cover
Contact Name
Mochammad Tanzil Multazam
Contact Email
jurnal@umsida.ac.id
Phone
+6287859698383
Journal Mail Official
jurnal@umsida.ac.id
Editorial Address
Universitas Muhammadiyah Sidoarjo, Jl. Majapahit 666 B, Sidoarjo, East Java Indonesia
Location
Kab. sidoarjo,
Jawa timur
INDONESIA
Proceedings of The ICECRS
ISSN : -     EISSN : ISSN2548     DOI : https://doi.org/10.21070/icecrs
Core Subject : Education,
ICECRS (International Consortium of Education and Culture Research Studies) is a peer-reviewed international journal. This statement clarifies ethical behaviour of all parties involved in the act of publishing an article in this journal, including the author, the chief editor, the Editorial Board, the peer-reviewer­­­­­ and the publisher (Universitas Muhammadiyah Sidoarjo). This statement is based on COPE’s Best Practice Guidelines for Journal Editors.
Arjuna Subject : Umum - Umum
Articles 686 Documents
KESAN PLAY-BASED LEARNING TERHADAP AFEKTIF MURID PEMULIHAN JAWI J-QAF DI SEKOLAH RENDAH Adly Bin Haji Md. Hafidzin; Mardzelah Makhsin
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (682.604 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.530

Abstract

Program j-QAF merupakan suatu program yang telah diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia kelima iaitu Tun Abdullah Badawi dengan niat untuk memperkasa Pendidikan Islam di sekolah-sekolah di Malaysia. Model ini turut menggunapakai kaedah belajar melalui pengalaman bermain atau play-based learning. Oleh kerana program j-QAF ini masih dianggap baru, maka tidak banyak kajian yang dilakukan keatasnya terutamanya dari segi kaitan antara afektif murid pemulihan Jawi dengan play-based learning. Oleh itu penyelidik ingin mengenal pasti keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berasaskan permainan (play-based learning) terhadap keseronokan murid pemulihan jawi di sekolah rendah dengan berlandaskan teori sosio-budaya oleh Vygotsky. Play-based learning ini mampu membantu murid-murid pemulihan dalam pdp Jawi dan seterusnya merasai pengalaman belajar dengan penerapan unsur KBAT. Kaedah yang digunakan ialah kaedah pemerhatian berstruktur keatas populasi pelajar dan guru SK Sidam Kiri, Padang Serai, Kedah. Manakala sampel yang terlibat ialah 18 murid Pemulihan Jawi tahun dua 2013, SK Sidam Kiri, 6 orang guru j-QAF sk sidam kiri, dan 7 orang guru pelbagai latarbelakang sk sidam kiri.Kajian ini bersifat kualitatif. Untuk itu kaedah temubual bersama guru serta murid telah dilaksanakan. Dapatan yang diperolehi hampir kesemuanya menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang tinggi antara afektif murid Pemulihan Jawi j-QAF dengan kaedah play-based learning.
AMALAN PEDAGOGI BERPUSATKAN PELAJAR DAN MASALAH YANG DIHADAPI GURU-GURU PELATIH PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU UNTUK MENGAMALKAN PEDAGOGI BERPUSATKAN PELAJAR SEMASA PRAKTIKUM Abdull Sukor Shaari; Mohd Izam Ghazali; Nurahimah Mohd Yusof; Mohd Isha Awang
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (702.928 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.531

Abstract

Pembelajaran abad ke-21 memberi penekanan kepada komunikasi, kolaborasi, kritikal dan kreativiti namun sehingga kini, masih ramai guru pelatih masih mengamalkan pembelajaran berpusatkan guru. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauh manakah amalan pedagogi berpusatkan pelajar oleh guru pelatih program pensiswazahan guru (PPG) yang mengikuti program latihan mengajarmanakala secara khususnya kajian ini bertujuan untuk menjelaskan (a) kaedah, pendekatan dan teknik pengajaran berpusatkan pelajar yang sering digunakan semasa praktikum, (b) respons pelajar terhadap aktiviti berpusatkan pelajar yang digunakan semasa praktikum dan (c) meneroka masalah-masalah utama guru pelatih dalam pelaksanaan pembelajaran berpusatkan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kajian ini menggunakan kajian kualitatif yang melibatkan empat guru pelatih mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah di Kedah yang sedang mengikuti PPG di Universiti Utara Malaysia. Data kajian dikumpul melalui temu bual, pemerhatian pengajaran dan analisis refleksi guru pelatih.
PENGGUNAAN KAEDAH “LADDER” BERBANTUKAN ICT DALAM MENYELESAIKAN MASALAH PENAMBAHAN DENGAN MENGUMPUL SEMULA Mohd Nor Amri bin Mohd Nasir; Effandi Zakaria
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (1143.613 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.532

Abstract

Konsep penambahan merupakan antara konsep asas yang paling penting dalam mata pelajaran matematik dan perlu dikuasai oleh semua murid sejak di sekolah rendah. Namun, kebanyakan murid tidak memahami bagaimana proses penambahan dengan mengumpul semula. Tujuan kajian ini adalah untuk menguji sejauh mana kaedah ladder dengan bantuan ICT dalam meningkatkan penguasan murid dalam melakukan operasi penambahan dengan mengumpul semula. Penilaian terhadap keberkesanan kaedah ladder dengan bantuan ICT telah dibuat dengan menggunakan kaedah kajian kuantitatif dengan ujian pra dan ujian pos. Seramai lapan orang murid telah dipilih sebagai responden bagi kajian ini. Hasil analisis data statistik mendapati bahawa terdapat peningkatan peratus penguasaan sehingga 80 % selepas ujian pos. Purata peratus peningkatan pula menunjukkan sebanyak 62.5% bagi kesemua responden. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kaedah Ladder berbantukan ICT sangat berkesan sebagai kaedah alternatif untuk membantu meningkatkan penguasaan murid dalam operasi penambahan dengan mengumpul semula dalam lingkungan 10 000.
KORPUS KE BILIK DARJAH: TATACARA PENGENDALIAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TATABAHASA BERBANTU KOMPUTER Hishamudin Isam; Mashetoh Abd. Mutalib; Faizah Ahmad
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (1204.023 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.533

Abstract

Penguasaan tatabahasa yang baik dalam kemahiran berbahasa di peringkat sekolah akan membolehkan pelajar mengikuti pelajaran dengan lebih berkesan. Menyedari hakikat ini, Kementerian Pelajaran Malaysia (1981) memberi penekanan yang berat dalam kurikulum sekolah (rendah dan menengah) supaya pada akhir persekolahan nanti, pelajar dapat menggunakan bahasa Melayu sejajar dengan peringkat perkembangan umur, dan memupuk daya pengembangan berbahasa bagi kepentingan pendidikan tinggi dan pekerjaan. Penggunaan teknik yang tepat, menarik dan terkini (bersifat kontemporari) sangat-sangat dituntut dalam proses pengajaran dan pembelajaran tatabahasa sesuatu bahasa kerana melalui teknik yang tepat inilah, pelajar-pelajar khususnya dapat memanfaatkan tempoh masa yang terhad untuk memahami aspek-aspek penting dalam tatabahasa. Justeru, kertas kerja ini bertujuan memperkenalkan tatacara pengendalian pengajaran dan pembelajaran tatabahasa berbantu komputer. Jika selama ini pengajaran dan pembelajaran tatabahasa, khususnya berkenaan sistem tatabahasa sangat terikat kepada penerangan hukum (betul atau salah) dan rumus (peraturan) dengan berbantukan buku tatabahasa dan kamus, melalui teknik ini, pelajar-pelajar akan didedahkan dengan perisian komputer berasaskan program daftar kata yang dapat membantu pelajar-pelajar memahami sistem tatabahasa dengan lebih komprehensif, efektif dan menyeronokkan. Kajian ini akan menumpu kepada penggunaan perisian program daftar kata yang boleh diperoleh secara percuma dalam enjin carian google iaitu perisian antconc. Perisian ini akan digunakan untuk menganalisis data bahasa berasaskan korpus yang juga diperoleh secara percuma dari Sistem Pangkalan Data Korpus Dewan Bahasa dan Pustaka.Kajian ini diharap dapat membantu meningkatkan tahap penguasaan guru dalam mengaplikasikan pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (Computer-Based Instruction) dalam mata pelajaran bahasa Melayu, seterusnya memberi kesan yang positif kepada perkembangan pembelajaran pelajar.
BUDAYA ORGANISASI: KONSEP DAN PERSPEKTIF Tang Swee Mei; Khulida Kirana Yahya; Lim Kong Teong
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (373.205 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.534

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan mengupas konsep dan beberapa perspektif budaya organisasi. Sunguhpun bidang kajian berkaitan dengan budaya organisasi sudah lama diterokai, namun kefahaman tentang budaya organisasi masih lagi kabur. Ini telah menyukarkan penyelidik membuat perbandingan hasil kajian mereka.
TAHAP IKLIM SEKOLAH, TAHAP KOMITMEN GURU SERTA HUBUNGAN DI ANTARA IKLIM SEKOLAH DENGAN KOMITMEN GURU SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH DAERAH MACHANG, KELANTAN Suhaili binti Mohd Yusoff
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (959.335 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.535

Abstract

Kertas kerja ini adalah bertujuan bagi mengenalpasti tahap iklim sekolah, tahap komitmen guru, tahap komitmen guru berdasarkan pengalaman mengajar dan jantina guru serta hubungan di antara iklim sekolah dengan komitmen guru bagi guru sekolah-sekolah menengah Daerah Machang, Kelantan. Disamping itu, kertas kerja ini juga mengkaji dimensi iklim sekolah yang sangat kuat mempengaruhi tahap komitmen guru. Dimensi iklim sekolah adalah merangkumi dimensi bekerjasama, dimensi membuat keputusan, dimensi inovasi pengajaran, dimensi hubungan dengan murid dan dimensi sumber-sumber sekolah. Seramai 248 orang guru sekolah menengah terlibat sebagai sampel kajian berdasarkan jumlah populasi iaitu seramai 678 orang guru. Sebanyak 7 buah sekolah diambil sebagai sampel kajian dan sampel kajian dipilih secara rawak. Data dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 20.0 untuk analisis deskriptif. Kajian ini mendapati bahawa terdapat signifikan dan positif serta menunjukkan hubungan pada tahap yang sederhana di antara iklim sekolah dengan komitmen guru (r=0.506, p<0.01). Korelasi Pearson digunakan sebagai statistik inferensi pembolehubah bebas iaitu iklim sekolah dengan pembolehubah bersandar iaitu komitmen guru. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa terdapat beberapa dimensi iklim sekolah yang mempengaruhi komitmen guru seperti kerjasama (β=0.242, t=03.873), membuat keputusan (β=0.331, t=5.036) and inovasi pengajaran (β=0.300,t=4.295). Walau bagaimanapun, dimensi membuat keputusan adalah dimensi yang paling berpengaruh terhadap komitmen guru. Oleh itu, kajian ini mencadangkan bahawa sekiranya pihak pengurusan sekolah berhajat untuk meningkatkan komitmen guru, penglibatan guru dalam proses membuat keputusan perlulah di pertingkatkan.
DIALEK SUATU DIMENSI BAHARU DALAM PROMOSI PERNIAGAAN Nazilah Mohamad; Siti Zanariah Yusoff; Faradi Rohani; Nor Hafizah Abdullah; Sharipah Nur Mursalina Syed Azmy
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (490.196 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.536

Abstract

Makalah ini meneliti penggunaan ragam bahasa berbentuk dialek tempatan dalam pelabelan. Nama perniagaan merupakan gaya atau tajuk yang menjadi pengenalan kepada sesebuah perniagaan. Selain fungsi tersebut, nama perniagaan harus menarik dan mudah disebut serta meninggalkan kesan ingatan berpanjangan kepada pengguna. Kajian ini akan memfokuskan bentuk nama perniagaan berunsurkan dialek yang terdapat di negeri Terengganu. Penelitian dilakukan secara kutipan data, soal selidik dan temu bual. Dapatan kajian mendapati bahawa penggunaan nama perniagaan berbentuk dialek tempatan mampu menarik pengguna ke premis perniagaan disebabkan mempunyai sebutan unik dan mesra pengguna. Kajian ini mengetengahkan satu lagi kaedah dalam promosi perniagaan dengan menggunakan dialek tempatan.
PUSAT ISLAM POLIMAS: PENGLIBATAN PROGRAM DAKWAH DAN HUBUNGANNYA DENGAN AMALAN IBADAT SOLAT DAN PENGAMALAN AKHLAK PELAJAR Mohd Farid Hafidz Ahmad; Mohamad Khairi Bin Haji Othman
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (816.668 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.537

Abstract

Banyak pihak yang membicarakan tentang masalah keruntuhan amalan agama dan kerosakan akhlak pelajar. Permasalahan ini sangat berkait rapat dengan usaha dakwah yang dilakukan bagi mengembalikan remaja kepada syariat dan akhlak Islamiah. Program dakwah perlu dilaksanakan secara aktif di institusi pendidikan bagi mencapai matlamat tersebut. Kajian ini bertujuan meninjau tentang tahap penglibatan program dakwah dalam kalangan pelajar anjuran Pusat Islam Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS). Dalam masa yang sama kajian ini mencari adakah wujud hubungan antara penglibatan program dakwah dengan amalan ibadat solat dan juga pengamalan akhlak pelajar. Populasi kajian seramai 5192 orang dan seramai 361 orang pelajar telah dipilih sebagai sampel kajian. Dua aspek utama yang menjadi objektif kajian iaitu tahap penglibatan pelajar ke dalam program dakwah tersebut dan hubungan dengan amalan ibadat solat dan pengamalan akhlak pelajar. Kaedah pengumpulan data dilakukan adalah melalui kaedah soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian SPSS. Hasil kajian ini menunjukkan penglibatan program dakwah dikalangan pelajar berada pada tahap yang sederhana tinggi. Seterusnya analisis kolerasi Pearson menunjukkan wujud hubungan yang positif antara penglibatan pelajar dalam program dakwah Pusat Islam POLIMAS dengan amalan ibadat solat pelajar dan pengamalan akhlak pelajar. Kajian ini memberi implikasi bahawa penglibatan dalam program dakwah dapat meningkatkan amalan ibadat solat dan akhlak pelajar.
KEFAHAMAN DAN PENGAMALAN AKHLAK DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH Mohd Khairi Shafie; Mohamad Khairi Bin Haji Othman
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (1122.804 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.540

Abstract

Akhlak yang baik adalah hasil daripada kefahaman ilmu pengetahuan yang diperolehi secara formal dan tidak formal. Dewasa ini, kepincangan akhlak timbul dalam masyakat yang sukar dibendung lagi. Kurangnya penghayatan akhlak Islam di pengaruhi oleh pelbagai faktor antaranya faktor kefahaman pelajar serta sikap pelajar. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman dan pengamalan akhlak dalam kalangan pelajar, untuk menentukan perbezaan kefahaman dan pengamalan akhlak berdasarkan demografi jantina dan tempat tinggal. Seramai 381 pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dipilih sebagai responden untuk menjawab soal selidik. Data yang diperolehi daripada borang kaji selidik dianalisis menggunakan perisian program Statistical Packages For Social Science (SPSS) versi 20.0 dan dapatan kajian dihuraikan dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif dan inferensi untuk menganalisa hipotesis kajian. Analisa data melibatkan min dan ujian-t. Kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi item borang kaji selidik soalan kefahaman akhlak iaitu 0.94 dan soalan pengamalan akhlak iaitu 0.97 adalah tinggi. Dapatan kajian mendapati tahap kefahaman ajaran Islam meliputi akhlak dalam kalangan responden berada pada tahap yang tertinggi bagi setiap aspek yang dikaji. Manakala dapatan kajian mendapati tahap pengamalan ajaran Islam meliputi akhlak juga tinggi. Namun terdapat sebahagian kecil responden tidak mengamalkan apa yang mereka faham terutama perkara-perkara yang berkaitan akhlak. Oleh itu, implikasi kajian ini menunjukkan bahawa penekanan aspek pengamalan ajaran Islam sangat penting agar pelajar menjadi seorang muslim yang mengamalkan akhlak yang baik dalam kehidupan harian berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.
PENGGUNAAN TEKNIK NYANYIAN DALAM MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID TAHUN DUA DALAM TOPIK PEMBUNDARAN Reney Pantun
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (682.346 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.541

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti kefahaman murid tahun dua dalam topik pembundaran dengan menggunakan teknik nyanyian. Kajian ini merupakan kajian tindakan menggunakan ujian pra dan ujian pasca serta pemerhatian yang dijalankan ke atas sembilan orang murid tahun dua yang telah lulus dalam Literacy and Numeracy Screening (LINUS). Kajian ini menggunakan ujian pra dan ujian pasca yang diadaptasi daripada soalan yang digubal oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) yang terdapat di dalam buku aktiviti matematik murid dua dan buku teks matematik tahun dua. Statistik deskriptif seperti min, peratus dan sisihan piawai digunakan bagi menganalisis data. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kefahaman murid tahun dua dalam topik pembundaran meningkat apabila menggunakan teknik nyanyian. Wujudnya sikap yang positif dalam kalangan murid tahun dua dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan teknik nyanyian.

Filter by Year

2016 2025