Proceedings of The ICECRS
ICECRS (International Consortium of Education and Culture Research Studies) is a peer-reviewed international journal. This statement clarifies ethical behaviour of all parties involved in the act of publishing an article in this journal, including the author, the chief editor, the Editorial Board, the peer-reviewer and the publisher (Universitas Muhammadiyah Sidoarjo). This statement is based on COPE’s Best Practice Guidelines for Journal Editors.
Articles
686 Documents
PEMIKIRAN DALAM NOVEL SEBALIK YAMASHITA DAN PERCIVEL
Marzalina Mansor;
Nor Hafidah Ibrahim;
Hasmawati Hassan
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies
Show Abstract
|
Download Original
|
Original Source
|
Check in Google Scholar
|
Full PDF (754.854 KB)
|
DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.584
Pemikiran pengarang merupakan salah satu aspek penting dalam kajian sastera. Pemikiran pengarang juga merupakan rangkuman idea pengarang yang beridentiti tersendiri untuk mengupas segala pemasalahan yang berlaku dalam masyarakat. Isu yang ditonjolkan adalah gambaran dan rangkuman warna-warna kehidupan manusia yang disusun dan dizahirkan dalam bentuk baris-baris ayat sehingga menjadi satu naratif yang lengkap dan sempurna. Lantaran itu, kajian ini adalah untuk mengkaji aspek pemikiran pengarang dalam novel Sebalik Yamashita dan Parcivel karya Shaari Isa yang diterbitkan oleh Institut Terjemahan & Buku Malaysia pada tahun 2015. Aspek pemikiran pengarang dalam novel ini dikaji dan dianalisis secara kualitatif. Kajian mendapati pemikiran yang cuba ditonjolkan oleh pengarang ialah pemikiran kolonialisme dan imperialisme, pemikiran politik dan kepimpinan, dan yang ketiganya ialah pemikiran sejarah. Seterusnya, bagi melengkapkan nilai yang terkandung dalam novel ini, kajian mendapati pengarang mendedahkan gambaran masyarakat dan permasalahan yang ditonjolkan bagi melengkapkan informasi yang terkandung dalam novel ini. Kajian ini penting untuk mendedahkan pemikiran dan stail yang digunakan oleh pengarang dalam menghasilkan sesebuah karya, khususnya novel.
PEMBINAAN KERANGKA STANDARD KOMPETENSI LITERASI ICT KEBANGSAAN: KAJIAN DELPHI
Ruuhina Mohd Sani
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies
Show Abstract
|
Download Original
|
Original Source
|
Check in Google Scholar
|
Full PDF (1235.764 KB)
|
DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.585
Kajian ini bertujuan membincangkan penggunaan teknik Delphi dalam mengenal pasti kompetensi literasi ICT bagi pembangunan standard kompetensi literasi ICT kebangsaan bagi guru-guru Malaysia. Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, menerusi bab ke-enam PPPM iaitu Transformasi Kementerian menerusi ICT dalam Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia bertekad untuk meningkatkan kesan pembelajaran murid serta memastikan murid-murid tidak hanya belajar menggunakan ICT tetapi juga boleh memanfaatkannya secara berkesan. Oleh yang demikian, kementerian telah memperuntukkan jumlah yang besar bagi mencapai sasaran tersebut. Namun, melalui pelbagai kajian mengenai tahap kompetensi guru yang telah dilakukan, didapati tahap kompetensi guru masih rendah. Oleh itu, standard kompetensi literasi ICT bagi guru-guru yang bersesuaian dengan sistem pendidikan negara perlu dibina sebagai panduan di peringkat kementerian untuk membantu guru merancang tugasan mereka samada di dalam kelas atau dalam menyelesaikan tugasan rasmi seharian. Teknik Delphi adalah satu pendekatan yang digunakan untuk mendapatkan pandangan yang konsensus daripada pakar mengenai sesuatu permasalahan. Teknik Delphi adalah satu kaedah kajian yang melibatkan beberapa pusingan soal selidik. Kajian ini akan mengaplikasikan teknik Delphi yang melibatkan seramai 20 orang pakar terdiri daripada pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah, pensyarah Institut Pendidikan Guru, guru sekolah rendah serta guru sekolah menengah di Terengganu. Kajian ini dijalankan untuk mendapatkan pandangan konsensus dari panel pakar tentang apakah kompetensi ICT yang penting yang perlu dikuasai oleh guru di Malaysia.
HUBUNGAN ANTARA GAYA KEPIMPINAN TRANSFORMASI PENGETUA DENGAN KOMITMEN GURU PJK DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH GUA MUSANG, KELANTAN
Siti Nazatul Norashikin Ali
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies
Show Abstract
|
Download Original
|
Original Source
|
Check in Google Scholar
|
Full PDF (851.913 KB)
|
DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.587
Kajian adalah mengenai Hubungan Antara Gaya Kepimpinan Transformasi Pengetua dengan Komitmen Guru PJK di sekolah-sekolah menengah daerah Gua Musang. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji jika wujud hubungan antara kepimpinan transformasi pengetua dan komitmen guru PJK. Tambahan lagi, kajian ini juga turut mengenalpasti tahap komitmen guru PJK, perbezaan komitmen guru PJK berdasarkan jantina serta berdasarkan pengalaman mengajar dan juga mengkaji tahap amalan gaya kepimpinan transformasi pengetua. Kajian ini menggunakan instrumen Multifactor Leadership Questionnaire (MLQ) yang asalnya telah diperkenalkan oleh Avolio dan Bass (1990) dan disah uji oleh Hinkin dan Tracey (1999). Manakala instrumen Komitmen Guru PJK pula menggunakan Organizational Commitment Ouestionnaire (OCQ) atau instrumen komitmen keorganisasian oleh Allen dan Meyer (1990). Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan rentasan dan soal soal selidik piawai. Data soal selidik dianalisis menggunakan menggunakan Statistical Program for Social Science (SPSS) Version 21.0. Sampel kajian yang dipilih secara rawak ini terdiri daripada 70 orang guru yang mengajar mata pelajaran PJK dari lapan buah sekolah menengah di daerah Gua Musang. Kaedah analisis statistik deskriftif digunakan untuk menghuraikan taburan demografi responden dari segi frekuensi, peratusan dan min serta untuk mengukur tahap amalan kepimpinan transformasi pengetua dan komitmen guru PJK. Kaedah inferensi pula digunakan untuk mengguji hipotesis, Ujian-t, Anova satu hala dan Korelasi-Pearson digunakan bagi melihat perbezaan dan hubungan diantara pembolehubah gaya kepimpinan transformasi dan pembolehubah komitmen guru PJK. Hasil analisis yang dijalankan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan komitmen guru pjk mengikut jantina, serta tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi komitmen guru berdasarkan pengalaman mengajar. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan di antara kepimpinan transformasi pengetua dengan komitmen guru PJK.
KEFUNGSIAN KELUARGA DAN KETAHANAN DIRI PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN HARIAN
Siti Hajar Mohamad Yusoff;
Yahya Don
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies
Show Abstract
|
Download Original
|
Original Source
|
Check in Google Scholar
|
Full PDF (627.919 KB)
|
DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.589
Selaras dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan generasi yang mempunyai gaya hidup sihat dan sejahtera, pelbagai usaha telah diambil oleh pihak sekolah untuk membantu melahirkan pelajar yang cerdas, cergas, berakhlak, dan berwawasan, antaranya dengan memfokuskan terhadap faktor psikologi dalam usaha membentuk pelajar yang berdaya tahan. Justeru, kajian ini berusaha untuk mengenal pasti tahap kefungsian keluarga dan ketahanan diri dalam kalangan pelajar. Sebanyak 376 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Harian di Zon Utaratelah terlibat dalam kajian ini. Instrumen Family Adaptability and Cohesion Evaluation Scales III (FACES III) digunakan untuk mengukur kefungsian keluarga, dan Resilient Scale (RS) pula bagi mengukur ketahanan diri. Keputusan kajian mendapati tahap kefungsian keluarga responden adalah sederhana, manakala tahap ketahanan diri responden pula adalah tinggi. Dapatan juga menunjukkan bahawa aspek kefungsian keluarga yang baik dapat meningkatkan ketahanan diri belia. Implikasi kajian ini dapat menyumbang terhadap usaha pembangunan pelajar oleh pihak sekolah, kerajaan, serta masayarakat.
HUBUNGAN KEADILAN PENILAIAN PRESTASI DENGANKOMITMEN ORGANISASI GURU
Tang Swee Mei;
Lim Kong Teong;
Abdull Sukor Shaari;
Ab. Aziz Yusof
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies
Show Abstract
|
Download Original
|
Original Source
|
Check in Google Scholar
|
Full PDF (833.65 KB)
|
DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.590
Kajian ini bertujuan meninjau hubungan keadilan penilaian prestasi dengan komitmen organisasi guru sekolah. Sebanyak 86 buah sekolah menengah kebangsaan di negeri Kedah dan Perlis terlibat dalam kajian ini. Keputusan kajian mendapati kedua-dua aspek keadilan penilaian prestasi serta komitmen organisasi dalam kalangan guru adalah tidak begitu memberangsangkan. Keputusan kajian juga menunjukkan kedua-dua dimensi keadilan penilaian prestasi mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan komitmen organisasi guru.
PENGGUNAAN GEOGEBRA DALAM PEMBELAJARAN MATEMATIK MELALUI PEMBELAJARAN MODULAR
Khor Mui Kim;
Ruzlan Md Ali
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies
Show Abstract
|
Download Original
|
Original Source
|
Check in Google Scholar
|
Full PDF (781.181 KB)
|
DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.591
Pengetahuan guru matematik dan tahap penggunaan teknologi yang rendah boleh menjejaskan keberkesanan pembelajaran dan menjadikan penguasaan konsep matematik yang kurang bermakna dalam kalangan murid. Penyelidik menjalankan kajian dengan reka bentuk kuasi-eksperimen dengan ujian pra dan ujian pos ke atas 93 murid tingkatan dua di sekolah menengah harian di Malaysia yang dipecahkan kepada satu kumpulan kawalan dan dua kumpulan eksperimen. Responden kumpulan kawalan mengikuti PdP dengan pendekatan konvensional manakala responden kumpulan eksperimen menerima rawatan (penggunaan perisian GeoGebra) dengan pendekatan pembelajaran modular berlandaskan projek dan penyelesaian masalah. Penyelidik menjalankan ujian pra dan ujian pos untuk membandingkan pencapaian responden kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen dalam penyelesaian masalah matematik berunsur KBAT. Data kuantitatif dikutip melalui instrumen ujian iaitu Ujian Topikal 1 (Ujian Pra), Ujian Topikal 2 (Ujian Pos), Ujian Keupayaan Visualisasi Spasial 1 (Ujian Pra), Ujian Keupayaan Visualisasi Spasial 2 (Ujian Pos), manakala data kualitatif dikutip melalui temu bual bersama tiga guru matematik yang melaksanakan PdP ke atas kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen, temu bual bersama responden kumpulan kawalan dan responden kumpulan eksperimen. Selain itu, rakaman video ke atas PdP pendekatan konvensional dan PdP pendekatan perisian dinamik GeoGebra juga dilakukan untuk dianalisis data kualitatif. PdP guru matematik untuk kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen turut dinilai bagi mengenal pasti penerapan unsur KBAT dalam PdP pendekatan konvensional dan pendekatan penggunaan perisian dinamik GeoGebra. Instrumen untuk menilai kualiti PdP guru adalah Borang Pencerapan PdP KBAT (JNJK, 2015) dan Borang Pembelajaran dan Pengajaran (JNJK, 2010). Hasil pencerapan PdP guru memberi sumbangan dalam pengutipan data kuantitatif. Penyelidik menghasilkan Modul Panduan Penggunaan Perisian Dinamik GeoGebra dalam Pembelajaran Bentuk dan Ruang untuk digunakan oleh guru dan responden kumpulan eksperimen sebagai rujukan dan panduan menggunakan perisian GeoGebra dalam pembelajaran Bentuk dan Ruang. Kesemua instrumen dan modul telah menjalani ujian kesahan dan kebolehpercayaan oleh sekumpulan pakar matematik. Pembelajaran matematik melalui penggunaan perisian dinamik seperti GeoGebra ini dapat menyokong pelaksanaan pembelajaran abad ke 21 dan memenuhi kehendak anjakan ketujuh dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 tentang memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran dalam kalangan murid di Malaysia. Kajian ini memberi sumbangan kepada pendidikan matematik di mana penggunaan teknologi berpotensi menjadikan pembelajaran matematik murid lebih bermakna. Dapatan juga dapat digunakan oleh kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan bagi mengembangkan pendidikan matematik berlandaskan teknologi perisian GeoGebra ke semua peringkat persekolahan.
HUBUNGAN KEPIMPINAN SEKOLAH DENGAN TINGKAH LAKU GURU GENERASI ‘Y’
Jamilah Man;
Yahya Don;
Siti Noor Ismail
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies
Show Abstract
|
Download Original
|
Original Source
|
Check in Google Scholar
|
Full PDF (1028.49 KB)
|
DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.592
Amalan kepimpinan yang dipraktikkan oleh pemimpin sekolah merupakan tunggak utama dalam memastikan sistem pendidikan berada pada tahap yang membanggakan selaras dengan hasrat kerajaan seperti yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan antara kepimpinan sekolah dengan tingkah laku guru dalam kalangan guru generasi ‘Y’ di Maktab Rendah Sains MARA, Zon Utara, Semenanjung Malaysia. Kajian ini menjalankan kaedah tinjaun rentasan menggunakan soal selidik terpiawai. Instrumen yang digunakan untuk mengukur kepimpinan pengetua adalah Multifactor Leadership Questionnaire (MLQ) yang dibina oleh Bass dan Avolio pada tahun 1995, manakala tingkah laku guru pula diukur dengan menggunakan Teacher Behaviors Inventory (TBI) yang dibina oleh Murray (1983). Dapatan kajian membuktikan wujudnya hubungan positif yang signifikan antara kepimpinan sekolah dengan tingkah laku guru generasi ‘Y’. Justeru, adalah disarankan agar barisan kepimpinan sekolah mengamalkan setiap dimensi kepimpinan sekolah dalam kepimpinan mereka supaya kepimpinan sekolah semakin berkesan dan cemerlang selari dengan kandungan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
T-TRACE: MENINGKATKAN KEHADIRAN KE SEKOLAH DALAM KALANGAN MURID TAHUN 4
Jenny Anak Michael Jemat;
Che Nazrah Yusof
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies
Show Abstract
|
Download Original
|
Original Source
|
Check in Google Scholar
|
Full PDF (1284.76 KB)
|
DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.593
Kajian tindakan ini dilaksanakan untuk meningkatkan kehadiran ke sekolah dalam kalangan murid Tahun 4. Kajian ini melibatkan seramai 3 orang murid lelaki dan 4 orang murid perempuan Tahun 4 dari sebuah sekolah luar bandar di daerah Kota Setar, Kedah. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti kelebihan kaedah T-Trace dalam meningkatkan kehadiran murid ke sekolah dan meningkatkan jumlah kehadiran murid ke sekolah melalui kaedah T-Trace. Kajian ini menggunakan model Kurt Lewin (1946). Tindakan-tindakan intervensi yang digunakan dalam kajian ini ialah ‘Talking Token Chips’, ‘Token Race Ranking’ dan ‘Token Target’. Instrumen utama yang digunakan untuk mengumpul data dalam kajian ini ialah pemerhatian berstruktur, temu bual berstruktur dan analisis dokumen digunakan bagi menyokong data utama kajian ini. Hasil kajian menunjukkan terdapat peningkatan jumlah kehadiran ke sekolah yang signifikan dalam kalangan murid melalui tindakan-tindakan yang dijalankan. Walau bagaimanapun, pengkaji menyedari bahawa untuk meningkatkan kehadiran murid ke sekolah tidak boleh bergantung semata-mata kepada penggunaan token. Oleh yang demikian, pengkaji mencadangkan supaya kajian berkenaan hubungan penggunaan token dengan sikap guru yang menjadi pengkaji dalam meningkatkan kehadiran ke sekolah, dan menggunakan kaedah motivasi instrinsik untuk meningkatkan kehadiran murid ke sekolah dilaksanakan untuk cadangan kajian seterusnya.
APLIKASI TEKNIK “STREMA” UNTUK MEMBANTU MURID MANGSA BULI BERFIKIR SECARA POSITIF
Mohd Hilmi Alias;
Zuraida Ahmad
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies
Show Abstract
|
Download Original
|
Original Source
|
Check in Google Scholar
|
Full PDF (1106.203 KB)
|
DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.594
Perlakuan buli secara verbal atau bahasa boleh memberi kesan terhadap mangsa buli sama ada kesan secara mental atau emosi. Kajian ini bertujuan membantu murid yang menjadi mangsa buli untuk berfikir secara positif menggunakan teknik “StreMa”. Kajian ini dilaksanakan terhadap empat orang peserta kajian yang merupakan murid perempuan tahun enam yang tertekan dan mempunyai pemikiran negatif akibat dibuli. Data kajian dikumpul menggunakan kaedah pemerhatian separa berstruktur, temu bual berstruktur dan analisis dokumen Borang Refleksi Aktiviti. Dapatan kajian melalui analisis bertema menunjukkan terdapat tema ciri-ciri pemikiran positif terhadap semua peserta kajian. Kesimpulannya, teknik “StreMa” berdasarkan Cognitive Behavioral Therapy (CBT) yang digunakan sangat berkesan untuk membantu peserta kajian berfikir secara positif. Cadangan tindakan susulan turut dibincangkan dalam kajian ini.
PENGURUSAN KRISIS DI SEKOLAH DAN HUBUNGANNYA DENGAN KOMITMEN GURU SEKOLAH MENENGAH DINEGERI KELANTAN
Juliana Baharuddin;
Norhana Mohammad Saad;
Siti Noor Ismail
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies
Show Abstract
|
Download Original
|
Original Source
|
Check in Google Scholar
|
Full PDF (875.745 KB)
|
DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.595
Kajian ini dijalankan untuk melihat pengurusan krisis dan hubungannya dengan komitmen guru. Responden bagi kajian ini terdiri daripada 375 orang guru daripada sekolah-sekolah menengah di negeri Kelantan. Pengurusan krisis merupakan salah satu prinsip dalam Konsep Sekolah Selamat. Instrumen kajian ini menumpukan kepada pengurusan krisis ketidakhadiran pelajar ke kelas tambahan. Instrumen komitmen guru pula menggunakan Organizational Commitment Questionnaire (OCQ) atau instrumen komitmen keorganisasian Allen dan Meyer (1990) yang telah diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia. Segala data dan butiran yang dikumpul dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) Versi 22.0. Analisis data dijalankan menggunakan Ujian Min Deskriptif, Ujian-t, ANOVA Satu Hala dan Korelasi Pearson. Dapatan kajian mendapati tahap pengurusan krisis guru-guru sekolah menengah di negeri Kelantan adalah pada tahap yang tinggi dan terdapat perbezaan yang signifikan pengurusan krisis dengan kategori jawatan guru di sekolah. Tahap komitmen guru-guru sekolah menengah di negeri Kelantan pula adalah pada tahap yang sederhana. Ujian-t yang dijalankan menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan komitmen guru antara guru lelaki dan guru perempuan di sekolah- sekolah menengah di negeri Kelantan. Hasil dapatan daripada Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan pengurusan krisis dengan tiga dimensi komitmen yang dibincangkan dalam kajian ini iaitu komitmen afektif, komitmen berterusan dan komitmen normatif guru-guru sekolah menengah di negeri Kelantan. Pengkaji mencadangkan agar kajian lanjutan dijalankan melibatkan sekolah rendah kebangsaan, sekolah rendah jenis kebangsaan, sekolah menengah jenis kebangsaan dan sekolah kerajaan negeri agar maklumat yang menyeluruh berkaitan pengurusan krisis dan komitmen guru di negeri Kelantan dapat digambarkan dengan lebih komprehensif. Akhir sekali, dapatan ini telah memberikan percambahan ilmu dalam bidang pengurusan krisis dan juga komitmen guru untuk dilaksanakan di sekolah