Mohamad Khairi Bin Haji Othman
Universiti Utara Malaysia

Published : 2 Documents Claim Missing Document
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 2 Documents
Search

PUSAT ISLAM POLIMAS: PENGLIBATAN PROGRAM DAKWAH DAN HUBUNGANNYA DENGAN AMALAN IBADAT SOLAT DAN PENGAMALAN AKHLAK PELAJAR Mohd Farid Hafidz Ahmad; Mohamad Khairi Bin Haji Othman
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (816.668 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.537

Abstract

Banyak pihak yang membicarakan tentang masalah keruntuhan amalan agama dan kerosakan akhlak pelajar. Permasalahan ini sangat berkait rapat dengan usaha dakwah yang dilakukan bagi mengembalikan remaja kepada syariat dan akhlak Islamiah. Program dakwah perlu dilaksanakan secara aktif di institusi pendidikan bagi mencapai matlamat tersebut. Kajian ini bertujuan meninjau tentang tahap penglibatan program dakwah dalam kalangan pelajar anjuran Pusat Islam Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS). Dalam masa yang sama kajian ini mencari adakah wujud hubungan antara penglibatan program dakwah dengan amalan ibadat solat dan juga pengamalan akhlak pelajar. Populasi kajian seramai 5192 orang dan seramai 361 orang pelajar telah dipilih sebagai sampel kajian. Dua aspek utama yang menjadi objektif kajian iaitu tahap penglibatan pelajar ke dalam program dakwah tersebut dan hubungan dengan amalan ibadat solat dan pengamalan akhlak pelajar. Kaedah pengumpulan data dilakukan adalah melalui kaedah soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian SPSS. Hasil kajian ini menunjukkan penglibatan program dakwah dikalangan pelajar berada pada tahap yang sederhana tinggi. Seterusnya analisis kolerasi Pearson menunjukkan wujud hubungan yang positif antara penglibatan pelajar dalam program dakwah Pusat Islam POLIMAS dengan amalan ibadat solat pelajar dan pengamalan akhlak pelajar. Kajian ini memberi implikasi bahawa penglibatan dalam program dakwah dapat meningkatkan amalan ibadat solat dan akhlak pelajar.
KEFAHAMAN DAN PENGAMALAN AKHLAK DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH Mohd Khairi Shafie; Mohamad Khairi Bin Haji Othman
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (1122.804 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.540

Abstract

Akhlak yang baik adalah hasil daripada kefahaman ilmu pengetahuan yang diperolehi secara formal dan tidak formal. Dewasa ini, kepincangan akhlak timbul dalam masyakat yang sukar dibendung lagi. Kurangnya penghayatan akhlak Islam di pengaruhi oleh pelbagai faktor antaranya faktor kefahaman pelajar serta sikap pelajar. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman dan pengamalan akhlak dalam kalangan pelajar, untuk menentukan perbezaan kefahaman dan pengamalan akhlak berdasarkan demografi jantina dan tempat tinggal. Seramai 381 pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dipilih sebagai responden untuk menjawab soal selidik. Data yang diperolehi daripada borang kaji selidik dianalisis menggunakan perisian program Statistical Packages For Social Science (SPSS) versi 20.0 dan dapatan kajian dihuraikan dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif dan inferensi untuk menganalisa hipotesis kajian. Analisa data melibatkan min dan ujian-t. Kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi item borang kaji selidik soalan kefahaman akhlak iaitu 0.94 dan soalan pengamalan akhlak iaitu 0.97 adalah tinggi. Dapatan kajian mendapati tahap kefahaman ajaran Islam meliputi akhlak dalam kalangan responden berada pada tahap yang tertinggi bagi setiap aspek yang dikaji. Manakala dapatan kajian mendapati tahap pengamalan ajaran Islam meliputi akhlak juga tinggi. Namun terdapat sebahagian kecil responden tidak mengamalkan apa yang mereka faham terutama perkara-perkara yang berkaitan akhlak. Oleh itu, implikasi kajian ini menunjukkan bahawa penekanan aspek pengamalan ajaran Islam sangat penting agar pelajar menjadi seorang muslim yang mengamalkan akhlak yang baik dalam kehidupan harian berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.