cover
Contact Name
Mochammad Tanzil Multazam
Contact Email
jurnal@umsida.ac.id
Phone
+6287859698383
Journal Mail Official
jurnal@umsida.ac.id
Editorial Address
Universitas Muhammadiyah Sidoarjo, Jl. Majapahit 666 B, Sidoarjo, East Java Indonesia
Location
Kab. sidoarjo,
Jawa timur
INDONESIA
Proceedings of The ICECRS
ISSN : -     EISSN : ISSN2548     DOI : https://doi.org/10.21070/icecrs
Core Subject : Education,
ICECRS (International Consortium of Education and Culture Research Studies) is a peer-reviewed international journal. This statement clarifies ethical behaviour of all parties involved in the act of publishing an article in this journal, including the author, the chief editor, the Editorial Board, the peer-reviewer­­­­­ and the publisher (Universitas Muhammadiyah Sidoarjo). This statement is based on COPE’s Best Practice Guidelines for Journal Editors.
Arjuna Subject : Umum - Umum
Articles 686 Documents
PELUASAN MAKNA PAYUNG DALAM KALANGAN PENGGUNA BAHASA MELAYUBERDASARKAN ANALISIS SEMANTIK KOGNITIF Nor Fazilah Noor Din
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (977.924 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.557

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneliti fenomena peluasan makna kata yang terhasil kesan kekreatifan pengguna bahasa memanipulasi pengguna sesuatu kata. Dengan menjadikan teori semantik kognitif sebagai sandaran, kajian ini telah meneliti peluasan makna kata payung yang digunakan dalam pelbagai keadaan sehingga menyerlahkan makna baharu yang berpotensi untuk didokumentasikan dalam kamus umum seperti Kamus Dewan. Kaedah analisis yang digunakan ialah kaedah analisis teks yang telah diperbaharui dengan elemen linguistik terkomputasi (linguistik korpus). Melalui kaedah ini, pengkaji telah menganalisis penggunaan kata payungyang diperoleh dari pangkalan dataWebCorp (dengan jumlah sebanyak 437 kata) dan dari pangkalan data korpus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebanyak 117 045 kata. Berdasarkan status sumber, kata payungyang diperoleh dari pangkalan dataWebCorp diambil daripada pelbagai sumber dengan carian .my (lingkungan carian Malaysia), khususnya di laman sosial (carian google, Facebook, blogspot dll), manakala kata payungyang diperoleh dari pangkalan data korpus Dewan Bahasa dan Pustaka pula diambil daripada subkorpus akhbar, buku, majalah, teks sasteradan kertas kerja. Berdasarkan selisikan, makna sebenar payung ialah alat bertangkai yang biasanya dibuat daripada kain, kertas dan sebagainya yang dipasang pada kerangka boleh lipat untuk melindungi seseorang atau sesuatu daripada terkena hujan atau panas matahari dan juga digunakan sebagai alat kebesaran raja (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007).Namun kini, maknakata payung telah meluas kepada makna baharu yang jauh menyimpang dari makna asal. Berdasarkan dapatan kajian, kata “payung” telah mengalami peluasan makna kepada makna baharu iaitu (i) belanja, (ii) tunjuk, (iii) intai dan (iv) konsep pemasaran bersepadu. Melalui kajian ini, makna payung berdasarkan penggunaan semasa dapat difahami dengan lebih jelas dan berpada.
PENEROKAAN AWAL TERHADAP MOTIVASI PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DI SEBUAH UNIVERSITI AWAM DI MALAYSIA Mohd Isha Awang; Yaakob Daud; Abdull Sukor Shaari; Mohd Hasani Dali; Zulkefli Bahador
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (726.715 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.558

Abstract

Motivasi telah lama dikenal pasti sebagai salah satu faktor utama yang mempengaruhi pembelajaran bahasa (Gardner, 1985). Kajian ini meneliti jenis dan tahap motivasi pembelajaran bahasa Melayu (integrative dan instrumental) dalam kalangan 100 orang mahasiswa di sebuah universiti awam di Malaysia. Kajian rintis ini menggunakan instrument soal selidik yang disesuaikan daripada Gardner Attitude / Motivation Test Batery (AMTB). Data dianalisis dengan menggunakan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Kajian awal ini mendapati bahawa pelajar mempunyai tahap motivasi yang tinggi sama ada motivasi integratif mahupun motivasi instrumental. Dari segi penggunaan dan kembimbangan menggunakan bahasa Melayu pula, kajian mendapati tahap penggunaan Bahasa Melayu adalah memberangsangkan sementara kebimbangan sampel kajian dalm menggunakan Bahasa Melayu pada tahap sederhana. Berdasarkan penemuan ini, beberapa implikasi pembelajaran motivasi relevan dan berguna disyorkan untuk peningkatan dan penambahbaikan motivasi pelajar
MENINGKATKAN TAHAP PENGUASAAN MURID TAHUN 4TENTANGPERANAN TEMENGGUNG DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH “TREASURE HOUSE” Nur Amalina Mohamad Noor; Putra Abd. Rahman Ibrahim
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (1272.622 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.560

Abstract

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menilai sejauh manakah kaedah “Treasure House” dapat meningkatkan penguasaan murid Tahun 4 tentang peranan Temenggung pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dengan menggunakan “Treasure House?”. Peserta dalam kajian ini terdiri daripada empat orang murid daripada Tahun Empat yang lemah dalam penguasaan peranan Temenggung dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Sejarah yang lalu. Data dikumpulkan melalui tiga kaedah iaitu kaedah pemerhatian, kaedah temu bual dan kaedah analisis dokumen serta dianalisis secara deskriptif. Hasil analisis data mendapati bahawa seramai tiga orang murid telah berjaya menguasai peranan Temenggung berdasarkan beberapa fokus kajian. Terdapat empat orang murid telah mencapai tahap cemerlang dengan menunjukkan rumusan tahap penguasaan yang tinggi. Dapatan analisis kajian menunjukkan bahawa kaedah “Treasure House” amat berkesan dalam membantu murid-murid dalam menguasai peranan Tokoh-Tokoh Kesultanan Melayu Melaka.
PENGGUNAAN FLASHMAGNETIC BOARD DALAM MEMBANTU MURID TAHUN 4 MENGINGAT FAKTA SEJARAH MENGGUNAKAN KAEDAH MENGKATEGORI FAKTA BAGI TAJUK KERAJAAN MELAYU AWAL Rachel Lyne G Pius; Azhari Bin Hj Mat Salleh
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (871.394 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.561

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membantu murid Tahun 4 mengingat fakta sejarah melalui kaedah mengkategorikan fakta menggunakan Flash Magnetic Board bagi tajuk Kerajaan Melayu Awal. Fokus kajian ini adalah untuk membantu murid Tahun 4 yang lemah dalam mengingati fakta sejarah khususnya dalam tajuk Kerajaan Melayu Awal Sejarah Tahun 4. Peserta kajian dalam kajian ini terdiri daripada 7 orang murid tahun 4 dari sebuah sekolah rendah di sekitar bandar Alor Setar yang masih lemah dalam mengingati fakta sejarah bagi tajuk Kerajaan Melayu Awal. Kaedah pemerhatian, analisis dokumen dan temubual digunakan untuk mengumpul data. Kaedah diskripsi data digunakan untuk menganalisis data dalam kajian kualitatif ini. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan Flash Magnetic Board dapat membantu murid tahun 4 mengkategorikan fakta sejarah dalam tajuk Kerajaan Melayu Awal. Cadangan tindakan susulan adalah menambahbaik Magnetic Flash Card dan Magnetic Board ke bentuk yang lebih menarik, mengubah label Magnetic Board untuk meningkatkan tahap kesusahan aktiviti intervensi Fasa 2, dan yang terakhir adalah menggunakan Flash Magnetic Board ini dalam tajuk-tajuk Sejarah yang lain atau matapelajaran yang lain.
GAGASAN PENDIDIKAN AMINUDDIN BAKI DALAM PERJUANGAN GPMS Norzaliza Ghazali; Fatinah Zainon
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (661.27 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.562

Abstract

Aminuddin Baki merupakan seorang tokoh akademik yang sering memperjuangkan agenda pendidikan sepanjang hayatnya. Dalam hal ini, beliau telah menubuhkan persatuan NGO seperti Gabungan Pelajar Mahasiswa Semenanjung (GPMS) untuk meneruskan kelangsungan perjuangannya kepada generasi muda. GPMS ditubuhkan untuk menyatupadukan pelajar-pelajar Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan menyedarkan mereka tentang kemunduran orang Melayu khususnya dalam bidang pendidikan. Selain itu, sebagai seorang pejuang budaya dan bangsa, Aminuddin juga sentiasa merancang strategi untuk menjamin kedudukan Bahasa Melayu diletakkan ditempatnya yang hakiki dalam sistem pendidikan kebangsaan iaitu sebagai bahasa pengantar utama di semua peringkat persekolahan. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan pendekatan biografi yang mengkaji pemikiran tokoh. Data dikumpulkan menggunakan kaedah dokumentasi dan dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan dan pembentukan tema-tema. Kertas kerja ini akan menghuraikan gagasan pemikiran pendidikan Aminuddin Baki yang menjadi aspirasi perjuangan Gabungan Pelajar Mahasiswa Semenanjung (GPMS). Idealismenya masih hidup dan sedang dipraktikkan sehingga kini.
INSIDER RESEARCHERS: CHALLENGES & OPPORTUNITIES Khaliza Saidin
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (497.771 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.563

Abstract

A researcher plays an important role in the success of the topic being researched. Being an insider researcher could help the researcher to have more understanding about their research and the phenomena being studied. However, previous research revealed inconsistent results. Some argue that becoming an insider researcher could lead to a loss of objectivity and bias, while others found that it has potential to balance the ways issues being researched. The objective of this qualitative case study is to explore the potential and challenges of being an insider researcher. Ten excellent teachers were selected using purposive sampling and they were interviewed face to face. The findings revealed some advantages to the insider researcher in understanding the issues being studied as she has the common knowledge of the life, problems and challenges they face as excellent teachers. Moreover, the researcher also managed to reduced “red tape” in getting contact with the participants. The findings from this study enriched the literature on being an insider in educational research from the perspectives of excellent teachers.
ISSUES AMONG NOVICE TEACHERS IN MALAYSIA Sofiah Zakaria; Khaliza Saidin; Rozi Mohamad
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (768.143 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.564

Abstract

Issues and problems faced by novice teachers have long been questions of great interest in the field of education and are still receiveing considerable critical attention amongst players in the field. Hence, this study seeks to explore the issues and problems faced by novice teachers. Qualitative content analysis was used to examine 13 local journal articles written on the subject of novice teachers from 2006 to 2015. Data were then grouped into themes to identify issues and problems faced by novice teachers. Findings of this study showed that issues faced by novice teachers include issues related to efficacy, classroom and student behaviour management, professional development, competency, commitment, stress, and support among novice teachers. Based on the findings, more studies on mentoring aspect should be carried out to assist novice teachers to start off their teaching career and provide them with necessary emotional and motivational support to improve their teaching in schools.
Penggunaan Kaedah Inkuiri Penemuan dalam Kalangan Guru-Guru Sejarah Sekolah Menengah Siva Sankar A/L R. Mahalingam; Mohd Isa Hamzah
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (740.134 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.569

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau penggunaan kaedah inkuiri penemuan dalam kalangan guru-guru sejarah di sekolah-sekolah menengah di daerah Pasir Gudang. Tiga aspek telah dikaji bagi menjawab persoalan kajian iaitu tahap pengetahuan, sikap dan kemahiran guru-guru sejarah dalam penggunaan kaedah inkuiri penemuan di sekolah menengah. Reka bentuk yang digunakan oleh pengkaji ialah penyelidikan kuantitatif jenis kajian tinjauan yang melibatkan 30 orang guru sejarah. Pengkaji menggunakan soal selidik sebagai instrumen dan data dianalisis dengan menggunakan teknik analisis kandungan. Antara dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan, sikap dan kemahiran guru sejarah pada tahap yang sederhana dalam penggunaan kaedah inkuiri penemuan dalam pengajaran dan pembelajaran. Para pendidik Sejarah kurang yakin dalam melaksanakan kaedah inkuiri kerana kurang mahir dalam teknik penyoalan berasaskan inkuiri. Kajian ini mendapati beberapa faktor menjadi penghalang dalam penggunaan kaedah inkuiri penemuan seperti kekangan masa, kekurangan kemudahan bahan bantu mengajar dan sikap pelajar. Beberapa cadangan telah dikemukakan kepada guru-guru sejarah untuk meningkatkan lagi penggunaan kaedah inkuiri penemuan dalam pengajaran dan pembelajaran.
APLIKASI MODUL GROLEP WOPER BAGI MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENJAWAB SOALAN KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) TENTANG SUMBANGAN PERDANA MENTERI MALAYSIA BAGI MURID TAHUN 6 Anis Suraya Zulkifly; Nasrul Samsuar
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (1466.576 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.567

Abstract

Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan keupayaan murid menjawab soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) melalui penggunaan modul GROLEP WOPER tentang sumbangan Perdana Menteri Malaysia bagi murid tahun 6. Responden terdiri daripada 18 orang murid dari tahun 6X yang merupakan kelas pertama namun mendapat keputusan yang sederhana dan rendah dalam Ujian Pengesanan 1 yang dijalankan oleh guru. Data dianalisis secara deskriptif dan dikumpulkan melalui pemerhatian dan analisis dokumen. Hasil analisis mendapati terdapat peningkatan murid yang ketara melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan di dalam modul. Di dalam modul GROLEP WOPER juga terdiri daripada 3 fasa intervensi yang mengandungi 7 aktiviti secara keseluruhannya. Keputusan menunjukkan perubahan selepas penggunaan modul GROLEP WOPER dan berkesan dalam membantu murid melalui pelbagai aktiviti yang menyeronokkan.
MODEL PENGUKURAN KOMPETENSI KERJA GURU Mohd Faiz Bin Mohd Yaakob; Jamal Nordin Yunus
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (1245.991 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.570

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pengujian model pengukuran Kompetensi Kerja Guru (KKG).Soal selidik yang digunakan ialah daripada Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, 2013 yang mengandungi 33 item dan tigafaktoriaitu i) Profesionalisme, ii) Pengetahuan, dan iii) Kemahiran. Kajianinimelibatkan 612 guru sekolah kebangsaan dari 5 zon di Malaysia melibatkan negeri Kedah, Selangor, Johor, Terengganu and Sarawak. Analisis statistik daripada Statistical Package for Social Science (SPSS) dan Structural Equation Modelling (SEM) digunakan menganalisis data. AnalisisPenerokaan Faktor atau Exploratory Factor Analysis (EFA) dan Analisis Pengesahan Faktor atau Confirmatory Factor Analysis (CFA)digunakan untuk mengenal pasti faktor yang membentuk model pengukuran Komuniti Pembelajaran Profesional. Dapatan menunjukkan ketiga-tigafaktor (i) Profesionalisme, (ii) Pengetahuandan (iii) Kemahiran berjaya membentuk model pengukuran Kompetensi Kerja Guru. Indeks kesepadanan model menunjukkan RMSEA=0.079, CFI=0.940, ChiSq/df= 4.785 dan PCFI=0.811. Kesemua indeks ini mencapai tahap yang diperlukan dan akhirnya sebuah model pengukuran Kompetensi Kerja Guru berjaya dibangunkan.

Filter by Year

2016 2025