Proceedings of The ICECRS
ICECRS (International Consortium of Education and Culture Research Studies) is a peer-reviewed international journal. This statement clarifies ethical behaviour of all parties involved in the act of publishing an article in this journal, including the author, the chief editor, the Editorial Board, the peer-reviewer and the publisher (Universitas Muhammadiyah Sidoarjo). This statement is based on COPE’s Best Practice Guidelines for Journal Editors.
Articles
686 Documents
LESSON STUDY: AMALAN BERKOLABORASI UNTUK PEMBELAJARAN BERKESAN DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU
Tan Ai Lee;
Ooi Soo Yuan;
Teh Hang Leng
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies
Show Abstract
|
Download Original
|
Original Source
|
Check in Google Scholar
|
Full PDF (884.455 KB)
|
DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.571
Penyelidikan ini bertujuan untuk melihat keberkesananLesson Study terhadap peningkatan pencapaian guru pelatih dalam pemahaman konsep utama Pembelajaran Berasaskan Inkuiri dalam topik Model Pembelajaran Sosial.Seramai sembilan pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan beserta dua puluh orang guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh terlibat dalam pelaksanaan Lesson Study ini. Pengumpulan data seperti soalan kuiz awalan dan akhir dikendalikan untuk mengukur pencapaian guru pelatih. Analisis terhadap dokumen exit card juga dilaksanakan di mana analisis respon yang diberikan oleh guru-guru pelatih dikumpul, dianalisis dan diinterpretasikan mengikut tema. Dapatan menunjukkan 60% daripada guru pelatih menunjukkan peningkatan dalam pencapaian soalan kuiz mereka. Dapatan analisis exit card menunjukkan responden sendiri memaklumkan mereka telah memahami konsep utama yang diajar dalam Lesson Study dan dapat memberikan sumbangan idea dalam aktiviti gallery tour. Mereka berasa gembira dan juga berpuas hati kerana dapat melibatkan diri secara aktif dalam satu sesi Lesson Study yang menarik.
HUBUNGAN DI ANTARAIKLIM SEKOLAH DAN KEPUASAN KERJA GURU SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA NERUS, TERENGGANU
Mohd Saifulkhair Omar;
Mohd Faizul Mohd Noor;
Mohd Isha Awang
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies
Show Abstract
|
Download Original
|
Original Source
|
Check in Google Scholar
|
Full PDF (758.811 KB)
|
DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.572
Keperluan untuk mewujudkan iklim sekolah yang positif semakin mendapat perhatian serius daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia sehinggalah kepada pengetua sekolah. Iklim sekolah yang positif akan melahirkan modal insan yang berkualiti tinggi dan memartabatkan sistem pendidikan di negara kita. Hubungan di antara iklim sekolah dan kepuasan kerja guru adalah positif (Muhammad Arifin, 2015). Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap kepuasan kerja guru dan tahap iklim di sekolah menengah di daerah Kuala Nerus, Terengganu. Di samping itu, kajian ini berhasrat untuk mendapatkan hubungan di antara iklim sekolah dan kepuasan kerja guru di sekolah-sekolah tersebut. Seterusnya, kajian ini juga adalah untuk mengkaji sama ada wujud perbezaan yang signifikan di antara iklim sekolah dan kepuasan kerja guru bagi sekolah berlainan gred. Data yang diperoleh melalui kaedah soal selidik ke atas 105 orang guru akan dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi menerusi program Statistical Package For The Social Science (SPSS) 21.0 Window 7. Dapatan kajian menunjukkan tahap iklim sekolah dan kepuasan kerja guru di sekolah menengah Kuala Nerus adalah sederhana. Di samping itu, terdapatnya perbezaan yang signifikan antara tahap kepuasan kerja guru di kedua-dua kategori sekolah tersebut iaitu sekolah menengah gred A menunjukkan tahap kepuasan guru lebih rendah dan di sekolah menengah gred B menunjukkan tahap kepuasan guru lebih tinggi. Sebaliknya tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi iklim sekolah di kedua-dua kategori sekolah tersebut, walau bagaimanapun dapatan kajian menunjukkan tahap iklim di sekolah menengah gred A adalah lebih rendah berbanding sekolah menengah gred B. Seterusnya kajian ini juga menunjukkan terdapatnya hubungan signifikan positif yang kuat di antara iklim sekolah dan kepuasan kerja guru. Bagi domain kepuasan kerja guru pula, domain tanggungjawab menunjukkan min tertinggi, manakala domain keselamatan menujukkan min terendah. Akhir sekali, implikasi dapatan kajian ini dibahagikan kepada tiga bidang utama, iaitu bidang ilmu, teoritikal dan juga praktikal
HUBUNGAN IKLIM SEKOLAH DAN STRES GURU SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA NERUS, TERENGGANU
Mohd Faizul Mohd Noor;
Mohd Saifulkhair Omar;
Fauzi Hussin
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies
Show Abstract
|
Download Original
|
Original Source
|
Check in Google Scholar
|
Full PDF (697.503 KB)
|
DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.573
Iklim sekolah dan stres guru dalam kalangan guru amat penting dalam memastikan kelancaran perjalanan organisasi di sekolah. Namun begitu iklim sekolah yang berada pada kedudukan yang membimbangkan yang seterusnya akan mempengaruhi stres guru. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti min tahap iklim sekolah dan stres guru dalam kalangan guru di sekolah. Secara khususnya kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap iklim sekolah, tahap stres guru di samping meneliti perbezaan min stres guru berdasarkan faktor demografi iaitu jantina. Kaedah penyelidikan yang digunakan ialah kaedah kuantitatif dengan menggunakan soal selidik untuk mendapatkan maklumat. Dalam kajian ini, iklim sekolah diukur dengan menggunakan instrumen yang telah dibentuk oleh Pashiardis (2000) yang mengandungi empat (4) dimensi, iaitu komunikasi (9 item), kerjasama (7 item), pentadbiran & organisasi (8 item) serta murid (6 item) dengan menggunakan skala Likert 5 point dengan skor skala 1 untuk sangat tidak setuju hingga skor 5 untuk sangat setuju. Manakala konsep stres diukur dengan menggunakan instrumen yang telah dibentuk oleh Conley (2000) yang mengandungi 5 item dengan menggunakan 5 skala Likert dengan skor 1 untuk tidak pernah hingga 5 untuk selalu. Seramai 105 ( L= 17, P = 88) sampel yang terdiri dari guru-guru sekolah menengah di daerah Kuala Nerus terlibat dalam kajian ini. Data dianalisis dengan statistik min, Ujian-t bebas dan kolerasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan min stres guru berdasarkan faktor jantina guru. Bagaimanapun dapatan menunjukkan terdapat hubungan negatif di antara iklim sekolah dan stres guru berdasarkan iklim sekolah. Kesimpulannya kajian ini menghasilkan satu kerangka teori yang signifikan bagi menunjukkan bahawa iklim sekolah mempengaruhi stres guru sekolah menengah.
PENGARUH IKLIM ORGANISASI TERHADAP KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH MENENGAH DALAM DAERAH KUALA TERENGGANU
Khaziah Abdul Aziz;
Fauzi Hussin
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies
Show Abstract
|
Download Original
|
Original Source
|
Check in Google Scholar
|
Full PDF (942.398 KB)
|
DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.575
Iklim organisasi dan kepuasan kerja guru memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan sesebuah sekolah. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap iklim organisasi yang mempengaruhi kepuasan kerja guru mengikut kategori sekolah. Ianya juga untuk mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan di antara iklim organisasi sekolah berkenaan berdasarkan pandangan guru dengan kepuasan kerja guru. Ianya juga bertujuan untuk mengenal pasti dimensi iklim organisasi yang mempengaruhi kepuasan kerja guru. Kaedah yang digunakan adalah kaedah tinjauan dan data diperolehi daripada kaedah soal selidik yang menggunakan Skala Likert lima mata. Instrumen Organizational Climate Description Questionnaire (OCDQ-RS) yang telah dibangunkan oleh Hoy et al. (1968) digunakan untuk mengukur iklim organisasi. Manakala instrumen Teacher Job Satisfaction Questionnaire (TJSQ) yang dibangunkan oleh Lester (1987) digunakan untuk mengukur kepuasan kerja guru. Sampel kajian terdiri daripada 252 orang guru dari 9 buah sekolah menengah dalam Daerah Kuala Terengganu. Sampel kajian dipilih secara rawak mudah berstrata. Data yang diproses melibatkan statistik deskriptif iaitu pengukuran frekuensi, skor min, sisihan piawai dan peratusan. Data juga diproses menggunakan statistik inferensi iaitu Ujian-T, ANOVA Sehala, Pekali Korelasi Pearson dan Regresi. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap amalan iklim organisasi mengikut kategori sekolah, tetapi menunjukkan perbezaan yang signifikan tahap kepuasan kerja guru mengikut kategori sekolah. Berdasarkan kajian, tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap iklim organisasi mengikut kategori umur. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan tahap kepuasan kerja guru mengikut jantina. Hasil kajian juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara tahap iklim organisasi dengan tahap kepuasan kerja guru. Berdasarkan kepada dapatan kajian, beberapa cadangan kepada sekolah, guru-guru dan pengkaji pada masa akan datang boleh dibuat bagi mempertingkatkan lagi tahap iklim organisasi dan juga kepuasan kerja guru di sekolah.
PENTAKSIRAN DALAM KELAS MELALUI PENDEKATAN OUTCOME BASED EDUCATION (OBE): SATU ANALISIS TERHADAP PENGETAHUAN DAN AMALAN PENSYARAH
Rusmawati Othman;
Mohd Fadzil Mohd Salleh;
Mohd. Isha Awang
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies
Show Abstract
|
Download Original
|
Original Source
|
Check in Google Scholar
|
Full PDF (833.42 KB)
|
DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.576
Pelaksanaan pendekatan OBE telah mula diperkenalkan di Institut Pendidikan Guru (IPG) sejak tahun 2015. Kurikulum ditambah baik melalui dokumen Ringkasan Maklumat Kursus (RMK) merangkumi aspek Objektif Pendidikan Program (PEO) dan Hasil Pembelajaran Program (PLO),pengiraan Jam Pembelajaran Pelajar (SLT),Pengetahuan Kandungan Pedagogi Teknologi (TPCK) dan kemahiran insaniah. Namun, sejauh mana pensyarah mengetahui dan mempraktik pelaksanaan OBE melalui RMK masih menjadi tanda tanya. Kajian ini merupakan satu tinjauan awal untuk melihat sejauh mana pensyarah IPG Kampus A mengetahui dan mengamalkan pendekatan OBE bagi pentaksiran dalam kelas. Rekabentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif di mana kaedah yang dipilih ialah kaedah tinjauan menggunakan soal selidik berskala Likert 5 mata. Soal selidik Matriks Jajaran Konstruktif diadaptasi dari Instrumen Addington & Johnson (1999) dan ditadbir ke atas 85 orang pensyarah IPG Kampus A. Data dianalisis secara deskriptif iaitu peratus dan min dengan menggunakan Pakej Statistik Untuk Sains Sosial (SPSS) versi 20.0. Secara keseluruhan, data menunjukkan pengetahuan pensyarah dalam membina dokumen Jadual Spesifikasi Ujian (JSU),entrancesurvey dan entry survey serta perancangan strategi dalam kelas dengan mengambil kira jajaran konstruktif yang terkandung dalam RMK berada pada tahap tinggi (min=3.96). Apabila dipetakan pengetahuan dengan amalan pensyarah dalam setiap jajaran yang dikaji, data yang diperolehi menunjukkan pensyarah mengamalkan konsep OBE pada tahap sederhana (min= 3.45) . Dapatan ini memberi satu sumber maklumat untuk Unit Akademik merancang PLC yang tepat untuk pensyarah menambah baik amalan.
GAYA KEPIMPINAN PENGETUA DAN KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DAERAH MARANG, TERENGGANU
Ahmad Yusri Ismail
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies
Show Abstract
|
Download Original
|
Original Source
|
Check in Google Scholar
|
Full PDF (478.801 KB)
|
DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.577
Kajian dijalankan untuk mencari perkaitan di antara gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pengetua dengan tahap kepuasan kerja guru di sekolah menengah di daerah Marang, Terengganu. Ini adalah kerana kepuasan kerja guru dalam menjalankan tugas sering dikaitkan dengan gaya kepimpinan seseorang pengetua. Selain itu, kajian ini juga bertujuan menentukan perbezaan tahap kepuasan kerja guru-guru berdasarkan jenis gaya kepimpinan pengetua. Ciri-ciri demografi yang membezakan tahap kepuasan kerja guru juga dikaji oleh pengkaji.
ANALISIS WATAK DAN PERWATAKAN DALAM NOVEL SEJAMBAK BAKTI KARYA REJAB FI
Siti Khariah Mohd Zubir;
Nur Denna Samsudin
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies
Show Abstract
|
Download Original
|
Original Source
|
Check in Google Scholar
|
Full PDF (699.573 KB)
|
DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.578
Novel yang dikajiialahSejambak BaktikaryaRejab FI.Novel inimerupakan novel komponensastera (KOMSAS) dalammatapelajaranBahasaMelayubagi tingkatan 1 zon Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan Johor.Objektifkajiandijalankanadalahuntukmengenalpastiwatakdanperwatakan dalam novel Sejambak Bakti.Objektif yang kedua ialah untuk menjelaskan watak dan perwatakan dan objektif yang ketiga ialah menganalisis novel menggunakan teori Psikoanalisis Sigmund Freud.Id didorong oleh prinsip kesenangan untuk memperoleh kepuasan segera dari semua kemahuan. Ego adalah berkaitan hal yang berhubungan dengan realiti serta kenyataan yang ada manakala superego pula merupakan sistem keperibadian yang mengandungi nilai-nilai dan aturan yang bersifat evaluatif berkaitan perkara yang baik dan buruk. Di sini terdapat tiga dapatan kajian iaitu menjelaskan wataku tama, menjelaskan watak sampingan dan menganalisis watak dan perwatakan dalam novel Sejambak Bakti menggunakan unsur id, ego dan superego. Kesimpulannya, kajian menambahkan pengetahuan khalayak bagaimana unsur id, ego dan superego dalam teori Psikoanalisis Sigmund Freud berkembang dalam diri individu dan mempengaruhi kehidupan seharian. Implikasi kajian ini terbahagi kepada tiga iaitu kepada individu, pelajar dan masyarakat.
BUGIS DI KEDAH 1600-1800: SUATU TINJAUAN AWAL
Jasni Ahmad
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies
Show Abstract
|
Download Original
|
Original Source
|
Check in Google Scholar
|
Full PDF (666.528 KB)
|
DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.579
Suku Bugis merupakan satu kuasa pedagang besar pada abad ke-17 di Nusantara. Sehingga hari ini, kebanyakan raja-raja dan pemimpin besar di Malaysia adalah dari keturunan Bugis. Walaupun bilangan mereka tidaklah banyak tetapi mempunyai kuasa politik yang meluas. Mereka mempunyai falsafah hidup sendiri iaitu siri dan passe yang membuatkan mereka mempunyai jati diri yang tinggi. Siri adalah konsep dalam budaya orang Bugis tentang kekuatan jati diri dan unsur malu yang berkaitan dengan maruah dan harga diri melalui kata-kata “lebih baik mati demi mempertahankan siri” dibandingkan dengan sebuah kehidupan yang tidak mempunyai siri . Passe pula adalah kepercayaan yang berteraskan kesatuan rohani pada individu. Kekuatan ikatan persaudaraan dianggap sangat penting demi membela komuniti mereka. Kebanyakan orang Bugis diasuh dengan ilmu berdagang, belayar dan merantau sejak kecil. Falsafah merantau bagi mereka adalah berbekalkan konsep ‘tiga hujung,’ iaitu hujung lidah(diplomasi), hujung badik(perang) dan hujung kemaluan(perkahwinan). Terdapat banyak faktor yang menyebabkan orang-orang Bugis merantau di seluruh Nusantara. Antaranya adalah disebabkan penaklukan Belanda ke atas Sulawesi menyebabkan suku Bugis bergerak keluar mencari penempatan baharu. Daeng Relekek ialah salah seorang putera Bugis yang berhijrah telah membawa anak-anaknya iaitu Opu lima beradik merantau hingga ke Tanah Melayu sebelum beliau mangkat di Siantan. Opu lima bersaudara tersebut terdiri daripada Daeng Parani, Daeng Menambun, Daeng Merewah, Daeng Chelak dan Daeng Kemasi. Mereka berjaya memperoleh tampuk pemerintahan di rantau Tanah Melayu dan mempunyai hubungan dengan kerajaan Kedah. Daeng Parani adalah abang yang sulung bagi adik-beradik tersebut. Beliau pernah berkahwin dengan kerabat diraja Kedah dan mangkat di Kedah akibat peperangan. Melalui penyelidikan, makamnya dapat dikesan terdapat di kampung Lubok Ekor, Sidam dalam daerah Kulim. Di situ juga terdapat beberapa kelompok orang Bugis. Dianggarkan sekitar 500 keluarga mendiami sepanjang sungai Muda yang mengairi kampung tersebut. Dikatakan juga terdapat generasi ke-8 dan ke-7 keturunan Daeng Parani di pertempatan tersebut. Selain itu, terdapat juga kampung yang diberi nama Sintok Bugis berhampiran Kuala Muda, Kedah. Waktu serangan Bugis, dikatakan kampung tersebut digunakan untuk merawat pahlawan Bugis yang tercedera.
SLOGAN IKLAN DALAM MAJALAH: YANG TERSURAT DAN TERSIRAT
Maizatul Azura Yahya;
Ainal Akmar Haji Ahmad;
Noor Aida Mahmor;
Nasihah Hashim
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies
Show Abstract
|
Download Original
|
Original Source
|
Check in Google Scholar
|
Full PDF (670.746 KB)
|
DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.580
Slogan merupakan satu cara untuk mengungkapkan gambaran mengenai sesuatu produk yang ditawarkan oleh sesebuah syarikat atau organisasi. Tujuan penciptaan slogan iklan ialah untuk memperkenalkan dan mengingatkan pengguna kepada sesuatu produk yang dihasilkan. Oleh itu, salah satu kaedah yang dilakukan oleh pengeluar ialah dengan cara memperkenalkan slogan iklan yang menarik dan mudah diingati oleh pengguna. Melalui penghasilan slogan iklan yang menarik dan mudah diingati diharapkan dapat mempopularkan lagi sesuatu jenama produk yang ditawarkan oleh pengeluar. Namun begitu, adakah slogan iklan yang dihasilkan menepati maksud yang ingin disampaikan oleh pengeluar? Selain itu, adakah slogan iklan yang dihasilkan memaparkan perlakuan sebenar produk tersebut? Justeru, kertas kerja ini akan mengenal pasti dan menganalisis slogan-slogan iklan yang terdapat di dalam majalah Mingguan Wanita Edisi Khas Syawal 2015 dan Harmoni Edisi Khas Ramadan dan Aidilfitri bagi tahun 2015. Analisis akan dilakukan dengan melihat maksud yang tersurat dan tersirat daripada aspek bahasa yang digunakan di dalam slogan iklan tersebut. Hasil penelitian menunjukkan majalah tersebut banyak memaparkan slogan-slogan iklan produk kosmetik dan kesihatan. Dari segi mesej pula, setiap slogan iklan mempunyai mesej atau maksud tersurat dan tersirat di sebalik slogan yang dihasilkan. Penghasilan slogan-slogan sebegini secara tidak langsung telah menjadi ingatan kepada pengguna dan seterusnya dapat meningkatkan lagi penjualan produk-produk keluaran syarikat-syarikat.
NILAI MURNI DALAM BERMUKUN DAN BERGENDANG MASYARAKAT MELAYU SARAWAK
Mohammad Syawal Narawi
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies
Show Abstract
|
Download Original
|
Original Source
|
Check in Google Scholar
|
Full PDF (554.264 KB)
|
DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.581
Kertas kerja ini membincangkan nilai murni dalam bermukun dan bergendang dalam masyarakat Melayu Sarawak. Tukang gendang yang dikendalikan oleh wanita akan berbalas pantun dengan penandak (penari) dalam kalangan lelaki melalui acara bermukun. Gendang dan biola merupakan antara instrumen muzik tradisional juga turut digunakan untuk menghasilkan melodi yang indah di samping alunan pantun-pantun yang disampaikan. Aktiviti bermukun dan bergendang merupakan antara warisan yang menjadi pengisian dalam aktiviti berbentuk hiburan suatu ketika dahulu. Kebiasaannya tradisi ini diadakan untuk memeriahkan lagi majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan dan majlis berkhatan di kampung-kampung. Pantun-pantun yang dialunkan semasa aktiviti bermukun dan bergendang ini mempunyai peranan tertentu. Antaranya untuk berhibur, menyampaikan hasrat hati antara tukang gendang dan penandak serta menyampaikan mesej-mesej tertentu kepada pendengar. Fenomena kurangnya dikenali dan dipraktikkan generasi baharu masyarakat Melayu Sarawak terhadap aktiviti bermukun dan bergendang memungkinkan acara ini akan berkubur dan hilang daripada pengetahuan generasi baharu bersama pantasnya arus perubahan globalisasi. Menyedariakan kepentingan aktiviti bermukun dan bergendang ini, maka satu kajian dilakukan berkaitan mesej dalam pantun bagi aktiviti bermukun dan bergendang bagi masyarakat Melayu Sarawak. Kajian ini dilakukan bertujuan mengenal pasti elemen nilai murni yang dijadikan wadah menyampaikan mesej dalam pantun yang disampaikan dalam aktiviti bermukun dan bergendang dalam masyarakat Melayu Sarawak. Kajian yang dilakukan ini menggunakan kaedah temu bual, pemerhatian dan semakan dokumentasi. Dapatan kajian ini memperlihatkan bahawa penggunaan nilai murni dalam pantun dapat dijadikan wadah mengungkapkan mesej sebagai pedoman hidup generasi masyarakat Melayu Sarawak. Mesej pantun tersebut dapat menjadi cerminan kepelbagaian budaya masyarakat Melayu Sarawak. Kajian tentang warisan budaya masyarakat Melayu Sarawak ini dapat didokumentasikan agar tidak lenyap ditelan zaman sekaligus dapat dijadikan pedoman hidup generasi baharu.