cover
Contact Name
Mochammad Tanzil Multazam
Contact Email
jurnal@umsida.ac.id
Phone
+6287859698383
Journal Mail Official
jurnal@umsida.ac.id
Editorial Address
Universitas Muhammadiyah Sidoarjo, Jl. Majapahit 666 B, Sidoarjo, East Java Indonesia
Location
Kab. sidoarjo,
Jawa timur
INDONESIA
Proceedings of The ICECRS
ISSN : -     EISSN : ISSN2548     DOI : https://doi.org/10.21070/icecrs
Core Subject : Education,
ICECRS (International Consortium of Education and Culture Research Studies) is a peer-reviewed international journal. This statement clarifies ethical behaviour of all parties involved in the act of publishing an article in this journal, including the author, the chief editor, the Editorial Board, the peer-reviewer­­­­­ and the publisher (Universitas Muhammadiyah Sidoarjo). This statement is based on COPE’s Best Practice Guidelines for Journal Editors.
Arjuna Subject : Umum - Umum
Articles 686 Documents
KEBERKESANAN KAEDAH VISUALISASI: MENINGKATKAN KEUPAYAAN MENYELESAIKAN MASALAH MATEMATIK BERAYAT Maslinah Lasiun
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (1342.964 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.542

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan keberkesanan kaedah visualisasi dalam meningkatkan keupayaan menyelesaikan masalah matematik berayat di sebuah sekolah luar Bandar, Sabah. Kaedah visualisasi ini memberi fokus kepada fasa memahami masalah, yang akan membantu pelajar merancang dan seterusnya melaksanakan strategi penyelesaian masalah. Kajian ini merupakan kajian tindakan. Persampelan secara bertujuan telah dilakukan untuk memilih responden kajian iaitu terdiri daripada 12 orang pelajar tingkatan dua yang berbeza tahap kognitif(rendah, sederhana dan tinggi). Data diperoleh melalui ujian pra dan ujian pasca menyelesaikan masalah matematik berayat serta melalui pemerhatian kepada jenis gambaranvisualisasi yang dibuat oleh pelajar. Sebagai data sokongan, analisis dokumen turut dilakukan. Dapatan kajian yang dianalisis secara triangulasi data menunjukkan bahawa pelajar yang mempunyai tahap kognitif yang tinggi melaksanakan kaedah visualisasi secara skematik, manakala pelajar yang mempunyai tahap kognitif sederhana dan rendah pula cenderung kepada kaedah visualisasi piktorial. Walaupun jenis perwakilan visualisasi yang digunakan pelajar adalah berbeza, namun keupayaan menyelesaikan masalah dalam kalangan pelajar meningkat. Secara kesimpulannya, situasi ini menunjukkan bahawa kaedah visualisasi membantu meningkatkan keupayaan menyelesaikan masalah matematik berayat dalam kalangan pelajar pelbagai tahap kognitif tingkatan dua di kawasan luar bandar.
IKLIM SEKOLAH DAN KOMITMEN GURU DI SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) NEGERI KELANTAN Mohamad Adnan Bin Mohamad Kasim; Siti Noor Ismail; Suhaila Mohammad; Hasliza Ibrahim
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (772.842 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.543

Abstract

Program Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) adalah satu usaha murni kerajaan untuk membantu dan memperkasakan sekolah-sekolah agama di Malaysia. Artikel ini bertujuan untuk mengetahui tahap iklim sekolah dan komitmen guru Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di negeri Kelantan. Artikel ini penting kerana kedua-dua variabel terlibat adalah merupakan aset utama danterkandung dalam anjakan keempat PPPM 2013-2025. Sebanyak 9 buah sekolah telah dipilih secara rawak dari 3 daerah iaitu daerah Kota Bharu, Pasir Mas, dan Tanah Merah. Seramai 217 responden terlibat dalam menjawab soal selidik yang diedarkan, dari jumlah populasi seramai 497 orang. Penganalisaan data dilakukan dengan menggunakan beberapa kaedah analisis yang terdapat dalam program Statistical Package For The Social Sciences (SPSS). Instrumen yang digunakan dalam artikel ini adalah instrumen iklim sekolah, School level environment Questionnaire (SLEQ) yang dibina oleh Johnson, Steven & Zvoch (2007) manakala instrumen komitmen guru ini telah dibuat adaptasi oleh Lei Mee, Thien, Nordin dan Ramayah (2014). Dapatan artikel ini menunjukkan tahap komitmen dan iklim sekolah berada pada tahap yang tinggi serta terdapatnya hubungan yang kuat antara iklim sekolah dengan komitmen guru SABK di negeri Kelantan. Adalah diharapkan hasil artikel ini dapat digunakan sebagai rujukan khususnya kepada para pentadbir sekolah ke arah meningkatkan pencapaian, keberkesanan pentadbiran dan pengurusan sekolah. Kualiti pentadbiran dan pengurusan sekolah perlu sentiasa dikaji, diteliti dan ditingkatkan demi merealisasikan hasrat Kementerian Pendidikan untuk menjadikan sistem pendidikan di Malaysia bertaraf dunia.
IMPAK PENGGUNAAN BAHASA DALAM IKLAN KHIDMAT MASYARAKAT PETRONAS BERDASARKAN TEORI LINGUISTIK SISTEMIK FUNGSIONAL (TLSF) Nur Izzati Abdullah; Anida Sarudin
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (714.969 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.544

Abstract

Iklan Khidmat Masyarakat (IKM) adalah suatu pengumuman atau pemberitahuan yang bersifat non komersial yang mempromosikan program-program, kegiatan, perkhidmatan kerajaan, perkhidmatan organisasi bukan perniagaan dan pemberitahuan-pemberitahuan lainnya tentang keperluan perkhidmatan masyarakat dan pemberitahuan yang bersifat komersial (Crompton dan Lamb, 1986). Iklan Khidmat Masyarakat merupakan projek video multimedia yang merangkumi kepelbagaian modaliti seperti elemen grafik, teks, audio dan video. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti mod linguistik yang digunakan dalam menghasilkan IKM selain keberkesanan paparan visual. Data diperoleh daripada rakaman video iklan raya Petronas kerana iklan ini merupakan iklan tahunan yang disiarkan di televisyen. Kerangka konsepsi kajian ini didirikan berdasarkan gabungan Teori Linguistik Sistemik Fungsional (TLSF) dan Teori Multimodaliti (TM). Gabungan kedua teori ini dipercayai dapat membantu menghasilkan IKM yang menepati tema yang dihasratkan oleh pengiklan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa teks bahasa merupakan mod linguistik yang bertindak sebagai elemen multimodal yang berkesan dan menjadi pelengkap kepada mod visual. Dengan kata lain, fungsi teks bahasa adalah untuk menyediakan konteks dalam iklan dengan menambah maklumat supaya penonton dapat memahami mesej yang ditonjolkan.
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGUASAI FAKTA SEJARAH PENCIPTAAN BENDERA MALAYSIA DALAM KALANGAN MURID TAHUN 5 MELALUI KAEDAH “PETA DAKAP” Haini Shafikah Mohd Shaharudin
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (1439.467 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.545

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan meningkatkan kemahiran menguasai fakta sejarah penciptaan bendera Malaysia dalam kalangan murid tahun 5 melalui kaedah “Peta Dakap”. Responden terdiri daripada 10 orang yang memperoleh markah rendah dalam proses pengumpulan data awal. Pengumpulan data menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Hasil tinjauan awal mendapati bahawa tahap penguasaan kemahiran mengingat fakta sejarah penciptaan bendera Malaysia murid adalah lemah. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan terhadap hasil pencapaian murid selepas pengaplikasian kaedah “Peta Dakap”. Kaedah ini membantu murid untuk menguasai fakta dengan lebih mudah,cepat malah dengan cara yang lebih menarik minat murid untuk mempelajari sejarah penciptaan bendera Malaysia. Data kualitatif dikaji secara deskriptif dan dipersembahkan dalam bentuk huraian, jadual serta rajah. Analisis dokumen seperti lembaran kerja responden telah menyokong keputusan kajian ini. Secara kseimpulannya, kaedah “Peta Dakap” dapat membantu meningkatkan kemahiran menguasai fakta sejarah penciptaan bendera Malaysia dalam kalangan murid tahun 5. Maka, penggunaan kaedah ini digalakkan dan diperluaskan kepada semua guru sejarah di Malaysia bagi mempermudahkan proses pengajaran sejarah di sekolah menjadi lebih efektif dan bersifat holistik.
PENGGUNAAN KAEDAH “TYRA BANKS” UNTUK MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TAHUN 5 TERHADAP FAKTA BERKAITAN PERJUANGAN TOKOH TEMPATAN Nurathirah Shamsuddin; Azhari Mat Salleh
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (1124.535 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.546

Abstract

Kajian ini bertujuan meningkatkan penguasaan murid sekolah rendah dalam mata pelajaran sejarah khususnya penguasaan murid terhadap fakta berkaitan tokoh-tokoh tempatan dengan menggunakan kaedah Tyra Banks. Kajian ini bertujuan untuk mempertingkatkan tahap penguasaan murid dalam kefahaman dan ingatan mereka mengenai perjuang tempatan melalui penggunaan warna dan lampu LED. Responden dalam kajian ini terdiri daripada 6 orang murid tahun 5D dari sebuah sekolah rendah di daerah kota setar yang mempunyai masalah menguasai fakta berkaitan perjuangan tokoh tempatan. Dalam proses pengumpulan data awal, murid dilihat tidak memenuhi aspek-aspek yang telah ditetapkan dalam pemarkahan tahap penguasaan murid. Kaedah pemerhatian, temubual dan analisis dokumen digunakan untuk mengumpul data dan diskripsi data digunakan untuk menganalisis data dalam kajian kualitatif ini. Hasil dapatan menunjukkan kaedah ini dapat membantu murid dalam meningkatkan penguasaan mereka berkaitan fakta tokoh-tokoh tempatan berdasarkan kepada analisis kajian dan interpretasi data.
APLIKASI KAEDAH ‘DJ NINI’DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN FAKTA ZAMAN PRASEJARAH MENGIKUT KRONOLOGI BAGI MURID TAHUN 4 Nurul Izni Ishak; Shah Johan Johan Othman
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (1389.654 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.547

Abstract

Kajian tindakan ini dijalankan bertujuan meningkatkan penguasaan fakta Zaman Prasejarah mengikut kronologi dalam kalangan murid Tahun 4 bagi mata pelajaran Sejarah dengan menggunakan kaedah ‘DJ NINI’. Fokus kajian tertumpu kepada maksud dan nama-nama Zaman Prasejarah mengikut kronologi. Responden kajian terdiri daripada 5 orang murid Tahun 4X dari sebuah sekolah rendah di daerah Kubang Pasu yang merupakan kelas pertama dan lemah dalam penguasaan fakta mengikut susunan. Kajian kualitatif ini dikumpulkan melalui kaedah pemerhatian, analisis data dan juga temu bual. Dapatan kajian daripada kesemua analisis dan interpretasi data tersebut menunjukkan bahawa penggunaan kaedah ‘DJ NINI’ dapat meningkatkan penguasaan fakta Zaman Prasejarah mengikut kronologi. Keputusan perbandingan kajian sebelum dan selepas membuktikan penggunaan kaedah ‘DJ NINI’ dalam membantu murid apabila mereka dapat belajar sambil bermain dimana mereka telah diberi lagu dan akronim dalam Game DJ NINI dan juga boleh berkaraoke pada DJ NINI. Cadangan kajian seterusnya ialah membuat penambahbaikan terhadap intervensi ‘DJ NINI’ dengan menambah kemudahan 2 mikrofon dan video bagi lagu serta akronim Zaman Prasejarah agar dapat memudahkan murid menguasai fakta sambil menyanyi dengan jelas dan tepat pada DJ NINI.
HUBUNGAN DAN KESAN KEPIMPINAN KENDIRI GURU TERHADAP GELAGAT KEWARGANEGARAAN ORGANISASI Aini Marzita Mansor; Mohd. Hasani Dali
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (938.342 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.548

Abstract

Kualiti guru merupakan penentu utama kepada kecemerlangan murid dari segenap aspek kehidupan agar dapat bersaing di peringkat global. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perhubungan dan kesan amalan Kepimpinan Kendiri ke atas tahap amalan Gelagat Kewarganegaraan Organisasi guru-guru di Malaysia dan Efikasi Kendiri sebagai pembolehubah pengantara (mediating variable). Kajian ini melibatkan guru-guru yang mengajar di Sekolah Rendah Berprestasi Tinggi di seluruh Malaysia dan seramai 40 orang guru sebagai responden telah dipilih secara rawak dari setiap sekolah. Data kuantitatif ini dianalisa menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) dan Structural Equation Model (SEM). Kajian mendapati bahawa tahap amalan Kepimpinan Kendiri, Efikasi Kendiri dan Gelagat Kewarganegaraan Organisasi adalah tinggi dengan skor min melebihi 5.0. Analisis dapatan juga menunjukkan bahawa Kepimpinan Kendiri dan Efikasi Kendiri mempengaruhi Gelagat Kewarganegaraan Organisasi sehingga 20%. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapatnya hubungan yang signifikan antara kedua-dua pemboleh ubah iaitu Kepimpinan Kendiri dan Efikasi Kendiri dengan Gelagat Kewarganegaraan Organisasi guru-guru tersebut. Efikasi Kendiri telah bertindak sebagai pembolehubah separa mediator dalam hubungan antara Kepimpinan Kendiri dan Gelagat Kewarganegaraan Organisasi. Kajian ini diharap dapat membantu melahirkan pelajar yang cemerlang dan seimbang dengan mengetengahkan kualiti guru yang diperlukan supaya mereka dapat menghasilkan murid yang cemerlang dari segenap aspek kehidupan, seiring dengan Falsafah Pendidikan Negara. Hal ini jelas kerana didapati bahawa kualiti guru memainkan peranan yang terpenting bagi menentukan kejayaan seseorang murid. Kajian ini juga diharapkan dapat memberi gambaran yang lebih jelas terhadap peranan dan tanggungjawab guru setelah mengamalkan Gelagat Kewarganegaraan Organisasi. Seterusnya dapat mengurangkan konflik yang timbul akibat daripada berlainan jangkaan dan harapan daripada pelbagai pihak berkepentingan terhadap tugas serta tanggungjawab guru di sekolah.
KEUNGGULAN DAN NILAI LAGU PATRIOTIK BERDASARKAN ASPEK PEMILIHAN KATA DALAM LIRIK DAN KESESUAIAN ELEMEN MUZIK Mohammad Haris Abd Azis
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (1634.774 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.554

Abstract

Lagu-lagu patriotik dilihat sebagai salah satu jambatan penghubung ke arah manifestasi pengkarya dalam merealisasi dan memupuk semangat ini ke jiwa pendengar. Penghasilan lagu patriotik menuntut para pengkarya untuk melihat dengan jelas kepentingan memartabatkan lagu-lagu ini agar jelas akan maksud dan tujuan asal ciptaannya. Berpaksikan saranan ini, satu anjakan paradigma perlu diketengahkan bagi meninjau aspek pemilihan kata berteraskan “Kata Adjektif” dalam lirik/senikata lagu patriotik serta elemen muzik yang melatarinya sehingga mampu merangsang motivasi serta perasaan semangat patriotik di jiwa pendengar. Dalam erti kata yang lain, kertas kerja ini bertujuan melihat kekuatan kata dalam menyuntik semangat patriotik dalam kalangan setiap bangsa Malaysia. Penyesuaian ciptaan lagu patriotik perlu diambil kira memandangkan generasi hari ini mempunyai mentaliti yang jauh berbeza dengan generasi terdahulu. Pun begitu, keutuhan nilai-nilai berkaitan patriotisme tidak sesekali dipinggirkan bagi memastikan sebuah karya patriotik yang unggul masih lagi releven sehingga kini. Bagi memastikan matlamat ini tercapai, sejumlah 78 buah lagu-lagu berkonsepkan “Patriotik” yang terdapat Malaysia bermula sebelum dan sesudah merdeka hinggalah ke hari ini dianalisis liriknya menggunakan kaedah pautan AntConc. Seterusnya leksikal utama (Kata Adjektif) mengikut jumlah kekerapan dikategorikan berdasarkan fokus kajian iaitu kekuatan golongan Kata Adjektif dalam lirik lagu patriotik. Golongan kata yang ditemui kemudiannya dikelaskan mengikut kesesuaian tema nilai berkaitan patriotisme di Malaysia iaitu 1. Cinta, Setia dan Semangat, 2. Taat Setia Kepada Raja dan Negara, dan 3. Sanggup Bekorban Untuk Negara. Kajian ini seterusnya diperluaskan skopnya dengan menganalisis dari segi elemen muzik melalui pemilihan kunci nada (Major/Minor) serta “Tempo” (ukuran kelajuan laju @ bpm). Kaedah ini penting bagi memperlihatkan kesan terhadap suasana (Mood) yang melatari ciptaan lagu patriotik. Pada akhir analisis ini, kajian berjaya menunjukkan keunggulan dan kreadibiliti lagu-lagu patriotik di Malaysia. Lagu Patriotik masih lagi dianggap releven dan tidak jauh tersasar dari maksud dan tujuan asal lagu tersebut digubah.
PENGGUNAAN RODA MASA DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENYUSUN FAKTA SEJARAH MENGIKUT KRONOLOGI DALAM KALANGAN MURID TAHAP 4 Shaareny a/p M. Saravanan; Salmah Othman
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (621.021 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.555

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauh manakah penggunaan Roda Masa dapat meningkatkan kemahiran menyusun fakta sejarah mengikut kroologi dalam kalangan murid tahun empat. Tinjauan awal menunjukkan bahawa murid tidak dapat menyusun fakta sejarah mengikut kronologi yang betul. Kajian ini melibatkan sepuluh orang murid dari Kelas 4 K yang mengalami masalah menyusun fakta sejarah mengikut kronologi. Fokus kajian ini adala untuk meningkatkan kemahiran menyusun fakta sejarah mengikut kronologi. Roda Masa ini dijalankan dengan pelaksanaan tiga aktiviti yang telah dirancang. Data telah dikumpulkan melalui kaedah pemerhatian secara berstruktur, temu bual, dan analisis dokumen. Berdasarkan dapatan kajian yang dijalankan mendapati terdapat peningkatan dan kesan positif dari segi peningkatan murid dalam kemahiran menyusun fakta sejarah mengikut kronologi berdasarkan peningkatan markah yang diperoleh murid dalam setiap pelaksanaan aktiviti menggunakan intervensi saya. Diharapkan kajian ini dapat meningkatkan keberkesanan amalan pengajaran dan memperbaiki kualiti pengajaran saya sebagai
PROSODI ‘PERKHIDMATAN’ AMANAT KETUA SETIAUSAHA NEGARA Syakirah Abdul Rahman
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (1225.089 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.556

Abstract

Konsep ‘Merakyatkan Perkhidmatan Awam’ telah diperkenalkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) ke-13 untuk diterapkan kepada lebih 1.4 juta penjawat awam di Malaysia sejak 20 Januari 2014. Leksis ‘perkhidmatan’ acapkali disebut oleh KSN, sehingga menimbulkan suasana berkolokasi yang menunjukkan beliau ingin menyampaikan sesuatu yang sangat berguna kepada penjawat awam. Kajian ucapan kebanyakannya berkait rapat dengan analisis wacana.Oleh itu, kajian ini cuba mengenal pasti keberadaan leksis kata kunci ‘perkhidmatan’ dalam ucapan Ketua Setiausaha Negara. Selain itu, kajian ini juga akan menginterpretasikan penggunaan kata kunci ‘perkhidmatan’ dalam ucapan KSN yang lebih dominan berfungsi sebagai ejen penerapan enam prinsip konsep ‘Merakyatkan Perkhidmatan Awam’kepada penjawat awam. Berteraskan data yang diperoleh daripada 40 teks ucapan KSN, terdapat 640 bilangan konkordans leksis kata kunci ‘perkhidmatan’.Data jenis kata yang berkolokasi dengan leksis kata kunci pula sebanyak 1237 jenis dan 6388 jumlah bilangan keberlakuan kata. Data-data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisianAntConc. Seterusnya, pemahaman fungsi kata kunci ‘perkhidmatan’ dianalisis berpandukan teori prosodi semantik. Hasil analisis menunjukkan dalam petikan ucapan KSN, tujuan kata ‘perkhidmatan’diselitkan adalah untukmemberi panduan kepada penjawat awam agar melaksanakan tugas dengan penuh berdedikasi berlandaskan konsep ‘Merakyatkan Perkhidmatan Awam’. Sehubungan itu, keberadaan kata kunci ‘perkhidmatan’ yang berkolokasi dengan kata-kata lain telah membantu audien mengetahui amanat yang disampaikan oleh KSN ketika beliau menyampaikan setiap ucapannya.

Filter by Year

2016 2025