cover
Contact Name
Andi Suwirta
Contact Email
aspensi@yahoo.com
Phone
-
Journal Mail Official
sosiohumanika@gmail.com
Editorial Address
-
Location
Kota bandung,
Jawa barat
INDONESIA
SOSIOHUMANIKA
Published by Minda Masagi Press
ISSN : 19790112     EISSN : -     DOI : -
This journal, with ISSN 1979-0112, was firstly published on May 20, 2008, in the context to commemorate the National Awakening Day in Indonesia. The SOSIOHUMANIKA journal has been organized and published by Minda Masagi Press, a publishing house owned by ASPENSI (the Association of Indonesian Scholars of History Education) in Bandung, West Java, Indonesia. The SOSIOHUMANIKA journal is published every May and November. The SOSIOHUMANIKA journal is devoted, but not limited to, Social Sciences education, Humanities education, and any new development and advancement in the field of Humanities and Social Sciences education. The scope of our journal includes: (1) Language and literature education; (2) Social sciences education; (3) Sports and health education; (4) Economy and business education; (5) Science, Technology and Society in education; (6) Political and Social Engineering in education; and (7) Visual arts, dance, music, and design education.
Arjuna Subject : -
Articles 7 Documents
Search results for , issue " Vol 5, No 1 (2012)" : 7 Documents clear
Perubahan Fonologis Kata-kata Serapan Bahasa Sunda dari Bahasa Arab: Studi Kasus pada Masyarakat Sunda di Jawa Barat, Indonesia Suherman, Ahmad
SOSIOHUMANIKA Vol 5, No 1 (2012)
Publisher : ASPENSI in Bandung, Indonesia

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (201.41 KB)

Abstract

ABSTRAK: Seiring dengan masuknya agama Islam ke Indonesia, termasuk ke daerah Sunda di Jawa Barat, maka ianya mempengaruhi pikiran, perasaan, tingkah-laku, dan segala aspek kehidupan masyarakat Sunda. Kosakata yang berasal dari Bahasa Arab juga kian banyak masuk ke dalam perbendaharaan kosakata Bahasa Sunda, yang selanjutnya tidak dirasakan lagi sebagai kosakata serapan. Penelitian ini berangkat dari suatu hipotesa yang mengungkapkan bahwa sejumlah kosakata dalam Bahasa Sunda yang diserap dari Bahasa Arab diwarnai oleh perubahan fonologis yang ada kaitannya dengan asal-usul bahasa tersebut. Manfaat penelitian ini adalah dengan semakin bertambahnya pendalaman materi, khususnya bidang fonologi, maka akan semakin terungkap betapa berpengaruhnya fonologi dalam kegiatan berbahasa. Akhirnya, opini umum yang mengatakan bahwa lidah orang Sunda itu sulit, bahkan tidak bisa melafalkan berdasarkan fonetik Bahasa Arab, adalah sama sekali tidak benar dan tidak beralasan. Sebab, dalam kenyataannya, ketika orang Sunda “mengaji” kitab suci Al-Qur’an adalah sesuai dengan kaidah ilmu tajwid, bahkan begitu banyak para qori dan qori`ah yang berasal dari orang Sunda menjadi juara terbaik dalam MTQ (Musabaqah Tilawatil Qur`an), baik pada tingkat regional maupun nasional, bahkan pada tingkat internasional.Kata-kata kunci: Fonologi, Bahasa Sunda, Bahasa Arab, proses transliterasi, kegiatan berbahasa, dan serapan bahasa pada masyarakat Sunda.About the Author: Dr. H. Ahmad Suherman adalah Dosen di Jurusan Pendidikan Bahasa Arab, Fakultas Pendidikan Bahasa dan Seni UPI (Universitas Pendidikan Indonesia), Jalan Dr. Setiabudhi No.229 Bandung 40154, Jawa Barat, Indonesia. Alamat surat elektronik: h_asuherman@yahoo.co.id  How to cite this article? Suherman, Ahmad. (2012). “Perubahan Fonologis Kata-kata Serapan Bahasa Sunda dari Bahasa Arab: Studi Kasus pada Masyarakat Sunda di Jawa Barat, Indonesia” in SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Vol.5, No.1 [Mei], pp.21-38. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press owned by ASPENSI, ISSN 1979-0112. Chronicle of article: Accepted (March 21, 2012); Revised (April 23, 2012); and Published (May 20, 2012).    
Sumbangan Pendidikan dalam Memperkasakan Tamadun Bangsa: Perspektif Islam Ismail, Ahmad Munawar; Noranizah Yusuf, Noranizah Yusuf
SOSIOHUMANIKA Vol 5, No 1 (2012)
Publisher : ASPENSI in Bandung, Indonesia

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

ABSTRAK: Pendidikan berupaya memelihara dan memancarkan nilai-nilai asas sesebuah masyarakat; dan begitu juga sebaliknya, pendidikan boleh menjadi punca kekeliruan dalam sesebuah masyarakat. Pendidikan dapat membantu pertumbuhan sahsiah dan menyemai jati diri seseorang individu. Artikel ini bertujuan membincangkan pendidikan dalam Islam dan peranannya dalam memperkasakan tamadun sesebuah bangsa. Pendidikan Islam mempunyai kekuatannya yang tersendiri kerana dengannya kita berupaya meletakkan asas yang kukuh dalam pembinaan tamadun manusia yang cemerlang dalam aspek duniawi juga ukhrawi. Dalam Al-Qur’an terdapat banyak ayat yang mengutarakan aspek pendidikan dalam pembinaan tamadun manusia, bahkan penurunan Al-Qur’an itu sendiri bermatlamat untuk mendidik manusia. Begitu juga dengan Hadith dan Sunnah Rasulullah, banyak daripada riwayat-riwayat Baginda yang menjurus kepada kepentingan pendidikan dalam memperkasakan tamadun ummah, dan dikuatkan lagi dengan beberapa contoh tindakan yang Baginda laksanakan dalam menggalakkan umat Islam untuk mencintai ilmu pengetahuan. Kata-kata kunci: Pendidikan, Al-Qur’an, Al-Sunnah, contoh pendidikan Islam, dan memperkasa tamadun bangsa.About the Authors: Dr. Ahmad Munawar Ismail ialah Pensyarah di Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Fakulti Pengajian Islam UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia), Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia; dan Noranizah Yusuf ialah Pelajar Sarjana di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam UKM. Mereka boleh dihubungi di alamat emel: munawar@ukm.my and alfaizah_87@yahoo.comHow to cite this article? Ismail, Ahmad Munawar & Noranizah Yusuf. (2012). “Sumbangan Pendidikan dalam Memperkasakan Tamadun Bangsa: Perspektif Islam” in SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Vol.5, No.1 [Mei], pp.107-122. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press owned by ASPENSI, ISSN 1979-0112. Chronicle of article: Accepted (March 10, 2012); Revised (April 20, 2012); and Published (May 20, 2012).    
Penawaran Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia: Platform Utama ke Arah Memperkenalkan Tamadun Cina Che Man, Siti Hajar; Abd Razak, Ratna Roshida
SOSIOHUMANIKA Vol 5, No 1 (2012)
Publisher : ASPENSI in Bandung, Indonesia

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

ABSTRAK: Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) merupakan satu kursus wajib yang perlu diikuti oleh setiap pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia. Kursus ini, antara lain, bertujuan untuk mempelajari dan memahami bagaimana tamadun-tamadun besar dunia terbina. Hal ini penting agar tamadun Malaysia yang bakal dibina oleh rakyat Malaysia dari pelbagai etnik dapat menggambil kira resipi yang ada dalam setiap tamadun besar yang dimiliki mereka, seperti tamadun Islam, tamadun Melayu, tamadun India, dan tamadun Cina. Kertas kerja ini akan memfokuskan kepada tamadun Cina. Sebagai salah sebuah tamadun awal dunia, tamadun Cina telah memperlihatkan perkembangan dalam tiga aspek penting ketamadunannya, iaitu corak pemikiran, perkembangan sains dan teknologi, juga sosio-budaya khususnya mencakupi bidang kesusasteraan. Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini cuba melihat sejauh manakah pengisian, pengaruh, dan kerelevanan tamadun Cina dalam genre sastera dapat dimanfaatkan dalam usaha menjana pembinaan tamadun Malaysia. Pada masa yang sama, gabungan dua tamadun ini akan mengukuhkan lagi jalinan hubungan antara Cina dan Malaysia. Kata-kata kunci: Tamadun Islam dan tamadun Asia, tamadun Cina, tamadun Malaysia, kesusasteraan dan sejarah, serta pembinaan negara-bangsa.   About the Authors: Prof. Madya Dr. Siti Hajar Che Man ialah Pensyarah Kanan di Jabatan Sastera, Pusat Pengajian Kemanusiaan USM (Universiti Sains Malaysia), 11800 Minden, Pulau Pinang, Malaysia; manakala Dr. Ratna Roshida Abd Razak ialah Pensyarah dan Pengetua Jabatan Filsafat dan Tamadun di Pusat Pengajian Kemanusiaan USM. Bagi urusan sebarang akademik, mereka dapat dihubungi dengan alamat mele: shajar@usm.my dan ratna@usm.myHow to cite this article? Che Man, Siti Hajar & Ratna Roshida Abd Razak. (2012). “Penawaran Kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia: Platform Utama ke Arah Memperkenalkan Tamadun Cina” in SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Vol.5, No.1 [Mei], pp.49-64. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press owned by ASPENSI, ISSN 1979-0112. Chronicle of article: Accepted (March 7, 2012); Revised (April 9, 2012); and Published (May 20, 2012).    
Solution to the Political Problem of Bangsamoro: Maguindanaon Professionals and Employees Association Perspective Usop, Annierah M
SOSIOHUMANIKA Vol 5, No 1 (2012)
Publisher : ASPENSI in Bandung, Indonesia

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

ABSTRACT: This study aimed to get the perspective of the Moro people in the Philippines islands, specifically members of MAPEA (Maguindanaon Professionals and Employees Association), on the belief that this sector could give an educated, intelligent, and strategic formula for the just, peaceful, and lasting solution to the political problem of the “Bangsamoro” people for self determination. In this study, an explanation based on the historical perspectives is necessity. It is to gather the answer of critical question, especially related to what are the root causes of the “Bangsamoro” political problem. Accordingly, the Philippine history is replete with many stories of rebellion and secession. In Mindanao alone, the government has been spending time, efforts, and resources to contend the armed movements. Besides, the “Bangsamoro” struggle for independence has started from 16th to 20th century. In 1968, after the Jabidah Massacre, MNLF (Moro National Liberation Front) fought against the government forces and the violent armed confrontations ended up in the peace talk in Tripoli, Libya in 1975. When in 1996, the GRP (Government of the Republic of Philippine) – MNLF Final Peace Agreement was forged, the MILF (Moro Islamic Liberation Front) continued the struggle so that the All-Out War declared by the Estrada administration in year 2000. Finally, the perspective of the members of MAPEA does not differ from what have already been done to solve the “Bangsamoro” political problem. Just like other organizations, they are hopeful that the conflict would end. This is a new learning. Key words: Moro people, historical perspective, self-determination, political problem and solution, and the perspective of MAPEA members.About the Author: Annierah M. Usop is a Ph.D. Student of the Philippine with major in Political Science at the School of Social Sciences and Humanities USM (Science University of Malaysia), 11800 Minden, Pulau Pinang, Malaysia. She can be reached at: asiyyahusop@yahoo.comHow to cite this article? Usop, Annierah M. (2012). “Solution to the Political Problem of Bangsamoro: Maguindanaon Professionals and Employees Association Perspective” in SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Vol.5, No.1 [Mei], pp.123-134. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press owned by ASPENSI, ISSN 1979-0112. Chronicle of article: Accepted (March 15, 2012); Revised (April 20, 2012); and Published (May 20, 2012).    
Penyakit Saka sebagai Culture-Bound Syndromes (CBS) dalam Masyarakat Melayu di Kelantan, Malaysia: Kepelbagaian Rawatan Alternatif Haji Hasbullah, Hajjah Wan Aminah; Yusoff, Wan Faizah binti Wan
SOSIOHUMANIKA Vol 5, No 1 (2012)
Publisher : ASPENSI in Bandung, Indonesia

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

ABSTRAK: CBS (Culture-Bound Syndromes) adalah satu penyakit yang dipengaruhi oleh budaya serta kejadian yang tidak disangka-sangka, berlaku dalam kalangan etnik, dan kawasan tertentu. Dalam konteks masyarakat Melayu di Kelantan, Malaysia, sindrom ini telah lama wujud dalam masyarakat tersebut. Ramai pengkaji yang mengklasifikasikan amok dan latah sebagai sindrom CBS yang majoritinya berlaku dalam kalangan masyarakat Melayu dan disebabkan oleh faktor budaya, persekitaran, dan biologi. Selain daripada amok dan latah, fenomena bilangan orang Melayu yang menghidap ”saka”, iaitu sejenis penyakit psikiatri yang berpunca daripada gangguan makhluk halus, persekitaran, biologi, dan keturunan semakin meningkat. Penyakit saka seringkali dihidapi oleh masyarakat Melayu dan boleh diklasifikasikan sebagai salah satu sindrom dalam CBS berdasarkan simptom penyakit tersebut. Ramai pengkaji pula yang mengklasifikasikan ”saka” dalam kategori CBS berdasarkan faktor keetnikkan dan simptom penyakit ini. Kertas kerja ini akan mengenengahkan penyelidikan tentang rawatan sindrom saka dalam kalangan masyarakat Melayu di Kelantan yang menggunakan kaedah rawatan Islam dan ”Main Puteri” berdasarkan kajian etnografi di beberapa kawasan terpilih di Kelantan, Malaysia.Kata-kata kunci: Culture-bound syndromes, masyarakat Melayu di Kelantan, penyakit saka, kaedah Main Puteri, dan rawatan Islam.===About the Authors: Hajjah Wan Aminah Haji Hasbullah ialah Pensyarah Antropologi Perubatan di Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM (Universiti Sains Malaysia), Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan, Malaysia. Manakala Dr. Wan Faizah binti Wan Yusoff ialah Pensyarah Sejarah Sains Perubatan dan Kesihatan di USM, Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan, Malaysia. Bagi urusan sebarang akademik, mereka boleh dihubungi dengan alamat emel:  waminah@kb.usm.my dan faienur@yahoo.comHow to cite this article? Haji Hasbullah, Hajjah Wan Aminah & Wan Faizah binti Wan Yusoff. (2012). “Penyakit Saka sebagai Culture-Bound Syndromes (CBS) dalam Masyarakat Melayu di Kelantan, Malaysia: Kepelbagaian Rawatan Alternatif” in SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Vol.5, No.1 [Mei], pp.135-146. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press owned by ASPENSI, ISSN 1979-0112. Chronicle of article: Accepted (March 2, 2012); Revised (April 4, 2012); and Published (May 20, 2012).    
Need or Greed: Young People’s Financial Support Expectations and Cross-Cultural Differences Maadad, Nina
SOSIOHUMANIKA Vol 5, No 1 (2012)
Publisher : ASPENSI in Bandung, Indonesia

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

ABSTRACT: Most parents, teachers, and guardians understand that children, no matter what their age, have needs for certain things in life to help them develop physically, emotionally, and mentally. There are many things that children themselves want. In our daily lives a “need” or a “want” may sound very similar, so that differentiation between the two is not always clear. This paper explores the distinction between needs and wants and the different ways and means young people use to achieve these ends in Western society. It also looks at how parents react and deal with their children when the expectations rise and their needs and wants become more expensive. Sixty students, all aged between 16 and 22 years old, filled in questionnaires. They were from four different school sectors, five different cultural backgrounds, and two universities in South Australia. Twenty were later interviewed to document their experiences and stories. Data was analysed qualitatively for factors affecting attitude, lifestyle, core values, culture, and their impact on the behaviour outcomes. The study further examined how these patterns of behaviour reflected on the students’ life skills, achievements, and how they affected family outcomes. Results showed that many parents took the blame for their children’s actions and illustrated the influence of values and cultural background on children’s attitude towards their parents, their needs, and expectations.Key words: Young people, diversity in cultural upbringing, psychological experiences, lifestyle expectations, and increasing demands of children and culture.About the Author: Dr. Nina Maadad is Associate Head Learning and Teaching BTeach Coordinator at the School of Education, University of Adelaide, 8/10 Pultney Street, Adelaide, Australia. For academic purposes, she can be reached at: nina.maadad@adelaide.edu.auHow to cite this article? Maadad, Nina. (2012). “Need or Greed: Young People’s Financial Support Expectations and Cross-Cultural Differences” in SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Vol.5, No.1 [Mei], pp.1-20. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press owned by ASPENSI, ISSN 1979-0112. Chronicle of article: Accepted (March 11, 2012); Revised (April 13, 2012); and Published (May 20, 2012).    
Penderaan Seksual: Keperluan Kriteria Pegawai, Punca Penderaan, dan Kes Tidak Dilaporkan Ahmad, Nor Shafrin binti
SOSIOHUMANIKA Vol 5, No 1 (2012)
Publisher : ASPENSI in Bandung, Indonesia

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

ABSTRAK: Penderaan seksual merupakan isu sejagat. Mangsanya adalah kanak-kanak, remaja, individu dewasa, dan tidak mustahil berlaku juga kepada warga tua. Pemangsa atau pendera pula merupakan individu, sama ada yang dikenali mahupun tidak dikenali mangsa. Oleh itu, terdapat tiga tujuan utama kajian ini dilaksanakan. Pertama, untuk mengenal pasti kriteria yang perlu ada bagi pegawai yang mengendalikan kes-kes deraan seksual. Kedua, untuk mengenal pasti punca kepada penderaan seksual. Dan ketiga, bagi mengenal pasti punca kepada kes-kes deraan seksual yang tidak dilaporkan. Seramai 15 orang responden yang terdiri daripada pegawai di jabatan polis, sekolah, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan NGO (Non Governmental Organization atau Pertubuhan Bukan Kerajaan) terlibat dalam kajian ini. Dapatan diperoleh melalui temu bual separa berstruktur serta dianalisis menggunakan perisian NVivo bagi membentuk tema dan kategori utama. Dapatan kajian ini diharap dapat menyumbang maklumat bagi memantapkan peranan pihak terlibat secara langsung dalam membantu mangsa dera seksual. Selain itu, punca penyebab kepada kejadian serta punca kes tidak dilaporkan yang diperoleh melalui kajian ini dijangka dapat membantu mengurangkan kes ini berlaku secara berterusan dan berleluasa.  Kata-kata kunci: Penderaan seksual, kriteria pegawai, punca penderaan seksual, dan punca kes tidak dilaporkan.About the Author: Dr. Nor Shafrin binti Ahmad ialah Pensyarah di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM (Universiti Sains Malaysia), 11800 Minden, Pulau Pinang, Malaysia. Bagi urusan sebarang akademik, beliau boleh dihubungi dengan alamat emel: sham@usm.myHow to cite this article? Ahmad, Nor Shafrin binti. (2012). “Penderaan Seksual: Keperluan Kriteria Pegawai, Punca Penderaan, dan Kes Tidak Dilaporkan” in SOSIOHUMANIKA: Jurnal Pendidikan Sains Sosial dan Kemanusiaan, Vol.5, No.1 [Mei], pp.81-92. Bandung, Indonesia: Minda Masagi Press owned by ASPENSI, ISSN 1979-0112. Chronicle of article: Accepted (March 22, 2012); Revised (April 24, 2012); and Published (May 20, 2012).    

Page 1 of 1 | Total Record : 7