara aktif dalam program ini yang bertindak sebagai pemangkin dan menyediakan platform bagi memastikan kelancaran dan kejayaan program PBK namun penglibatan pihak industri masih kurang dari yang diharapkan. Oleh itu, kertas konsep ini dihasilkan untuk mengupas konsep, latar belakang, isu dan cabaran berkaitan pembelajaran berasaskan kerja di kolej komuniti dimana pihak kolej komuniti dan pihak majikan atau stateholder berkolaboratif memperbaiki bentuk latihan yang efesien dan komprehensif dalam menghasilkan pakar-pakar yang bukan sahaja berpengetahuan tetapi berkemahiran tinggi di kalangan negara maju.Kata Kunci : Program Berasaskan Kerja (PBK), kolej komuniti
PENGARUH AKTIVITI MASA SENGGANG DALAM MEMPERKASAAN MODAL INSAN DAN MENINGKATKAN KUALITI HIDUP BELIA Hamid, Nurul Hidayati; Ahmad, Abdul Razaq; Awang, Mohd Mahzan
Proceeding 7th International Seminar on Regional Education Vol 1 (2015): Educational Community and Cultural Diversit
Publisher : Proceeding 7th International Seminar on Regional Education

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

Abstrak Kertas konsep ini akan membincangkan tentang pengaruh aktiviti masa senggang belia dalam memperkasakan modal insan dan meningkatkan kualiti hidup. Kualiti hidup merupakan indicator yang mempengaruhi kehidupan manusia juga dapat menentukan hala tuju kualiti hidup individu itu sendiri sama ada kegagalan atau kejayaan. Pengaruh aktiviti masa senggang turut melibatkan interaksi individu tersebut dengan persekitaran, social dan kesihatan dalam membantu pembangunan modal insan cemerlang. Penggunaan masa senggang yang berfaedah secara langsung membantu pencapaian individu dalam mencapai kesejahteraan emosi, kesejahteraan social dan kesejahteraan spiritual. Aktiviti-aktiviti masa senggang yang dilakukan dapat membantu individu merehatkan minda, mengurangkan tekanan dan menikmati kehidupan yang sejahtera. Pelaksanaan aktiviti masa senggang terbahagi kepada dua kategori iaitu melibatkan aktiviti “outdoor” atau “indoor”. Pelaksanaan aktiviti, jenis aktiviti, manfaat aktiviti dan pengaruh aktiviti masa senggang secara keseluruhannya merupakan kriteria penting dalam membantu pembangunan modal insan dan meningkatkan kualiti hidup belia.Kata Kunci: Aktiviti masa senggang, kualiti hidup, modal insan, belia
LITERASI SEJARAH DALAM PENDIDIKAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH: SATU ANALISIS KEPERLUAN TERHADAP MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TUNJANG KEMANUSIAAN BERASASKAN PENDEKATAN BELAJAR MELALUI BERMAIN Suraji, Samni Bin; Ahmad, Abdul Razaq; Awang, Mohd Mahzan
Proceeding 7th International Seminar on Regional Education Vol 1 (2015): Educational Community and Cultural Diversit
Publisher : Proceeding 7th International Seminar on Regional Education

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

AbstrakKajian ini dilaksanakan bagi mengenalpasti keperluan dan kriteria modul pengajaran dan pengajaran tunjang kemanusiaan berasaskan pendekatan belajar melalui bermain. Analisis keperluan merupakan aspek penting dalam pembangunan modul bagi memastikan hasil yang diperolehi memenuhi keperluan dan memberikan manfaat kepada penggunanya. Seramai 12 orang guru prasekolah dari beberapa sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia terlibat sebagai responden dalam kajian analisis keperluan ini melalui temubual berstruktur menggunakan teknik persampelan bertujuan. Data kualitatif dari guru yang dikumpul, dikategori dan dianalisis untuk mengenalpasti tema bagi memberi makna kepada data. Hasil analisis data, secara umumnya mengandungi 5 tema, iaitu (1) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan pendekatan bermain sangat sesuai untuk kanak- kanak prasekolah , (2) Pengajaran semasa guru kurang memberi tumpuan kepada pendekatan bermain, (3) Guru memerlukan sumber dan bahan yang sesuai untuk merangsang minat pembelajaran tunjang kemanusiaan, (4)Aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu mengambilkira pengalaman sedia ada kanak-kanak dan (5) Pengajaran yang bermakna dan menyeronokkan perlulah merangsang pelbagai deria kanak-kanak. Dapatan kajia menunjukkan bahawa modul pengajaran dan pembelajaran berasaskan pendekatan bermain mampu mengembangkan potensi sebenar kanak-kanak. Beberapa cadangan lain turut disarankan oleh guru bagi menambahbaik pengajaran dan pembelajaran tunjang kemanusiaan melalui pendekatan bermain yang akan dimanfaatkan dalam fasa berikutnya pembinaan modul dari aspek sumber dan bahan pengajaran.Kata kunci: Analisis keperluan, rekabentuk modul, guru prasekolah, pendekatan bermain, tunjang kemanusiaan. literasi sejarah, pengetahuan sedia ada.
Guessing Meaning Strategies and Arabic Reading Comprehension Ability Among Chinese College Students Jun, Wang Xiao; Baharudin, Harun; Awang, Mohd Mahzan
Ijaz Arabi Journal of Arabic Learning Vol 7, No 3 (2024): Ijaz Arabi: Journal Of Arabic Learning
Publisher : Universitas Islam Negeri Maulana Malik Ibrahim Malang

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | DOI: 10.18860/ijazarabi.v7i3.29003

Abstract

Guessing word meanings is vital for acquiring deep reading and adequate text comprehension, as the study implies that the cross-sectional approach quantitatively assesses the effect of guessing meaning strategies on Chinese university Arabic students' reading performance. There was significant evidence of the perfect relationship between the mastery of the guessing meaning strategy and the improvement of reading comprehension scores presented through the analysis of Chinese universities' data (r = 0.306, p < 0.01). It shows the vital importance of these approaches in raising reading skills. Students are well-positioned to carry out word investigation in terms of the etymology or roots of words, whether they are antonyms, synonyms, or synonymous phrases that help them deduce the meanings of words they are not familiar with and find out the meanings or explanations systematically in their reading. Guessing meaning strategies should be used in the Arabic language teaching curriculum in China to ensure that Arabic instructors can make learning enjoyable, thus value learning and acquiring language competencies. Additionally, different language contexts should be examined by future research to know the educational benefits and implications of these strategies.