Zainal, Siti Harni
Unknown Affiliation

Published : 1 Documents Claim Missing Document
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 1 Documents
Search

Potensi Abu Sekam Padi (Agrotech RHA-KD) Sebagai Pengganti Sebahagian Simen Mahrilar, Erawati; Zainal, Siti Harni
Nusantara Civil Engineering Journal Vol 3 No 1 (2025): Nusantara Civil Engineering Journal
Publisher : Civil Engineering Dept, Balikpapan State Polytechnics

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | DOI: 10.32487/nuce.v3i1.606

Abstract

Abu sekam padi yang dihasilkan melalui pembakaran sekam padi pada suhu tinggi, telah dikenal pasti sebagai bahan yang kaya dengan silika amorfus menjadikannya bahan yang berpotensi sebagai pengganti simen untuk meningkatkan prestasi konkrit serta mengurangkan kesan alam sekitar daripada pengeluaran simen. Penyelidikan ini melibatkan ujian terhadap sifat kimia dan kadar penyerapan air pada konkrit yang mengandungi pelbagai peratusan penggantian simen dengan abu sekam padi (0%, 10%, 20%, 30%,40% dan 50%). Kajian ini menunjukkan bahawa penggantian simen dengan abu sekam padi memberikan kesan positif terhadap penyerapan air pada konkrit dengan kadar penggantian sehingga 20%, manakala penggantian melebihi 30% menunjukkan kadar penyerapan air melebihi daripada konkrit kawalan. Hasil penyelidikan ini juga mencadangkan penggunaan abu sekam padi bukan sahaja dapat mengurangkan kos penghasilan konkrit, tetapi juga memberi manfaat dari segi kelestarian alam sekitar dengan mengurangkan pembaziran sisa pertanian dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau daripada proses pembuatan simen. Secara keseluruhannya, kajian ini mengesahkan bahawa abu sekam padi mempunyai potensi sebagai bahan alternatif yang berdaya maju dalam industri pembinaan serta aplikasi yang lebih luas di mana memerlukan kajian lanjutan terhadap pelbagai parameter pada masa hadapan.