cover
Contact Name
-
Contact Email
-
Phone
-
Journal Mail Official
-
Editorial Address
-
Location
Kota pekanbaru,
Riau
INDONESIA
Proceeding 7th International Seminar on Regional Education
Published by Universitas Riau
ISSN : -     EISSN : -     DOI : -
Core Subject : Education,
Arjuna Subject : -
Articles 135 Documents
PELAKSANAANKBAT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH MENENGAH: SATU TINJAUAN DI PUTRAJAYA Nor, Norasmahani Hj; Suhaimi, Nur Sofiah; Abdul Wahab, Nur Syamira; Che Ismail, Mohd Khushairi; Che Noh, Mohd Aderi; Razak, Khadijah Abdul
Proceeding 7th International Seminar on Regional Education Vol 1 (2015): Educational Community and Cultural Diversit
Publisher : Proceeding 7th International Seminar on Regional Education

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

Abstract The application of higher-order thinking skills (HOTS) is one of the countrys educational aspirations to create a generation that is able to compete globally. Realising its importance, this research was conducted to identify the implementation of HOTS in teaching and learning (T&L) Islamic Education.Respondents’ for this study consisted of 20 Islamic Education teachers of secondary schools in Putrajaya. Data were analyzed using the Statistical Package for Social Science (SPSS) software. Results showed that the implementation of HOTS in management and administration, understanding HOTS in the process of T&L and teaching HOTS implementation are at a moderate level. While understanding HOTS planning in the process of T&L, understanding construction HOTS items and understanding evaluation of HOTS are on a high level. The implications of this study found that teachers need to be given more exposure through courses, workshops and in-service training so that generating HOTS among students will be successfully implemented.Keywords: higher order thinking skills, teaching and learning, IslamicEducation, implementation, understanding, planning, evaluation.
PENDEKATAN PENILAIAN PROGRAM: SATU KAEDAH PELAKSANAAN Tahar, Norazrine Abdul; Ahmad, Abdul Razaq
Proceeding 7th International Seminar on Regional Education Vol 1 (2015): Educational Community and Cultural Diversit
Publisher : Proceeding 7th International Seminar on Regional Education

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

Abstrak Kepentingan dalam menawarkan program penilaian yang diakui oleh pendidik lanjutan, tetapi penekanan terhadap memahami pelaksanaan program kurang diberi perhatian. Dengan hanya menilai kesan atau impak program tanpa kefahaman yang jelas tentang sejauh mana program itu benar-benar berlaku boleh menyebabkan penemuan yang tidak tepat dan sah. Dengan melihat keberkesan program tersebut dari segi impak dan penilaian akan menyebabkan pendidik lanjutan mempunyai keupayaan untuk melihat perspektif program secara holistik dan menyebarkan amalan yang terbaik dari program tersebut
PENGARUH INTEGRASI SAINS TAUHIDIKTERHADAP KEPERCAYAAN GURU DAN AMALAN PENGAJARAN DI DALAM KELAS Amin, Norjilawati Mohd
Proceeding 7th International Seminar on Regional Education Vol 1 (2015): Educational Community and Cultural Diversit
Publisher : Proceeding 7th International Seminar on Regional Education

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

Abstrak Kajian ini meneliti pengaruh integrasi sains tauhidik terhadap kepercayaan guru-guru sains muslim dan sejauh manakah pula kepercayaan tersebut diterjemahkan dalam bentuk amalan pengajaran semasa di bilik darjah. Kajian ini dijalankan terhadap guru-guru pendidikan sains muslim di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) di Daerah Sabak Bernam, Selangor. Pemilihan sampel kajian ini secara tidak berkadaran digunakan disebabkan sekolah-sekolah yang dipilih mempunyai objektif dan persekitaran pembelajaran yang sama. Data dikumpul menggunakan borang soal selidik dengan tiga bahagian utama latar belakang iaitu demografi, kepercayaan guru dan amalan pengajaran guru. Hasil dapatan kajian menunjukkan kepercayaan guru sains muslim terhadap epistemilogi dan falsafah sains islam lebih tinggi berdasarkan komponen insan seimbang (jasmani, emosi, rohani dan intelek) dengan melihat kepada aspek hubungan guru dan pelajar dalam pengajaran guru. Dapatan ini juga mengemukan corak pemikiran guru-guru sains muslim berkenaan dengan falsafah sains mereka. Pengetahuan tentang pola pemikiran yang tersebut memberikan gambaran awal bukan hanya terhenti setakat pemikiran dan kurang diterjemah dalam tindakan.Implikasi kajian ini membawa kefahaman dan semangat falsafah ilmu sebenar bagi masyarakat islam, terutamanya dikalangan pendidik fahaman dan falsafah yang dipegang oleh guru adalah penting kerana secara tidak langsung boleh diserap kepada para pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran.Kata kunci : Pengintegrasian sains; sains tauhidik;kepercayaan guru; amalan pengajaran
KAEDAH MENINGKATKAN KESERONOKAN PEMBELAJARAN SAINS DALAM KALANGAN ORANG ASLI (MODUL KEMBARA SAINS) Zakariah, Nur Diyana
Proceeding 7th International Seminar on Regional Education Vol 1 (2015): Educational Community and Cultural Diversit
Publisher : Proceeding 7th International Seminar on Regional Education

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

Abstrak Masyarakat Orang Asli mempunyai minat, hasrat dan cita-cita yang setanding dengan bangsa lain. Mereka juga perlu diberikan peluang yang sama dengan bangsa lain seperti Melayu, Cina dan India. Pihak kerajaan sentiasa berusaha untuk memajukan masyarakat ini agar mereka tidak ketinggalan di dalam bidang pendidikan. Kajian ini membincangkan tentang keberkesanan Modul Kembara Sains yang dibina bagi meningkatkan keseronokan pembelajaran sains dalam kalangan Orang Asli. Kajian ini dijalankan di daerah Sepang dan melibatkan seramai enam orang peserta kajian yang terdiri daripada pentadbir dan guru sekolah orang asli serta guru pakar dalam bidang sains. Data kualitatif dianalisis berdasarkan aspek pengetahuan dan tingkah laku murid orang asli terhadap modul Kembara Sains (minat, pengetahuan, kemahiran sains dan sikap) bagi mendapatkan pandangan berkaitan keberkesanan modul tesebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah bermain yang diketengahkan melalui modul Kembara Sains merupakan satu cara yang dapat meningkatkan keseronokan belajar selain dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan mengubah sikap murid Orang Asli terhadap mata pelajaran Sains.Kata kunci: Keseronokan pembelajaran Sains, Orang Asli, Kembara Sains
PENGARUH AKTIVITI MASA SENGGANG DALAM MEMPERKASAAN MODAL INSAN DAN MENINGKATKAN KUALITI HIDUP BELIA Hamid, Nurul Hidayati; Ahmad, Abdul Razaq; Awang, Mohd Mahzan
Proceeding 7th International Seminar on Regional Education Vol 1 (2015): Educational Community and Cultural Diversit
Publisher : Proceeding 7th International Seminar on Regional Education

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

Abstrak Kertas konsep ini akan membincangkan tentang pengaruh aktiviti masa senggang belia dalam memperkasakan modal insan dan meningkatkan kualiti hidup. Kualiti hidup merupakan indicator yang mempengaruhi kehidupan manusia juga dapat menentukan hala tuju kualiti hidup individu itu sendiri sama ada kegagalan atau kejayaan. Pengaruh aktiviti masa senggang turut melibatkan interaksi individu tersebut dengan persekitaran, social dan kesihatan dalam membantu pembangunan modal insan cemerlang. Penggunaan masa senggang yang berfaedah secara langsung membantu pencapaian individu dalam mencapai kesejahteraan emosi, kesejahteraan social dan kesejahteraan spiritual. Aktiviti-aktiviti masa senggang yang dilakukan dapat membantu individu merehatkan minda, mengurangkan tekanan dan menikmati kehidupan yang sejahtera. Pelaksanaan aktiviti masa senggang terbahagi kepada dua kategori iaitu melibatkan aktiviti “outdoor” atau “indoor”. Pelaksanaan aktiviti, jenis aktiviti, manfaat aktiviti dan pengaruh aktiviti masa senggang secara keseluruhannya merupakan kriteria penting dalam membantu pembangunan modal insan dan meningkatkan kualiti hidup belia.Kata Kunci: Aktiviti masa senggang, kualiti hidup, modal insan, belia
TINGKAT PEMAHAMAN PENDIDIK PAUD SE-PROVINSI RIAU MENGENAI TUJUAN PENDIDIKAN ANAK USIA DINI (Berdasarkan Aspek Emosi, Motorik, Sosial, Intelektual, dan Akademik)
Proceeding 7th International Seminar on Regional Education Vol 1 (2015): Educational Community and Cultural Diversit
Publisher : Proceeding 7th International Seminar on Regional Education

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

AbstrakTujuan penelitian ini untuk mengetahui sejauhmana tingkat pemahaman guru PAUD se-Provinsi Riau tentang tujuan pendidikan Anak Usia Dini berdasarkan aspek emosi, motorik, sosial, intelektual, dan akademik. Penelitian ini menggunakan pendekatan deskriptif kuantitatif, dengan menggunakan angket sebagai alat ukur untuk menggali tingkat pemahaman guru PAUD se-Provinsi Riau tentang tujuan pendidikan Anak Usia Dini. Penelitian ini berlokasi di 12 (dua belas) kabupaten/kota se-Provinsi Riau dengan jumlah sampel penelitian sebanyak 274 responden yang mewakili guru PAUD di setiap kabupaten/kota se-Provinsi Riau. Data yang diperoleh dari angket dianalisa dengan menggunakan rumus persentase dan hasilnya adalah sebesar 83,55%. Hal ini berarti secara umum tingkat pemahaman guru PAUD se-Provinsi Riau tentang tujuan pendidikan Anak Usia Dini berada pada kategori sangat baik. Untuk aspek emosi sebesar 87%, artinya tingkat pemahaman guru PAUD se-Provinsi Riau tentang tujuan pendidikan Anak Usia Dini berada pada kategori sangat baik. Aspek motorik sebesar 82%, artinya tingkat pemahaman guru PAUD se-Provinsi Riau tentang tujuan pendidikan Anak Usia Dini berada pada kategori sangat baik. Sosial sebesar 91%, artinya tingkat pemahaman guru PAUD se-Provinsi Riau tentang tujuan pendidikan Anak Usia Dini berada pada kategori sangat baik. Intelektual sebesar 83%, artinya tingkat pemahaman guru PAUD se-Provinsi Riau tentang tujuan pendidikan Anak Usia Dini berada pada kategori sangat baik. Akademik sebesar 78%, artinya tingkat pemahaman guru PAUD se-Provinsi Riau tentang tujuan pendidikan Anak Usia Dini berada pada kategori baik.Kata kunci: tujuan pendidikan PAUD, emosi, motorik, sosial, intelektual, akademik.
PENGARUH IBU BAPA TERHADAP PENGHAYATAN AMALAN KEROHANIAN DALAM KALANGAN REMAJA MUSLIM Muda, Said @ Saidi; Moh, Fatmawati binti
Proceeding 7th International Seminar on Regional Education Vol 1 (2015): Educational Community and Cultural Diversit
Publisher : Proceeding 7th International Seminar on Regional Education

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

Abstrak Penghayatan amalan kerohanian merupakan faktor terpenting untuk dilaksanakan dalam kehidapan setiap individu muslim. Pengabaian terhadap perlaksanaannya akan memberi kesan buruk dalam pengurusan kehidupan manusia .Ibu bapa merupakan insan terpenting yang berperanan membentuk jati diri anak-anakbagi memastikan penghayatan ini dapat disempurnakan bermula dari peringkat kanak-kanak.Tujuan penyelidikan ini adalah untuk menentukan tahap penghayatan amalan kerohanian remaja muslim serta hubungannya dengan pengaruh ibu bapa. Kajian tinjaun ini berbentuk kuantitatif deskriptif dan inferensi.Data dikumpul dari sekumpulan subjek dengan mengunakan soal selidik.Pemboleh ubah bebas ialah penghayatan amalan kerohanian manakala pembolehubah bersandar ialah pengaruh ibu bapa.Sejumlah 100 orang remaja di jadikan sampel kajian mengunakan persampelan rawak mudah.Tahap penghayatan amalan kerohanian remaja adalah tinggi (min: 3.66). Pengaruh ibu bapajuga tinggi (min:4.53). Terdapat hubungan yang negatif yang lemah dalam faktor pendapatan ibu bapa (r= -.29).Dapatan ini menunjukan bahawa ibu bapa memberi pengaruh yang besar dalam penghayatan amalan kerohanian para remaja.Kata Kunci: Amalan Kerohanian, Remaja, Ibu Bapa.
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) MATA PELAJARAN SEJARAH: PERLAKSANAANDAN CABARAN Ahmad, Abdul Razaq; Awang, Mohd. Mahzan
Proceeding 7th International Seminar on Regional Education Vol 1 (2015): Educational Community and Cultural Diversit
Publisher : Proceeding 7th International Seminar on Regional Education

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

AbstrakPeranan kurikulum Sejarah kearah memupuk dan memperkukuhkan semangat setia negara dan jati diri murid sebagai warga Negara Malaysiayang digubal semakin relevan.Langkah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah bermula tahun 2014 di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) merupakan satu transformasi pendidikan, dilihat sangat signifikan dalam konteks menjadikan mata pelajaran sejarah sebagai mendukung cita-cita murni untuk melahirkan generasi cemerlang selaras dengan Falsafah pendidikan Kebangsaan. Kertas kerja iniakan membincangkan KSSR mata pelajaran Sejarah dari aspekkonsep, matlamat, objektif rasional,bentuk dan fokusnyadi sekolah rendah. Perbincangan tentang perlaksanaan KSSR dalam pengajaran dan pembelajarandi sekolah turut disentuh secara ringkasdengan memberi penekanan kepada domain kognitif, efektif dan psikomotor serta menerapkan nilai tambah alaf baru seperti kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran pelbagai kecerdasan , kajian masa depan dan pembelajaran sepanjang hayat.Seterusnya kertas kerja ini juga mengupas isu dan cabaran perlu dihadapi dalam melaksanakan KSSR mata pelajaran di sekolah rendah.Kata Kunci :Pendidikan Sejarah, Kurikulum Sejarah,Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR), Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR )Mata Pelajaran SejarahAbstractHistorical curriculum plays a major and dynamic role of nurturing and strengtheni
LITERASI SEJARAH DALAM PENDIDIKAN KANAK-KANAK PRASEKOLAH: SATU ANALISIS KEPERLUAN TERHADAP MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TUNJANG KEMANUSIAAN BERASASKAN PENDEKATAN BELAJAR MELALUI BERMAIN Suraji, Samni Bin; Ahmad, Abdul Razaq; Awang, Mohd Mahzan
Proceeding 7th International Seminar on Regional Education Vol 1 (2015): Educational Community and Cultural Diversit
Publisher : Proceeding 7th International Seminar on Regional Education

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

AbstrakKajian ini dilaksanakan bagi mengenalpasti keperluan dan kriteria modul pengajaran dan pengajaran tunjang kemanusiaan berasaskan pendekatan belajar melalui bermain. Analisis keperluan merupakan aspek penting dalam pembangunan modul bagi memastikan hasil yang diperolehi memenuhi keperluan dan memberikan manfaat kepada penggunanya. Seramai 12 orang guru prasekolah dari beberapa sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia terlibat sebagai responden dalam kajian analisis keperluan ini melalui temubual berstruktur menggunakan teknik persampelan bertujuan. Data kualitatif dari guru yang dikumpul, dikategori dan dianalisis untuk mengenalpasti tema bagi memberi makna kepada data. Hasil analisis data, secara umumnya mengandungi 5 tema, iaitu (1) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berasaskan pendekatan bermain sangat sesuai untuk kanak- kanak prasekolah , (2) Pengajaran semasa guru kurang memberi tumpuan kepada pendekatan bermain, (3) Guru memerlukan sumber dan bahan yang sesuai untuk merangsang minat pembelajaran tunjang kemanusiaan, (4)Aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu mengambilkira pengalaman sedia ada kanak-kanak dan (5) Pengajaran yang bermakna dan menyeronokkan perlulah merangsang pelbagai deria kanak-kanak. Dapatan kajia menunjukkan bahawa modul pengajaran dan pembelajaran berasaskan pendekatan bermain mampu mengembangkan potensi sebenar kanak-kanak. Beberapa cadangan lain turut disarankan oleh guru bagi menambahbaik pengajaran dan pembelajaran tunjang kemanusiaan melalui pendekatan bermain yang akan dimanfaatkan dalam fasa berikutnya pembinaan modul dari aspek sumber dan bahan pengajaran.Kata kunci: Analisis keperluan, rekabentuk modul, guru prasekolah, pendekatan bermain, tunjang kemanusiaan. literasi sejarah, pengetahuan sedia ada.
KREATIVITI GURU DALAM MENINGKATKAN KEFAHAMAN DAN PENGHAYATAN SEJARAH Bt Che Mohd Noor, Siti Zubaidah; Ahmad, Abdul Razak
Proceeding 7th International Seminar on Regional Education Vol 1 (2015): Educational Community and Cultural Diversit
Publisher : Proceeding 7th International Seminar on Regional Education

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

AbstrakKreativiti merupakan tunggak yang penting pada masa kini dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang pendidikan.Pemupukan kreativiti adalah penting dalam kalangan guru bagi menghasilkan pembelajaran yang efektif dan pemikiran kritis dalam menjana idea pelajar.Maka, kertas kerja ini membincangkan tentang kreativiti guru dalam meningkatkan kefahaman dan penghayatan sejarah.Dalam merentas arus pemodenan dan globalisasi, pelbagai isu dan cabaran terpaksa dihadapi oleh sistem pendidikan di Malaysia terutamanya dalam mata pelajaran sejarah.Selaras dengan pemikiran pelajar yang beranggapan mata pelajaran sejarah adalah mata pelajaran yang membosankan, maka beberapa pendekatan kreatif dibincangkan dalam kertas kerja ini dalam menarik minat pelajar untuk memahami dan menghayati sejarah yang dipelajari dengan menggunakan model pengajaran berkesan Robert E. Slavin.Kertas kerja ini juga membincangkan cadangan yang dapat dilaksanakan dalam memupuk kreativiti dalam kalangan guru dan juga pelajar.Kata kunci : Kreativiti guru, isu dan cabaran, kaedah pembelajaran kreatif cadangan.

Page 4 of 14 | Total Record : 135